Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 31A

            Perlahan aku meletakkan Adam diatastilam kecil. Kemudian aku berbaring mengereng bersebelah dengan Adam. Kepalaaku lentukkan dilenganku. Menepuk-nepuk peha Adam perlahan. Mataku yang mahuterpejam tiba-tiba terbuka bila terasa ada seseorang dibelakang yang turutberbaring sambil memeluk pinggangku kemas.

            “Marah kat kita eh?” Kata Emel.

            Aku hanya diam. Mataku aku pejamrapat. Tak ada mood nak bersembang. Tanganyang pegang pinggang aku itu, aku tolak perlahan.

            Emel mengeluh. “Tak baik tau buatkita macam ni.” Emel mula bersuara mendatar.

            Zirah yang membelakangi suaminyahanya mencebik muak! Yang dia marah aku tu baik sangat lah? Tahu tak kitatengah kecik hati? Dah, pergi main jauh-jauh!

            “Nah..” Emel menghulurkan piring.

            Aku mengerutkan dahi. Macam kenal jepiring ni. Aku mula duduk dan mengambil piring itu sambil memandangnya denganpandangan pelik.

            “Saya dah makan semuanya. Not bad, masih sedap macam selalu.Walaupun ada yang hangit.” Emel memuji. Ikhlas!

            Walaupun inti karipap itu Mak Ngahyang buatkan. Dan pujian Emel itu seolah-olah lebih memuji inti karipapdaripada tepungnya. Aku tetap bangga! Nak kembangkan hidung boleh? Tapimerajuk, tetap merajuk! Huh!

            Aku hanya melihat reaksinya. Naktahu apa lagi ayat dia nak pujuk. Satu sikap Emel yang terlalu buatkan aku rasajatuh sayang ialah, suka memujuk. Cara dia memujuk tersangatlah lembut. Sabardan sweet  macam gula batu!

            Emel mengeluh berat. Dia bersilabetul-betul dihadapan isterinya.  Melihatwajah isterinya yang masih kaku memandangnya membuatkan berkati rasabersalahnya. Hati Zirah perlu dijaga, sebab dia ‘tanggungjawab’ dan ‘amanah’buatnya.

            “Erm.. Okey, saya mintak maaf.Mintak maaf sebab buat awak marah, merajuk, kecik hati dan sebagainya. Tapisaya betul-betul tak sengaja, awak tahukan saya dah lama tak pergi pejabat?Banyak sangat kerja yang tertangguh. Sangat banyak. Saya harap sangat awakfaham.” Sambil bersuara Emel mengusap pipi mulus isterinya. Kesian Zirah, takpasal-pasal jadi mangsa.

            Zirah terdiam. Niat dihati nakmerajuk dua hari. Tapi, bila dengar ayat maaf dia. Urmm, kesian sangat-sangat! Akubangun dan duduk berhadapan dengannya. Aku tersenyum, pipinya pula aku usap.Menatap matanya yang tenang itu.

            “Tak apa, Zirah tak marah pun. Cumakecik hati je tadi. Tapi sekarang dah besar balik dah hati Zirah.” Jawabkudengan nada menyakinkan. “Kesian abang. Zirah mintak maaf sebab susahkan abang.Zirah janji, kalau abang duduk kat ruang kerja tu. Zirah tak kacau abang! Zirahpromise!” Sambil aku mengangkattangan sebagai bersumpah! Betul-betul ni! Tak nak kacau dah! Serik!

            Emel ketawa perlahan. Digosok-gosokkepala isterinya dan memeluknya. “Baiknya dia. Maaf tau.” Emel masih memintamaaf. Betul-betul dia rasa bersalah kerana mengherdik Zirah pagi tadi.

            Zirah mendongak memandang Emel yangberwajah mendung. Kenapa dia sedih sangat ni? Sepatutnya aku yang menangissekarang ni tau, sebab kena herdik pagi tadi. “Tak naklah mintak maaf- mintakmaaf. Zirah yang salah.” Aku mencebik sedih.

            Emel memandangku sambil tersenyumnipis. “Memang saya yang salah. Suka buat awak kecik hati, sedih, danmacam-macamlah yang buatkan awak sedih.” Katanya tenang.

            Aku terdiam. Sumpah, hati akuterharu dengan kata maaf dia. Untungnya aku jadi isteri dia! Kalaulah aku tahudia ni suami yang penyayang, dari dulu lagi aku masuk meminang! Biarlah orang cakapaku perigi ke, baldi ke  apa ke! Ada akukisah? Tapi cuma satu je, aku pelik! Dah dua hari aku biasakan dia denganpanggilan abang. Dulu, dia yang mintak sangat aku panggil  dia abanglah, kandalah, sayanglah. Tapisekarang? Dia masih berawak saya. Ah, tak kisahlah. Janji dia suami saya! J

            Aku mencapai jari jemarinya. Kemudianaku memandangnya dengan pandangan sayang. “Tapi Zirah tetap sayang abang!” Akutersenyum.

            Emel terdiam. Rasa bersalah makinmenjentik-jentik hatinya. Ya Allah, sesungguhnya racanganMu juga yang terbaik.Permudahkan segalanya.

Previous: Bab 31
Next: Bab 31B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.