Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 45

            “Sabar Long..” Walid menenangkan.Ummi disebelah Walid hanya menangis tersedu-sedu. Buat kali pertama rumah itudihuni dengan tangisan.

            Zirah pergi tanpa ucap apa-apapun.Puas Ammar kejar, namun tak jumpa! Mungkin Zirah dah menaiki teksi yangkebertulan lalu dikawasan itu.

            “Adik Along tak pernah berperangaimacam ni Walid! Ini bukan adik Along! Kau nak apa sebenarnya dalam perkahwinankau ni hah! Cakap!” Ammar sudah meningking kuat! Rasa tak terampun kesalahanEmel ini.

            Emel masih diam membisu. Tamparandari abangnya itu tak mampu mengejutkan dirinya dari melayang entah kemana. Diamasih diam disaat Zirah tinggalkannya hingga kini! Sepatah kata pun tak keluardari mulutnya!

            “Apa yang Zirah buat sampai kau buatdia terluka macam tu sekali?! Syaitan mana yang dah merasuk kau ni?! Apa kautak fikir dulu ke sebelum buat sesuatu keputusan? Mana pergi akal kau hah?!”Ammar sudah terasa terkilan benar dengan sikap adiknya itu.

            “Cakaplah Mel!!!” Jerit Ammar!Terkilan sungguh dengan tindakkan Emel itu.

            Melihat Emel hanya diam. Ammar mulamenghampiri dan dicengkam kolar baju T-shirt Emel. Ditenung adiknya itu.

            “Sabar Long.” Ummi dan Walid berkataserentak dan cuba menenangkan kedua beradik itu.

            “Cakap!” Ammar masih menagihjawapan!

            “Emel kahwin dengan Zirah sebabAlong!! Puas hati Along?!” Emel mula bersuara bila terasa dirinya bagaikandipersalahkan!

            Ammar melepaskan cengkamannya.Terketar bibirnya. “Apa yang kau merepek ni?! Apa yang cuba kau nak cakap ni!”

            “Iya! Emel buat semua ni sebabAlong! Emel tahu selain Adam, Zirah juga semangat untuk Along bagun dari koma!Emel cuba kahwin dengan Zirah agar Zirah tak terlepas dari sesiapa. Emel akanserahkan Zirah pada Along bila sampai waktunya nanti.” Emel menyatakanhasratnya itu. Dan perkahwinan ini juga adalah perkahwinan terakhirnya, diatahu masanya tak lama. Izinkan dia mencintai wanita itu walaupun dia tak mampumemilikinya.

            “Ya Allah.. Kenapa kau buat macam tuMel?” Ummi mula menangis. Terkilan dengan kata-kata Emel itu.

            Ammar pula sudah tergamam. Belumsempat dia mahu berkata lagi, tubuh Emel rebah kelantai!

 

 

                                                           

‘EMELbuat semua tu sebab dia tahu yang dia bakal tak hidup lama. Dia memangsayangkan Zirah, sebab dia sayanglah dia nak Zirah tetap jadi keluarga Waliddengan Ummi. Kanser usus Emel ini sudah menjangkau ketahap tiga dan mungkinboleh menjadi ketahap empat. Barah usus berkemungkinan berpunca daripada  faktor usia, cara pemakanan yang tidak betul,keturunan atau ketumbuhan polip iaitu sejenis ketumbuhan yang tumbuh padadinding usus besar yang akan berubah menjadi kanser.

Puas saya pujuk dia agar berubat. Tapi dia tak nak. Banyakkali dia pesan kat saya agar suruh Along jaga Zirah baik-baik. Dia tak nak sayaceritakan pada sesiapa! Saya tahu perkara ni pun selepas saya terjumpa failkesihatannya tempoh hari. Kalau saya tak jumpa fail tu, rasanya sampai sekarangsaya tak tahu apa penyakit yang sedang dihadapi Emel. Alhamdulillah! Allahbukakan cara untuk saya bagi tahu Ummi dengan Walid. Setahu saya, Emel masihpunya harapan jika dia melakukan pembedahan. Tapi dia degil. Saya mintak tolongsangat kalau Ummi dan Walid boleh bantu.’

            Itulah kata-kata Irwan bila bertemudengan keluarga Emel. Sudah lama  disimpan rahsia ni. Rasanya, dah berkali-kalidinasihatkan Emel agar menjalani saja pembedahan itu. Namun, Emel masih takmahu.

            Ammar meraup wajahnya. Terkilandengan cara yang Emel lakukan ini. Dah banyak kali kami satu keluargamenasihati Emel. Namun dia masih enggan untuk menjalankan pembedahan itu. Sejujurnyasatu keluarga tahu akan penyakit Emel itu, cuma mereka tidak tahu ianya masihditahap berapa kerana Emel berkeras mahu merahsiakannya. Mungkin dengan satucara ni, mampu mengubah hatinya.

            “Along rasa, ada seseorang yangmampu mengubah keputusan Emel.” Ammar bersuara.

            Ummi dan Walid terdiam. Danberpandang sesama sendiri, mungkin tahu siapa yang dimaksudkan oleh anaksulungnya itu.

Previous: Bab 44A
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.