Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 36

BILAnak bangun ni? Urmm.. Tidur ke, pengsan? Sambil meniarap diatas katil siapmenongkat dagu lagi memandang Emel. Nak kejutkan kesian pulak! Semalam sehariandia menguruskan majlis doa selamat buat Along. Selepas solat subuh tadi. Terussaja dia masuk kebilik dan sambung tidur. Pucat saja wajahnya.

            Aku mencapai talifon  Samsung S2 milik Emel. Game bertajuk BubbleShooter jadi pilihan. Emel memang tak kisah langsung bila aku usik talifonbimbitnya itu. Janji bukan Lappy Applekesayangan dia tu! Sesekali nak jugak aku jadi jahat, nak tengok apa yangbuatkan dia tak bagi aku sentuh lap-topdia tu!

            Penat main permainan yang mengujikesabaran tu aku meletakkan kembali hansetnya itu. Namun, aku terperasansesuatu! Cepat-cepat aku ambil semula talifon itu dan melihat sekali lagi.‘Lock screen wallpaper’ gambar aku dengan Adam! Aik, bila masa pulak diatangkap ni? Tengok pada gambar macam kandid je. Oh, curi gambar kita eh? Akutersenyum-senyum.

            Aku meletakkan bantal diperut Emel,dan aku merebahkan kepala diatasnya kemudian tangan Emel aku letakkan diatasdahiku. Urmm, sangat selesa! Masa inilah kita boleh berperang! Bersiap sediaBubble Shooter! Hiyaaakkk!!

            “Abang ni asyik tidur je. Asal haricuti je tidur! Zirah ni tak pernah jalan-jalan tau. Hari-hari pergi pasardengan Along pun bosan jugak. Balik-balik muka ikan, tak ikan… ayam, tak ayam..Sawi. Tak sawi tu, sayur bayam. Asyik-asyik muka dorang je yang Zirah jumpa.”Aku membebel sambil bermain  game ditalifon Emel.

            Alhamdulillah, dah dekat sebulan.Dengan izin Allah, Ammar sekarang sudah boleh berjalan seperti biasa. Hampirsetiap hari rawatan untuk membolehkan Ammar berjalan semula dilalukan olehdoktor dan dibantu oleh Mak Gayah.

            “Apa kata kita pergi.. Urmm.. Kitapergi balik Gopeng!! Yeahh! Jom bang..” Aku tersenyum. Walaupun aku tahu Emeltidur ni, tahap tidur dalam gua kalis bunyi. Aku tetap nak membebel sampai akupenat.

            “Mak cakap hari tu kan..” Akuterdiam sejenak bila tangan Emel mula melurut jatuh dari dahiku. Cepat-cepataku meletakkannya semula keatas dahiku! “Mak cakap, mak rindu dengan Adam.Zirah tanyalah kat mak, mak tak rindu kat along? Mak cakap, mak lebih rindukanabang dari Zirah?? Seminit Zirah merajuk dengan mak. Nasib baik mak pandaipujuk. Macam abang!” Aku kenyitkan mata kearah Emel.

            “Jihah kan bang, minggu depan dahmula SPM. Samalah dengan Anis. Boleh pulak Jihah cakap nak ambil SPM ni umpamanak tunggu pinangan dari putera raja. Nervious gila katanya. Zirah teringin nak tengokJihah berjaya, kalau dulu Zirah tak mampu kemenara gading. Biarlah Jihah yangjadi pengganti harapan Ayah.” Aku tersenyum. Itulah cita-cita aku.

            “Alahhh! Kalah lagi! Abang punyapasallah ni.” Aku mengomel.

            Tuk!! Tuk!! “Zirah..”

            Aku terdiam sekejup. Bunyi macamsuara Along. Kenapa eh? Laju saja aku meloncat dari katil dan melulu kearahpintu.

            Sebaik pintu dibuka, jelas wajahAmmar mengendung Adam. Wajah Ammar masam dan seolah-olah menahan nafas. Lawakpun ada. Macam tak cukup lubang hidung dah gayanya.

