Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 43

            Langkahku terhenti bila melihat lap-top Apple milik Emel terbuka diataskatil. Aku memandang  kiri dan kanan.Kedengaran bunyi desiran air didalam bilik mandi, Emel mandi kut. Okey! Ada masa nak skodeng laptop dia!

            Sebaik saja aku mendekati lap-topitu, kelihatan sebuah Blog pada skrin laptop itu. Tapi masih kabur!  Aku ni dah lah rabun jauh. Lalu aku dekatkandiri menaiki katil. Namun, belum sempat aku nak menilik dengan lebih dekat…

            “Ehemmm!!”

            “Opocot!” Terlatah aku dibuatnya.Melihat Emel yang hanya bertuala itu merenungku tajam. Aku buat-buat pandangtiang katil. “Tadi ada nyamuk besar kat sini Bang! Dah lari masuk bilik Aniskut. Tak apalah, Zirah pergi tengok kejup. Nanti dihisap darah Anis pulak.”Lari!! Sebab pertama aku lari, ialah aku dah terkantoi! Kedua, ermm.. Tak relanak tengok aurat yang terdedah. Sekian!

            Emel hanya tersenyum. Kelam-kabutbenar isterinya itu lari menyelamatkan diri. Dicapai lap-topnya dan diletakkandiatas meja kerja. Cuai sangat letak atas katil! Nasib baik tak terkantoi! Hu..hu!

            “Akak! Kenapa ni?” Kelam-kabut Anismenarik kakaknya yang dah macam tak cukup nafas, termengah-mengah menujukeruang belajarnya! Macam kena kejar dengan kala jengking!

            “No..Nov..Nov.. Novel.. Ta..Ta..”

            “Dah! Tak payah cakap. Anis tahu,tak jumpa kan? Okey tak kisah. Yang Anis kisah sangat ni, Akak ni kenapa?Takutlah tengok Akak macam ni!” Anis duduk diatas kerusinya. Zirah duduk diatassofa bersebelahan dengan meja belajar Anis.

            Zirah tarik nafas~ dan hembusmengalahkan nak tiup lilin diatas kek hari jadi! Kemudian dia tersenyum. “Tak adaapalah Nis. Saja bersenam panjat tangga tadi. Okey, studylah. Akak teman. Manabuku resepi tadi. Nak sambung ‘belajar’.” Aku mengambil buku resipi Chief Wanitu. Makaaihh! Susahnya masakan dia. Pura-pura okey! Padahal dalam hati,tercicir jantung aku masa lari tadi!

            Anis yang ternganga melihatperubahan Zirah yang mendadak itu hanya mengeluh. Dah biasa dah tengok perangaipelik Kakak Iparnya ini!

            “Kak.. Nak tanya ni.”

            “Urmm.. Tanyalah.” Masih ralitmelihat buku.

            “Abang Emel tak marah ke? Tiap-tiapmalam Akak teman Anis study?” Anistersengeh-sengeh.

            Tengok dari segi sengehan budak ni,aku tahu apa yang dia maksudkan! Gatal! Budak-budak lagi dah pandai eh!

            PAPP!! Kena dah buku tu hinggapkepeha Anis. “ Awak ingat Abang awak tu, Adam? Setiap malam nak kena teman?”Bulat mataku memandangnya.

            Anis ketawa. “Akak ni. Orang tanyaje. Akak nak tahu tak, ciri-ciri isteri yang Abang impikan? Dulu dia pernahbagitahu Anis. Dalam Blog dia pun ada! Anis boleh tunjukkan, eh tak boleh. Lap-top Anis dah kena ‘sita’ denganUmmi.” Anis buat muka sedih! Ummi kan.. Dua minggu sebelum Exam dia dah menarik segala gajet peribadi Anis. Semuanyalah! Wifi,lap-top, BB, Ipad, dan lain-lain!Yang ada sekarang cuma talifon bimbit Nokia yang berharga RM64 ringgit, itu sajayang menjadi hartanya buat masa sekarang. Cukup sebagai penghubung buat Anisdan kawan-kawannya.

            Aku mulalah rasa teruja dengancerita Anis ni. Ah, nantaklah tak dapat tengok Blog pun! Janji dapat dengar.“Ceritalah!” Ujarku!

            Anis tersenyum. “First! Abang tu dia suka sangatperempuan yang bertudung. Dia cakap satu hari nanti dia mesti dapat isteri yangbertudung.”

            “Owh..” Aku masih tersenyum. Dalamperjalanan kearah itu. Insyallah!

            “Kedua, dia suka perempuan yangpandai buat Milo ikut selera tekak dia.”

            “Pass!” Jawabku. Senyum!

            Anis ketawa. “Ketiga, manja! Kempat,urmm.. Alamak! Lupalah Kak! Banyak sangat. Tapi yang paling penting Abangcakap.. Agama dia. Tahu solat, mengaji, dan amalan-amalan yang lain. SebabAbang cakap, dia jugak tak sempurna mana.. Jadi dia nak isterinya bersama-samadenganya menyempurnakan diri kepada Allah. Sebab, dia nak pernikahan yangsampai syurga. Bukan kat bumi je. Kadang-kadang Anis pun rasa yang Abang tu‘sweet’! Tapi, kadang-kadang je lah! Ha..ha” Anis ketawa.

            Aku hanya tersenyum. bagi aku, tiadaciri-ciri istimewa yang aku mahukan pada suamiku. Asalkan dia dapat mendidikaku dengan baik. Dan aku cukup suka dengan ayat terakhir Anis.

            ‘Dia nak pernikahan yang sampaisyurga. Bukan kat bumi je.’

            Insyallah Abang! J 

 

                                                           

L            Aku hanya  jaga Adam diwaktu siang je! Tak puas tau.Tambah sekarang Adam dah montel. Pergh, kalau boleh dikemam-kemam tangannya dahlama aku buat. Ha..ha!

            Perlahan aku duduk diatas sofa.Jari-jemariku aku ‘patah-patahkan’. Bosan tahap apa dah ni. Ah, nak kacau dialah.

            Laju saja aku mendaki katil.  Kemudian aku meletakkan bantal di dada Emel.Dan aku melabuhkan kepala diatas bantal tersebut. Tangan Emel aku ambil, danletakkan tapak tangannya kedahiku. Ermm, barulah seronok nak tidur.

            Nak tahu tak kenapa aku sayangsangat dengan dia? Pertama, sebab dia seorang lelaki yang paling utuh dihatisaya. Biarpun dah berkali-kali dia mengecewakan hati saya, saya tetap sayangkandia. Cinta saya pada dia lebih kuat dari cinta saya pada Razif.

            Aku memandang wajah tenangnya yangsedang tidur. “Abang jangan tinggalkan Zirah tau..” Ucapku perlahan dan kelopakmataku terpejam perlahan. Dan akhirnya tetidur.

            Emel membuka kelopak matanya.Sebenarnya dia tak tidur pun, tunggu Zirah masuk bilik. Diperbetulkan tubuhZirah, agar berbaring disebelahnya. Berat hatinya mahu melepaskan sesuatu yangpaling berharga baginya. Namun, apakan daya semuanya didalam perancangan Allah.Kita sebagai hamba redha dan tawakal.

            Sebelum hatinya berubah kata, adabaiknya dipercepatkan saja perancangan itu. Permudahkan segalanya. Amin..

            Emel mencium dahi Zirah. Sumpahnya,inilah cintanya yang pertama dan terakhir buatnya. J

Previous: Bab 42A
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.