Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 50

LEBARsenyumku. Baru habis talifon mak tadi. Yes!!Minggu ni balik kampung!! Yeah!! Rasa nak melompat-lompat je kat atas kerusini. Tapi mengenangkan aku ni masih ayu berbaju kurung. Aku lupakan saja.

            Tiba-tiba membuak semangat aku naksiapkan kerja yang bertimbun ni. Arghh!! Tak sabar nak balik.

            “Amboi senyum sampai ke kepala.”Yani yang baru duduk ditempatnya menegur.

            “Aku nak balik kampung petang jumaatni. Kau nak ikut?” Aku tersenyum padanya.

            “Urmm.. Ikut hati memang nak.Tambah-tambah jumpa dengan mak kau yang sportingtu. Tapi tunang aku ajak pergi fittingbaju nikah pulak. Sorry, but sampaikan peluk cium aku kat MakImah tau.” Yani tersenyum lagi.

            “Okey. Eh, baru habis kemesyuaratnya? Lama betul kan? Tak kebas buntut kau? Retak ke?” Aku tengok mukasi Yani ni pun, aku dah boleh agak yang dia ni mesti tidur masa mesyuarat tadi.

            Yani menghempas tubuhnya diataskerusi empuk itu. Hela dilepaskan panjang. “Adoi, jangankan retak. Aku rasa dahbercambah cendawan dengan sawang rasanya. Punyalah lama si rakan kongsi Haji Hanif tu bercakap. Mahu je aku tepukbahu dia sambil cakap, ‘Dah lah bro, esok jelah sambung. Wa penat ni.’ Mujurlahmuka dia hensem, tak jadi aku nak cakap macam tu tau.”

            Aku mengerutkan dahi. Orang baru ke?“Staff  baru ke? Rakan kongsi dalam ke, luar?”

            “Entah. Aku tak fokus sangat apayang dia cakap tadi. Aku tengah syok WhatsUp dengan Fin, gossip pasal mamat hensem tu.” Yani ketawa.

            Aku menggeleng-geleng kepala. Duduksebelah-sebelah pun nak ber WhatsUp ke? Kalau bab gosip, memang mereka berdualah orang paling berpengaruh.“Itulah kerja korang.” Aku bangun dan terus ke mesin Photostat.

            “Kau nak pergi mana? Aku ada benda nakcerita ni..” Sanggup si Yani ni mengejar aku sampai ke mesin Photostatsemata-mata nak bercerita. Yani menarik kerusi milik Khairul yang entah manamenghilang, kemudian Yani duduk berhampiran dengan Zirah.

            “Kau tahu tak, mamat hensem tu. Dahkahwin tau, tapi bini dia entah kemana entah. Berapa ramai anak dara katpejabat ni yang duk usha dia nak buat suami. Tapi dia tak layan. Fin cakap, diacinta gila dengan bini dia tu. Fin cakap, bini dia tu cantik.  Entah masalah apa yang melanda, bini dia larijauh dari dia. Dekat sepuluh bulan jugaklah..”

            Ayat terakhir Yani ni membuatkan akuterkepit jari sendiri kat mesin Photostat itu. Sakit jangan cakap lah, tapi akubuat muka cool. Bajet tak ada apa-apayang berlaku. Mak!! Sakit woo!!!

            “Dengar kata dia sekarang tengahcari bini dia. Kau rasakan dia jumpa tak? Kalau aku jadi bini dia, aku tak akanlari mana-mana. Biarlah dia kurung aku dalam almari sekalipun. Aku tetap akansetia. Cewah! Serius, muka dia hensem! Kalau tengok, tenang je rasa.” Yanisambung lagi cerita tadi.

Ah! Tiba-tiba aku pulak yang rasa seram sejuk dengarcerita dia ni.

            “Err.. Si.. Siapa nama dia?”Teragak-agak aku bertanya. Bukan apa, kalau betullah apa yang aku tengah fikirni. Mahu aku koma kat atas mesin Photostat ni! Sumpah! Memang itu yang aku buat!

            Yani tersenyum. Ingatkan Zirah tak mahumendengar cerita yang diceritakan tu. Selalunya Zirah buat bodoh je, kalau diabercerita itu ini. Tak ambil pusing langsung. Sampai berbuih mulut aku cerita,alih-alih ayat terakhir dia.. ‘Jom makan..Jom jumpa Kak Min. Jom.. Jom..’.Pelik! Ambik pusing pulak dia dengan cerita aku ni. “Owh! Kau pun dah terpikateh?” Yani mengenyit-ngenyitkan matanya.

            “Gedik eh budak ni. Aku tanya je,siapa nama dia.” Zirah yang sedang bermain-main dengan rasa seram sejuk itumakin seram bila dikenakan begitu.

            “Nama dia.. Muham..”

            “Yani, datang bilik Kak Min kejup.Adoi, masaklah kita Yani. Dia nak ubah pulak.” Tiba-tiba muncul Kak Min denganwajah kusutnya. Dengan segera wanita itu berlalu.

            “Nak ubah? Ini yang aku malas adaorang atasan baru ni. Mesti nak ubah itu ini. Nanti aku sambung lagi. Tata,Zirah busuk.” Yani tersengeh dan terus berlari kemejanya mencapai fail danberlalu keluar menuju ke bilik Kak Min.

Previous: Bab 49A
Next: Bab 51

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.