Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 40

SEDANGaku ralit menatap talifon bimbit ditangan diruang TV itu. Aku merasa adaseseorang memeluk erat pinggangku dari belakang. Hampir terlepas saja talifontu akibat terkejut. Tak perlu aku menoleh bila wajah Emel yang sedangmeletakkan dagunya dibahuku.  Terkejutpula aku, kenapa pulak dengan Emel ni? Jangan-jangan dia kena sampuk dengansesuatu.. Choii! Mulut aku ni kadang-kadang ‘mintak kaki’ jugak kan?

            “Kenapa ni?” Soalku hairan.

            “Pusing hadap kita kejup.” Pintanyaselepas meleraikan pelukan.

            Hah? Berkerut dahiku, pelik! Namunaku turutkan juga. Aku pusingkan badanku menghadapnya. “Abang nak apa ni? Ke..”

            Tak sempat aku nak habiskan ayat,Emel memelukku erat.

            “Syhuhh.. Diam.” Emel memeluk eratisterinya. Entah kenapa dia dapat rasakan dengan memeluk Zirah  mampu membuatkan semangatnya pulih. Dan takdapat dibayangkan jika wanita ini jauh darinya.

            “Abang kenapa ni? Jangan buat Zirahrisau..” Setelah agak lama begitu, aku mula bersuara.

            Emel melepaskan pelukan. Namunjari-jemari Zirah masih kemas digenggamnya. Matanya merenung mata isterinyayang bulat itu. “Saya okey. Jangan risau tau.” Emel mengusap pipi isterinya.

            “Zirah rindu kat Mak ye? Minggudepan kita balik.” Emel menyambung kata sambil tersenyum. Menyakinkan Zirah.

            Perlahan-lahan bibir Zirah menguntumsenyum. Dan tiba-tiba dia memeluk suaminya. “Terima kasih bang!!” Ucapnyadengan rasa gembira. Akibat terlalu rindukan Mak, aku suruh Jihah hantar MMSgambar Mak tadi. Sejuk hati bila pandang muka mak yang bersih tu. rindu sangat!

            Pelukkan dilepaskan. “Terima kasihje?” Emel tersenyum-senyum.

            Zirah terdiam. “Habis tu, takakanlah Zirah nak bayar kut?” Zirah mula rasa geram.

            “Tak apalah, terima kasih pun dahcukup. Nak baring kat sini boleh?” Emel menepuk-nepuk peha Zirah. Namun belumsempat Zirah membenarkan, laju saja dia merebahkan kepalanya diriba isterinya.

            Zirah tersenyum. Diusap-usap kepalasuaminya. Entah kenapa, hilang semua marah dan cemburu Zirah terhadap Emel.

            “Nak tanya boleh?” Soal Emel. Sambilmatanya tak lepas memandang wajah comel milik isterinya.

            Zirah tersenyum dan mengangguk.

            “Kalau satu hari nanti, Abang mintaksesuatu dari Zirah. Zirah boleh tak tunaikan?” Emel memandang penuh mengharap.

            Terkejut aku bila Emelmembahasakannya dirinya sebagai Abang. Syukur Alhamdulillah! “Insyallah selagiZirah mampu, Zirah tunaikan. Abang nak Zirah buat apa?”

            Emel menggosok-gosok kepalaisterinya. Senyuman terukir dibibirnya. “Nanti, satu hari nanti abang bagi tahuZirah. Janji dengan Abang, Zirah tunaikan.” Emel menyuakan jari kelingkingnyasebagai symbol janji.

            Tergelak aku dibuatnya. Macambudak-budak je. “Tak naklah janji. Takut tak tertunai nanti. Zirah cuma bolehcakap Insyallah je.”

            Emel sedikit hampa, tapi dia yakinZirah boleh tunaikan permintaaannya itu.

Previous: Bab 39A
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.