Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 28B

ALAHAI,sedapnya cucur udang ni. Sedap hingga tertanggal gusi bak kata Si Jihah. Akumenjamahnya sambil menuju ke singki. Gulp!! Hampir saja tersembur cucur udangyang aku kunyah tadi. Rasanya kepala udang yang aku nak buang dari dikunyahtadi, dah selamat ditelan! Erkk! Tercekek.

            “To..too..tok. Erkk..jemput makan.”Pelawaku dalam keadaan peluh yang mencurah-curah macam air terjun! Sempat lagiaku menunjukkan cucur udang yang lagi tiga ketul ditangan. Niat hati tadi nakbawak lari ke belakang rumah kejup. Nak melantak, takut Tok Wan nampak! Tapisekarang?? Terkantoi!

            Tok Wan hanya tersenyum sambilmenggeleng. “Makanlah, Tok nak jumpa Pak Mat kejup.” Terus je Tok Wan berlalu.

            Aku pula terpinga-pinga! Aik! Takakanlah Tok Wan tak curiga apa-apa kot? Pelik!! Ah, nantaklah. Sambung makan!Sedapnyaaa laaaahh…

            “Uit!”

            Purfffff!!! Okey, kali nibetul-betul tersembur. Mujurlah tersembur ke dalam singki cucur yang aku kunyahtadi. Kalau kat syiling? Satu kerja pulak aku nak panjat tangga pergi  cuci. Dengan wajah berang aku menoleh kekanan.

            Emel dengan selamba mengambil cucurudang yang ada diatas meja. Tak guna punya Emel! Nasib baik aku tak tercekek!

            “Orang pantang manalah boleh makanni.” Emel menunjukkan cucur udang ditangan.

            “Bila pulak aku pantang?”

            “Tu, rambut kau dah mengalahkantoncit jin je aku tengok.” Emel menjuihkan mulut menunjukkan kearah rambutZirah yang disanggul tinggi.

            “Kau kutuk rambut aku? Cucuk dengangarfu ni kang.” Aku mengacah sambil memegang garfu. Gayaku seperti seorang yangmahu melawan mangsa menggunakan ilmu Kung Fu!

            Emel ketawa perlahan sambil menjamahsemula cucur udang tadi.  Malas nak layanotak mereng Zirah tu.

            “Weh..weh! Jangan habiskan lah. Akunak makan apa nanti?” Zirah mula gelisah bila mangkuk kecil berisi cucur udang yangdiambil dari Bibik tadi sudah hampir separuh dimakan Emel.

            “Kau nak ke? Isteri kena utamakansuami. Baru dapat pahala.” Emel mula bermukadimah.

            Zirah yang sedang memegang garfutadi, diletakkan garfu itu ke bibir. Tertelan-telan air liurnya melihat betapasedapnya Emel makan. Kejamnya dia. Alahai, sedapnya cucur tersebut. Hampir sajaair liurnya meleleh!

            “Nak?” Emel menunjukkan cucur udangyang tinggal seketul itu.

            Dengan teruja aku mengangguk sambiltersenyum suka! “Nak..”

            “Nah…auummm. Sedapnya!” Emel yangmengacah mahu menyuap cucur tadi kemulut Zirah dengan pantas memasukkan cucurtadi kedalam mulutnya dan kemudian dia mengibas-ngibas tangannya. Dengan banggadia bangun lalu menuju ke ruang depan dengan wajah sehabis bangga dapatmengenakan Zirah!

            “EMELLL!!!! Jahat! Mereng! Badigolsood! Sewel! Benci kau!” Jeritan Zirah itu tak memberi apa-apa effect pun pada Emel. Malah ketawalelaki itu pun sama kuat dengan jeritan Zirah.

“EMEL. Tan Sri panggil. Katanya mau ketemu di bawahgazebo.” Bibik terus berlalu selepas menyampaikan pesan. Dia perlu cepat kedapur. Suara kuat Zirah tadi boleh memecahkan semua jenis kaca. Meroyanagaknya!

