Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 49

“ALONGambik kunci ni. Akak tak pergi kerja hari ni tau, esok Akak ada khusus katLumut seminggu. Macam biasa, kena hantar Ummu Hanim dengan Ummu hanis kerumahOpah dia.” Kelam kabut Kak Masyiah mengemas barang-barang anaknya. Sekalipandang macam Batman. Zupp…zipp..zuppp.. Wah! Laju gila!

            Kalau aku ada anak nanti, agaknyalagi teruk dari ni. Silap gaya mahu aku terlentang sekejup kat lantai tu sebabterlalu kelam sangat. Err, choiii… Apa fikir pasal anak ni?! Kelam kabut akumengunyah roti bakar ditangan. Mengelak rasa dihati.

            “Okey, tinggallah Along disiniseorang diri selama seminggu.” Terkeluar ayat skema aku! Aku mencebikkan mulut.Alah, bukan tak biasa kena tinggal. Sebulan pun pernah tau  aku ditinggalkan sorang-sorang oleh kakakkesayangan aku ni. Hu..hu..hu..

            Kak Masyitah ketawa. Mulalah  dia nak buat ayat sedih ala-ala dalam kisahIbu Mertuaku tu. “Okey, balik khusus je.. Akak belanja adik akak yang comot nimakan steamboat. Orait?” Masyitahmemeluk bahu Zirah sekejup.

            Tiba-tiba aku tersenyum menyeringai.Yes! Aku tak mintak eh.. Ini namanyarezeki terpijak. Ha..ha!

            “Akak nak pergi hantar budak bambamberdua tu naik apa? Kereta akak kan Along pakai? Along hantar lah..” Akucepat-cepat menghabiskan sisa-sisa terakhir didalam mulut.

            “Tak payah lah. Adik akak datangambik. Dia cuti hari ni. Nanti kalau ada apa-apa, Along mintaklah tolong dia.”

            Tangg!! Aku rasa macam kena balingdengan senduk je kepala aku ni. Aku nak mintak tolong kat adik Kak Masyitah? SiAshraf tu? Lupakan. Kirim salam beras sekampit jelah! Dia tu bukan bolehmembantu, merumitkan keadaan lagi ada!

            “Err.. Tak apalah. Along boleh jagadiri sendiri. Kalau ada apa-apa nanti, Along lari pergi rumah Mak Esah.” Akutersenyum. Mak Esah tu orang gaji jiran depan rumah ni. Baik sangat jiran-jirankat sini tau. Dah rasa macam kampung pulak, walaupun mereka semua ni kaya-kaya.Tapi peramah dan pemurah tau.

            “Okey, jangan buat macam hari tulagi tau. Nanti gantung diri pulak Mak Esah nanti.” Masyitah mengingatkan.Bukan boleh percaya si Zirah ni, suka sangat menyakat orang.

            Pernah sekali tu, masa Masyitahpergi krusus dan Zirah pula tinggal seorang dirumah. Oleh kerana adiknya ituterlalu bosan tak ada kawan nak dikacau dihari cutinya, berlari dia kerumah MakEsah dengan mulut ada cecair merah. Kelam kabut Mak Esah mengelupur melihatkeadaan Zirah yang macam baru lepas kena belasah guna kayu hoki tu.  Dengan muka tak bersalahnya, selamba saja diabersuara. ‘Mak Esah, orang nak sos cili sikit. Tadi tengah makan keropoktiba-tiba habis.’  Terduduk Mak Esah dibuatnya,tercungap-cungap dia mendengar ayat selamba Zirah itu.

            Aku ketawa mengkekeh, cerita tumemang aku tak boleh dilupakan. Serius, aku tak ada niat nak bagi Mak Esah terkejut tau. Masa tu aku tengah syok tengokcerita korea masa part yang palinggempak, masa itu jugaklah sos cili habis! Berlarilah aku pergi rumah Mak Esahmintak sos cili. Aku tak ada niat nak takutkan dia. Ha..ha..ha!!

            “Yelah, orang tak buat dah. TapiAlong tak janji, idea tu spontan je muncul. Ha..ha! Kak, nak tanyalah.. Siapasebenarnya tuan rumah yang Mak Esah jaga tu eh? Tak pernah orang tengok pun.Pernah lah jugak Along pergi skodeng jadi DectektifConan, tapi tetap tak jumpa. Mak Esah cakap bos dia datang dua kaliseminggu. Ish! Ni pelik ni. Misteri nusantara…” Aku buat gimik seperti ceritamisteri nusantara…

            Masyitah yang sedang menyusun botolsusu didalam beg terhenti seketika. Tertelan air liurnya mendengar soalan Zirahitu. Adoi, masa yang aku ada sekarang ni tak cukup nak menipu ni. “Err..Ermm..”

            PONNNNNN!!!! Hah! Ambik kau, bunyihon lori sampah dah bunyi dah. Secara automatiknya, Zirah menuju kepintu. Dansoalannya tadi terbiar saja tanpa jawapan. Masyitah mengurut dada, nasib baik.

            “Uit Saraf!!!!!  Tak pergi kerja ke haa?? Aku bagi tahu HajiHanif!” Cewah, nak ugut orang konon. Macamlah kau kawan rapat dengan HajiHanif, nak mengadu bagai. Ah, nantaklah. Aku memang tak suka si Ashraf ni.

            Ashraf mengeluarkan kepalanya daritingkap kereta Gen-2 nya itu. “Uit, mana pergi reban bergerak kau? Tak Nampakpun.”

            Reban bergerak? Loading… 51%... “Kurang ajar!!! Kau cakap kereta aku rebanbergerak!” Baru aku nak berlari kekereta Ashraf, lenganku ditarik oleh KakMasyitah.

            “Sudahlah tu. Ish, tak boleh jumpa.Nak bertekak je. Pergi siap, dah dekat pukul 7.30 dah ni.” Masyitah terpaksamasuk campur. Kalau dibiarkan mereka berdua ni bertekak, tahun depan pun akutak jamin boleh habis.

            “Nasib kau hari ni. Kalau tak, dahlama kereta kau makan penampor Jepunaku pagi-pagi ni.” Zirah menjelirkan lidah dan terus berlalu masuk mencari UmmuHanim dan Ummu Hanis. Seminggu wooo tak jumpa. Nanti rindu.

Previous: Bab 48A
Next: Bab 49A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.