Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 29

EMELmenahan rasa perit yang menyakitkan. Peluh dingin menitis didahi. Pegang penpun dia tak mampu, inikan pula mahu fokus dalam  kerjanya. Memang sebelum pergi kerja pagi tadiZirah ada menegurnya, katanya wajahnya pucat. Tapi aku hanya tersenyum.walaupun dalam keadaan ‘berpantang’, Zirah tetap mahu menyiapkan baju kerjanyadan memakaikannya tie. Katanya,walaupun dia kadang-kadang loya dengan sikap aku yang suka membulinya itu.. diatetap tahu tanggungjawabnya.

            Rasa kagum pula dengan sikap Zirah.Tidak dinafikan sejak berkahwin, Zirah menjalankan tugasnya sebagai isteridengan baik. Soal makan, pakai memang dijaga. Cuma sejak dia ‘belakon’ ni,sukar sedikit untuknya menemani Emel makan. Tapi kalau temankan lelaki itumakan, mulutnya masih tak berhenti berlawan cakap! Gaduh tetap gaduh!

            Emel tersenyum bila mengingati sikapZirah yang satu itu, garang! Tak apa, walaupun garang macam mana sekalipun.. ‘Orangitu’ pasti terima seadanya. Emel mengeluh berat. Ditenangkan hatinya.

            Rasa badan yang tak sihat itudigagahkan juga mengambil kunci kereta lalu keluar dari pejabat. Tujuannyahanya satu, pulang kerumah. Ada seseorang yang mampu membuatkan hatinya tenang.

 “Awak kenapani? Saya  tanya awak ni.” Zirah yang daripintu utama lagi mengekori Emel sehinggalah kedalam bilik. Entah  kenapa hatinya rasa kurang enak dengan sikapdiam Emel itu. Tambahan pula wajah lelaki itu pucat!

            Emel melonggarkan tali lehernya, dandicampak ke atas meja solek. Kemudian dia menuju ke balkoni.

            Zirah masih mengekori. Namun diahanya berdiri di tepi pintu cermin yang memisahkan balkoni dan bilik.“Cakaplah. Janganlah buat saya macam ni.” Desak Zirah.

 Entah kenapadia sedih sangat bila Emel buat tak nampak kewujudannya itu. Rasa tak sedaphati pula bila Emel langsung tak mahu menjawab soalannya. Selalunya ada sajaayat sinis yang keluar dari mulut tu. Tapi dari tadi soalannya tidak dijawaboleh lelaki itu.

            “Emel..” Sekali lagi Zirah mencuba.Namun lelaki itu masih diam dan asyik benar termenung dan membelakanginya.

            “Sampai hati awak buat saya macam nikan? Buat saya macam tak wujud. Tak apalah, saya keluar dulu.” Zirah berkatalembut, sebenarnya dia sedang menahan tangis. Tak guna nak mendesak! Bukan diatak tahu sikap Emel. Selalunya dia tak kisah kalau Emel tak jawab soalannnya!Tapi bukan hari ini! Bukan disaat dia merasa terlalu risau melihat wajah Emelyang pucat itu!

            Belum selangkah Zirah meninggalkanbilik itu. Tubuhnya dipeluk erat. Tergamam Zirah. Entah kenapa dia terasasituasi itu sama dengan mimpinya dulu! Astagfirullah al’azim! Terasa mahu sajadadanya meletup saat itu oleh kerana terkejut dengan situasi itu.

            Emel tak bersuara walaupun sepatah.Dia hanya mahu memeluk Zirah. Dapat dirasakan, bila dia peluk Zirah bagai adasatu semangatnya untuk teruskan apa yang masih belum habis. Ya! Dia amatmemerlukan semangat dari Zirah!

            “Awak kenapa? Jangan macam ni, bagitahulahkat saya. Jangan buat saya rasa susah hati  macam ni.” Zirah masih bertanya.

            Namun jawapan itu disambut dengantubuh Emel yang terkulai layu. Ya Allah!! “Walid!! Ummi!!” Jerit Zirah sambilmembaringkan tubuh Emel perlahan diatas lantai. Laju saja kakinya berlarimendapatkan Walid!

“Sabar Zirah. Insyallah Emel tak ada apa-apa. Dudukdengan Mak Ngah meh.” Mak Ngah menarik lengan Zirah agar duduk disebelahnya.Sejak tadi Zirah kehulu-hilir dihadapan bilik Emel itu.

 Tadi doktoryang periksa. Lama pulak tu, lepas tu Tok Wan pulak yang jenguk! Arghhh! Bilanak habis ni? Lepas ni siapa pulak? Perdana Menteri?

            “Zirah nak tengok Emel.” Aduku.

            “Ye, kami tahu kok. Tapi sabarduluan ya. Enggak ngapa-ngapa Emel itu. Insyallah. Dia kan sihat aja.” Bibikmenepuk-nepuk bahuku perlahan. Memujuk, tapi masalahnya..aku tak rasa terpujukpun sekarang ni. Biarlah Jack Sparrow sekalipun nak pujuk! Aku tak akan terasaterpujuk!

            Adoi, pening pulak kepala aku ni.Tiba-tiba rasa macam nak baring pulak. Aku duduk perlahan diatas sofa.Memicit-micit kepala yang terasa sakit. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?Kenapa Ummi dengan Walid tak bagi aku masuk ke dalam? Aku kan isteri Emel yangsah! Tak salah kan?

            Sejak dua menjak ni, Emel jarangbercakap dengan aku. Aku ada buat salah ke? Mak! Zirah nak mak… Aku menakupmuka dengan telapak tangan. Entah kenapa airmata mengalir deras.

            “Zirah, kenapa ni?” Ummi memegangbahuku.

            Aku hanya mengeleng lemah, seketikakemudian. Kepalaku terasa berpusing-pusing. Mataku seakan kabur dan.. Bamm!!

            “Ya Allah! Zirah!!” Hanya itu sajayang sempat aku dengar.

Previous: Bab 28B
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.