            Ada apa  pulak orang tua tu? Ah, malas nak layan! Emelmencapai remote control lalumelabuhkan duduknya diatas sofa.

            “Tok tahu kamu tak akan kesana.”Tiba-tiba Tok Wan duduk disofa yang menghadap Emel.

            Emel yang tadi leka menukar channel tersentak! Muncul macam apa je.Terkejut aku!

            “Kamu sihat Mel?” Soal Tok Wanbermula kata.

            “Urmm..” Itu saja jawapan yangdiberi. Malas mahu menjawab!

            Tok Wan hanya tersenyum. sudahdijangka reaksi yang bakal dipamerkan oleh cucunya yang ini. Banyak jasa yangdiberikan oleh Emel pada keluarga ini. Memang dulu dia tidak berapa suka dengancucunya yang ini disebabkan sikap Emel yang terlalu degil dan sukar dibentuk!Namun tak diduga, disebalik sikap keras hati cucunya ini. Ada sesuatu rahsiayang disimpan kemas olehnya. Rahsia yang benar-benar membuatkan hati tuanyakagum dan jatuh sayang pada cucunya.

            “Tok tahu apa yang tengah kamurancang sekarang. Dan tok faham, mustahil untuk kamu ceritakannya kepada tok.Tapi tok rasa, kamu dah fikir betul-betul ke apa yang kamu buat ni betul?”Soalan Tok Wan itu seperti sesuatu objek yang mampu menghentikan degupanjantung Emel.

            Tok Wan tersenyum melihat cucunyaitu terkedu dan tergamam. “Dari mana Tok tahu cerita tu, tak payahlah kamutahu. Cuma tok rasa rancangan kamu ni akan memakan diri kamu sendiri. Lebihbaik..”

            Emel tersenyum sinis, menghentikankata-kata Tok Wan. “Sepatutnya Tok Wan rasa bangga, sebab cucu tok wan sanggupbuat kerja pelik ni.”

            Tok Wan hanya diam. Dalam hati tuanya dia dapat merasakan bahawa Emel masih menganggapnya seperti dulu. “Cakaplah apa yang kamu mahu, yang penting sekarang kamu perlu tahu yang rancangankamu itu benar-benar dari hati kamu? Kamu ikhlas? Rasanya adalah lebih baikkamu fikirkan perkara yang lebih penting dari itu.”

            “Maksud Tok Wan?” Emel mulamerasakan Tok Wan sudah tahu rahsia terbesarnya. Betul ke ini Tok Wan aku?Macam bukan dia je.

            Tok Wan tersenyum. “Tok Wan tak akanmenghalang apa yang kamu nak buat. Tapi Tok Wan harap sangat kamu fikirkanperkara yang terpenting tu. Tok Wan sayangkan kamu, dan Tok Wan nak mintak maafkalau selama ini sikap Tok Wan yang selalu membezakan kamu dan Along agakketerlaluan. Tok wan lakukan itu semua ada sebab. Dan tok wan tahu kamu lakukansemua ini juga bersebab. Tok harap kamu mampu membuat pilihan yang terbaik.”

            Tok Wan menghampiri Emel danmenepuk-nepuk bahu cucunya itu sambil tersenyum. Tak guna untuknya menasihaticucunya itu sekiranya hati cucunya itu kuat untuk meneruskan apa yangdirancang.

            “Semua keputusan ditangan kamu.Bijaklah dalam membezakan yang baik atau buruk.” Sambung Tok Wan lagi sambilbangun dan berlalu pergi. Namun wajahnya tidak sedikit pun terpamer rasa marahatau jelik dengan perangai Emel. Malah senyuman lelaki itu tak lekang daritadi.

            Emelmengeluh. Nasihat Tok Wan itu walaupun agak kabur tapi mendalam sungguhmaksudnya. Apa pun aku tetap nak teruskan.

            Sebab terlalu sayanglah aku buatsemua ni…
Previous: Bab 28A
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.