Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 41

AHAD!!Datang jugak hari ahad. Mintak-mintaklah, Myra tak kacau Emel hari ni. Mujursemalam, Ammar yang melayan Myra berjalan kesana sini. Jadi, banyaklah masa akubersama Emel.

            Melihat Emel yang sedang bersungguh-sungguhmencuci kereta Suzuki Swift kesayangannya itu. Terlintas di fikiranku untukmembancuhkannya Milo Ais. Sekurang-kurangnya hilang dahaga dia. Dengan gembiraaku membancuh minuman kegemaran suamiku itu. Setelah selensai aku bawa air tadikeluar dari dapur.

            Namun sebaik saja di muka pintu.Kelihatan manja sekali Myra menghidangkan Emel Milo Ais blanded yang jauh lebih sedap dari apa yang aku bancuh sekarang.Sambil memegang gelas besar itu aku menahan rasa. Ini bukan pertama kali Myramendahului aku dalam bab melayan Emel. Dah banyak kali!! Dah berkati sabar yangaku kumpul. Emel pula lebih rela menjamah hidangan yang dihidangkan oleh Myradaripada aku. Siapa yang tak terasa? Cuba cakap kat aku, siapa yang tak terasabila dilayan macam ni!

            Aku tahu, siapa aku dihati Emel.Kadang-kadang aku terfikir, untuk apa perkahwinan ni? Sampaikan aku terfikiryang Emel sengaja mahu menghukum perasaan aku. Kalau benarlah itu niatnya,sampai bila-bila aku tak akan maafkannya.

            Dengan lemah aku berpatah balik.Namun tak kuduga gelas ditanganku itu disambut oleh seseorang. Aku menoleh.Along?

            “Wah, sedapnya. Hilang haus Along.Eh, ini untuk Along ke? Along main rembat je.” Ammar bersuara sebaik sajamenghambiskan setengah air Milo digelas itu.

            Perlahan aku tersenyum. “A’ah. Alongpunya. Minumlah sampai habis. Sedap tak?” Soalku, saja mahu menghiburkan hatisendiri.

            “Ermm, sedap! Zirah pandang apa tu?”Soal Ammar bila dari tadi mata Zirah memandang kearah sesuatu. Pantas ditoleh.Tahulah dia yang Zirah sedang melihat Emel dan Myra bersembang mesra tu.

            “Hah! Jom kita masuk. Tadi Alongbaru beli DVD cerita korea yang Anis kirim. Zirah sukakan?” Ammar menarikhujung baju Zirah masuk kerumah. Entah DVD apalah yang dibeli oleh Anis tadi.  Zirah hanya mengikut.

 

 

 

MELIHAThidangan yang banyak itu, membuatkan aku terasa lapar. Tadi aku nak tolongmemasak, Bibik dan Mak Ngah tak bagi. Katanya, nanti aku penat. Puas aku pujuk,tapi tak berhasil. Aku melabuhkan duduk dikerusi makan.

            Bibik dan Mak Ngah sedang menyusunlauk-pauk diatas meja makan. “Anis cakap, Myra dengan Emel dah macam orangtengah  bercinta. Kat Mall tadi, Myra siap pegang lengan Emel.Amboi, bercinta ke dorang tu?”

            “Aish enggak boleh dong. Enggakcocok.” Bibik membantah.

            “Habis tu, dah kat rumah pun asyikberkepit. Inikan pulak kat luar.” Mak Ngah bersuara lagi, mereka tak perasanperbualan mereka itu didengari oleh Zirah.

            Zirah dengan lajunya melintasimereka dan terus menuju kedapur. Resah bila mendengarkan kata mereka. Perlahanpeti sejuk dibuka. Pintu peti sejuk paling atas dibuka. Menderu wap sejuk aiskeluar. Perlahan aku meletakkan muka kedalamnya. Mencari ketenangan! Serabutlahbila fikir pasal ni! Ikutkan hati aku ni. Aku nak masukkan sekali badan-badankukedalam peti sejuk ni.  Baru puas hatiaku.

            Mak Ngah dan Bibik terdiam.Masing-masing menekup mulut. “Lah, saya enggak tahu dia ada Kak.” Bibik  mula risau. Dijenguk Zirah didapur.

            “Apa yang dibuatnya kat dapur tu?”Soal Mak Ngah yang turut sama menjenguk. Mak Ngah dan Bibik menakup mulut.  Menyesal benar mereka  mengumpat perihal Emel dan Myra.

            Mak Ngah menghampiri Zirah yangsudah meletakkan mukanya didalam peti sejuk yang terbuka itu. Diusap-usap bahumenantu majikannya itu. “Along buat apa ni. Ja..”

            “Urm.. Ambil angin. Along Okey, MakNgah buatlah kerja.” Aku memotong katanya. Rasanya lebih baik aku macam ni,daripada aku lari masuk dalam kolam. Lagi naya!

            Mak Ngah menarikku dan ditutup pintupeti ais itu. Didudukkan aku diatas kerusi makan didalam dapur itu. Dipegangbahu Zirah sambil merenung wajah pucat itu. “Kalau Along terus-terus macam ni,Mak Ngah rasa cukup setengah jam beku kepala Along. Along  tak percaya kat Emel ke?”

            Aku memandang Mak Ngah denganpandangan kosong. Aku mengangkat bahu perlahan. Tak tahu apa yang sebenarnyahati aku cakap!

            “Along, kadang-kadang mulut orangkita tak boleh nak tutup. Kita tak tahu apa yang dicakap tu betul ke tidak.Walaupun orang yang bercerita tu orang yang paling kita percaya. Apa yangpenting sekarang, hati ni.” Mak Ngah menyentuh dada Zirah. “ Hati ni kena tanamdalam-dalam yang Along  percayakan suamiAlong . Tetapkan prinsip, selagi suami kita tak sebut dengan mulut dia sendiri.Selagi itulah kita abaikan semua kata orang.”

            Aku merenung Mak Ngah, perlahan akumemeluknya. “Tapi Along rasa, hati Along dah tercampak entah kemana tah. SekarangAlong rasa macam tak ada hati.” Luahku dengan perlahan.

            “Along, Mak Ngah yakin Emel mestiada sebab lakukan semua ni. Yang penting sekarang ni, Along kena banyak bersabar.Hanya itu saja yang boleh buatkan Along jadi wanita yang kuat!” Mak Ngahmemberi kata semangat.

            Aku hanya mengangguk. Kemudian Bibikmenghampiri. Diusap kepalaku. “Kuat ya. Kami ada kok sama kamu.”

            Aku hanya tersenyum. Untungnya, rasamacam ada banyak mak! Tapi Mak yang boleh buat aku rasa tenang hanya Mak Imahseorang. Rindu kat mak! Minggu ni, insyallah Along balik ye Mak.

            “Hah, Bik ada idea! Kerah.. Sinibentar.” Bibik menggamit-gamit tangannya menyuruh aku menghampirinya.

            Berkerut dahiku. Namun aku turutkanjuga. Bibik berbisik sesuatu padaku. Perlahan-lahan bibirku menguntum senyum.Macam best je idea Bibik ni!

Previous: Bab 40
Next: Bab 41A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.