Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 28

            “Kenapa pulak ni?” Soalkutakut-takut.

            “Tadaa! Orang pantang kena pakaini.” Bibik mengangkat kain batik dan t-shirt.. Makaaiihh besarnya T-shirt!!

            “Kena pakai ini jugak.” Mak Ngahmengangkat sepasang stoking separas buku lali itu. Tengah hari buta nak pakaiitu? Lebur kaki aku!

            “Eh, ada lagi. Ini jangan lupa!” MakGayah menunjukkan sejenis bedak sejuk yang diletakkan didalam piring. Bau bedaktu.. Perghh! Boleh tercampak hidung aku. Busuk!!

            “Tapi, tak kan nak pakai sekarang?”Balasku yang masih mengasah otak untuk mengelak.

            “Habis tu nak tunggu bila? Tigatahun lagi? Alah, Zirah lima hari je. Tak pun seminggu. Lepas tu kamu nak pakaibaju Batman sekalipun, kami tak kisah.” Mak Ngah membebel. Nasib baik mak tak join sekali, kalau tak lagi teruk akunanti.

            “First!Pergi tukar baju!” Mak Gayah memberi arahan.

 

                                               

           

WAH!‘cantiknya’ aku!! Sanggul kepala mengalahkan orang yang betul-betul berpantang.Kat dahi aku ni dah bertempek bedak busuk tu. Berkali-kali jugaklah aku rasanak muntah. Susah jugak orang nak berpantang ni ye? Adoi!

            Aku ditempatkan diruang tamu yangsudah tersedia tilam besar dan  tilamkecil milik Adam. Dan macam-macam lagilah. Kalau Tok Wan tengok, mesti diapercaya 100% aku tengah berpantang. Ini semua berkat usaha ibu-ibu akumengerjakan aku pagi tadi.

            “Assalamualaikum..” Suara garau itumemberi salam.

            Semua pasang mata memandang kearahseorang lelaki yang segak berbaju batik. Lelaki itu tersenyum dan laju sajamenghampiri Adam.

            “Owh, inilah cicit Abah ye? Comelnya!Yang ni? Err, Manda kan? Amanda Imani?” Tan Sri Osman meneka.

            Terdiam aku sekejup! Kemudian akumengangguk perlahan-lahan sambil menyalam tangan Tok Wan. Aku ingatkan Tok Wanaku ni dah tua kerepot! Tapi, perghh! Umur dah dekat 71 tahun. Tapi muka still young macam Datuk Yusuf Haslam!Cayalahhh!!

                        Tok Wan menggosok-gosokkepalaku sambil tersenyum. kemudian dia mencium pipi Adam. Jelas diwajahnyarasa bahagia. Kalaulah Tok Wan tahu dia kena tipu, huh! Aku tak boleh nak imaging macam mana reaksi dia.

            “Abah, kita makan dululah. Abahmesti lapar kan? Lama sangat dalam flighttadi.” Ummi mengajak Tok Wan ke ruang makan. Tok Wan menurut.

            “Makan?? Jom laa..” Jawabku sambilbangun dari tilam.

            “Ehhh! Kamu kan pantang. Duduk situ,nanti Mak Ngah ambik nasi dengan ikan goreng.” Mak Ngah menarik tanganku danmenyuruh duduk semula. Nasib baik Tok Wan dah jauh, kalau dia dengar tadi. Kansusah! Aishh, Zirah ni kalau pasal makan. Susah nak dibawak bersabar.

            “Ikan goreng?? Mak Ngah, tak akanlahZirah nak makan itu je?” Soalku sedih.

            “Habis tu tak akan aku nak bagi kamumakan KFC pulak? Dah-dah, nanti malam karang ke. Baru makan sedap-sedap.” MakNgah terus berlalu.

            Aku mencebik sedih. Adam yangtiba-tiba menangis itu, aku ambil lalu diberikan susu botol. Mesti Manda punberpantang macam aku ni kan? Kesian dia.. baru aku tahu seksanya menahan makan!Ohh! Tidakkkk!!

            “Akak! Wah, boleh jadi pelakonterbaik ni.” Anis melabuhkan duduk disebelahku. Tersenyum-senyum macam badut.Kutuk aku lah tu!

            “Kamu jangan nak cari pasal Nis,kang bedak atas dahi akak ni nanti masuk mulut kamu nanti.” Aku mula rasa rimasdengan bedak itu. Bau dia boleh buat aku koma tau.

            Anis ketawa. “Okey-okey! Abang Emelmana Kak?”

            “Kerja. Eh, lupa hari ni Ahad. Diapergi…err.. Keluar kot! Tak tahu.” Malas aku nak fikir. Suka hati dialah nakpergi mana. Dah lah malam tadi dua tiga kali aku jatuh katil dek keranatendangan maut dia. Mujur aku tak sakit jantung. Mengingau apa entah,terjerit-jerit cakap gol!! Ingat aku ni bola apa??!!

            “Abang Emel tak tengok lagilah keadaanAkak macam ni ye?” Anis menyoal dengan penuh teruja.

            Aku mengerutkan dahi. Melihat darireaksi Anis, aku terbau sesuatu! Mesti ada rancangan busuk dia ni.

            “Akak pandang sini!” Click! Okey, selamat sudah gambar ku ditangkapoleh Anis!

            “Nak buat apa tu?” Soalku kurangfaham dengan tindakkan Anis.

            “Nak sent Whatsup  kat Abang Emellah!! Alolorh! Comelnya Kakak ipar Anis! Macam anak Jepun! Hahahaah!!” Anisbantai ketawa. Namun tangannya sudah selamat menghantar gambar tadi  kepada Emel.

            “Hah?? Bak balik! Bak Handphone tu.. bagi kat Akak. Anis! Eish!!Jahaaatttnya!!” Zirah tak dapat menahan geram bila dengan lajunya Anis berlarimenyelamatkan diri sambil ketawa!

Previous: Bab 27
Next: Bab 28A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.