Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 66B

MelihatAshraf  yang baru beredar dari kaunter receptionist itu membuatkan aku rasamacam aku cukup nafas. “Muhammad Ashraf! Ashraf!!!”

            Lelaki itu masih leka dengan talifonbimbit ditangan. Sampaikan aku sebut nama penuh dia pun, dia boleh lagi buatpekak! Aish!!! Kau siap!

            “Oiiii Sarap! Sampah Sarap kenabakar!” Hah! Geram aku.

            Lelaki itu menoleh kebelakang. “Apakau cakap?”

            “Hah! Dengar pulak. Nasib baik akutak sebut minyak tanah, mancis, pelita buluh, bla..bla..” Zirah masih membebel.

            “Kau nak apa ni?” Ashraf memandangZirah. Kecik besar- kecik besar dia je dia pandang budak ni. Kalau dapatmembebel, tak ingat dunia. Kalau bagi kamus, habis semua muka surat disebutgamaknya.

            Hek eleh belagak pulak dia ni. Ingatdia tu David Beckham? Dia ingat aku terhegeh-hegeh nak mintak dia sign katkasut aku? “Aku nak bagi ni. Kau kena…” Kata-kata Zirah terhenti.

            “Abang..?” Aku bersuara perlahan.

            Lelaki segak berbaju pejabat itumelintasi dihadapan Zirah. Sikit pun tak dipandang Zirah yang ternganga takpercaya. Dia boleh buat dek dengan aku. Atau dia tak perasan aku? Ish, macammana pulak dia tahu aku kerja kat sini? Apa dia buat kat sini?

            “Oi Mak cik…” Ashraf melambai-lambaitangannya dihadapan Zirah.

            “Eh, lupa. Nah, ni Kak Min suruhhantar kat cawangan Syarikat Hijjaz kat Kemunting.” Lemah aku menyerahkanbungkusan itu kepada Ashraf.

            “Eh, kenapa kau tak cakap awal-awal?Tadi Encik Aimel baru je lalu. Kalau kau tak kenal yang mana satu, kau bagi jekat Haji Hanif. Dia tahu nak bagi kat siapa. Kau pass lah kat dia, aku nak cepat ni. Kena pergi Ladang kejup. Lembutercekek batu pulak. Pelik-pelik je dorang ni.” Ashraf terus berlalu. Kelamkabut sungguh, sampai terlanggar pintu cermin. Kalut betul budak ni.

            Aku mengeluh. Aku? Kenapa aku pulak?Dengan lemah aku berlalu ke kantin.

 

 

SEBAIK sajapukul lima petang,  laju aku keluar dari office.. Nak cari sesuatu. Eh, bukanmaksud aku nak kejar sesuatu. Sebaik saja keluar dari ruang lobby, aku tersenyum. Okey, dah jumpaseseorang!

            “Abang! Abang!!!” Terkejar-kejar akumeghampiri lelaki itu. sikit pun tak pandang belakang.

            Sakit pulak hati aku! “MuhammadAimel Hijjaz!!” Aku berhenti di depan kereta Emel sambil berpeluk tubuh.

            Emel memandang ke kanan, kiri danbelakang. Jari telunjukknya menunjukkan kearah mukanya. “Saya?” Tanya nya. Mukasehabis tak bersalah!

            “Eh tak lah! Pokok sebelah awak tu.”Memain pulak dia!

            Emel tersenyum. “Kenal lagi suamiawak ni, ingatkan dah lupa.” Sinis betul ayat dia.

            “Awak perli saya?” Soal Zirahserius.

            “Eh, tak lah. Saya cuma cakap je.Tak ada niat pun. Yes, boleh sayabantu?” Emel menghampiri Zirah sambil berpeluk tubuh. Memandang segenap inciwajah comel itu. Kalau diikutkan rasa rindu ni, dah lama tubuh kecil itudipeluk. Tapi tunggu dulu, nak jual mahal kejup.

            Saya? Mana ayat ‘abang’ dia? “Takada apa. Cuma nak pastikan, orang kat depan saya ni orang yang saya kenal atautidak. Yes! Orang yang sama. Cumasedikit berubah. It’s ok! Good job.Teruskan… Assalamualaikum.” Terus aku berlalu. Rasa nak menitis air mata ni.Sampai hati buat aku macam ni.

            Emel mengeluh. Nak dikejar, taktergerak pun kaki ni. Nak memanggil nama itu, tak terluah dari mulut. Akhirnya,Emel hanya memandang sehingga Zirah hilang dari pandangannya.

Previous: Bab 66A
Next: Bab 66C

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.