            “Kenapa ni Long? Kenapa muka tumacam Donald Duck tu?” Hampir saja meletus tawaku.

            “Adam berak. Along tak tahu nak  buat macam mana.” Ujarnya dengan suara tertahan-tahan.

            Makin galak ketawaku mendengarkatanya. “Lah iya ke? Jom-jom Adam, Ibu bersihkan.” Aku mendukung Adam menujuke ruang tamu. Ammar hanya mengikut dari belakang.

            Emel membuka matanya. Perlahankeluhan dilepaskan. Dia bangun dan menuju ke ruang pejabat mininya. Lappy Applenya dibuka. Ada sesuatu ingindicatitkan kedalam blognya.

 

 

MENGKEKEHketawa aku mendengar cerita lucu dari Bibik dan Mak Ngah. Semuanya perihal Emel semasa kecil. Emel masa keciltak suka pakai seluar! Tapi bila tengok cerita Superman dia mulamenjinak-jinakkan diri nak pakai seluar. Itu pun masa tayangan cerita Supermansaja. Ha..ha!

            “Amboi Zirah, sukanya dia.” Ummimendekatiku. Hah, Ummi dah masuk dapur barulah lengkap geng Jemah-jemahSemalaysia! Ha..ha!

            “Eh, Ummi. Baru balik?” Soalkusambil bersalam dengan Ummi.

            “A’ah. Eh, siapa yang buat nasigoreng ni? Petang-petang macam ni kalau makan nasi goreng sedap jugakkan?” Ummisudah mengambil piring kecil dan diceduk nasi goreng kedalam piringnya.

            “Ni menantu kesayangan kamu ni,mengidam nak makan nasi goreng. Terpaksalah Akak masakkan.” Mak Ngah menepukpehaku.

            Ouch!! “Eh, Zirah pulak? Ni Bibiklah yang mintak.” Aku tersengeh-sengeh bila Bibik terjegil biji matanyaterkejut dengan kata-kataku.

            “Kok Bibik dong?”

            “Zirah sihat?” Laju saja Ummimenyentuh dahiku.

            “Tak payah nak excited lah Ros, menantu kamu ni belum ada tanda-tanda nak bagicucu kedua kat kamu. Dia mengidam nak makan Nasi Goreng sebab dia tengok ChefWan masak kat dalam TV tadi.” Mak Ngah bersuara. Aku mencebik! Mak ngah nimemang tau. Kecik hati aku!

            “Ummi, kalau ada rezeki adalah.Kalau tak ada, Zirah mohon Ummilah yang mengandung dulu sebagai pembuka langkahuntuk Zirah mengandung. Ha..ha..ha..ha!!” Kuat aku ketawa melihat reaksiketiga-tiga wanita dihadapan aku itu. Masing-masing terjegil biji mata danternganga!

            “Kamu ni Zirah, macam-macam tahu.”Ummi menggeleng-geleng kepala. “Eh, lupa nak bagi tahu. Esok Myra nak datangMalaysia. Dia duduk rumah kita lebih kurang sebulan. Sebab Tok Wan nak dia fahamiselok belok syarikat kat Malaysia dulu sebelum dia mentadbir syarikat katChina.” Kelihatan ceria wajah Ummi.

            “Wah! Senang bangat dong. Mau nginapsini setahun pun, enggak apa loh!” Bibik tersenyum.

            “Baguslah tu! Akak tak kisah,lagipun Myra tu bukan orang lain. Sedara mara kita jugak. Kalau Emel tahu, diamesti suka.” Mak Ngah bersuara.

            Emel? Myra? Pang!! Tiba-tiba hatiaku rasa cemburu! Aish! Jangan ikutkan sangat hati tu Zirah. Aku cubatersenyum. “Myra tu siapa Ummi?”

            Belum sempat Ummi nak menjawabsoalanku, muncul Ammar bersama Adam. Maka, secara automatiknya soalan aku itudiserahkan kepada si dinding yang semestinya tak akan bercakap! Perlahan akumeminta diri mahu ketandas. Kononnya!

Previous: Bab 35
Next: Bab 36A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.