Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 20C

SETELAHhampir dua jam didalam kereta itu, aku terjaga bila terasa kereta itu takbergerak! Hah? Eksiden? Aku kat hospital ke? Kelam-kabut aku bangun daribersandar. Melihat tempat duduk sebelah, Emel tiada disitu. Melilau matakumencari. Sebesar alam aku cuba besarkan biji mata aku ni. Memerhatikanbetul-betul aku dimana sekarang.

            Aku menarik nafas lega bila aku mengesanaku kini di R&R Tapah. Ingatkan aku kat hospital tadi. Astagfirullahal’azim! Cabul betul mulut aku ni.

            Mana pulak mamat ni? Punyalahkedekut haji bakhil. Ditinggalnya aku kepanasan kat dalam kereta ni? Tak dipasangkanlangsung pendingin hawa, cuma tingkap saja dibuka besar. Kecil saja matakumemandang Emel yang berjalan menghampiri keretanya sambil makan buah jambu air.

            Setelah masuk kedalam kereta diabuat muka tak bersalah. Plastik kecil yang sudah habis buah jambu air tadidipegang sambil matanya melilau mencari ruang untuk dibuang. Dipandang aku yangsedang tajam memandangnya.

            Sambil tersenyum dia bersuara.“Tolong buang. Tolong lah, dapat pahala tau. Sekurang-kurangnya kamu menyumbangkepada dunia dari pencemaran pembuangan sampah merata-rata.” Emel menghulurkanplastik kosong itu kepadaku.

            Aku genggam erat jari jemariku!Geram jangan cakaplah! Nak saja aku tarik kepala dia sampai tercabut. Mahu atautidak aku ambil juga plastik itu lalu keluar dari kereta dan membuangnyadidalam tong sampah berhampiran. Dengan geram aku masuk semula kedalam kereta.Sedikit ayat pun tak terluah dari mulut aku! Tengah marah tau tak!

            Permanduan diteruskan. “Lepas nikeluar tol Gopeng kan? Lepas tu?”

            “Tidur!” Jawabku malas.

            “Okey.” Emel melepaskan sterengkereta lalu memejamkan matanya. Tak tentu arah tayar kereta itu bergerak.

            Kelam kabut aku memegang sterengkereta. “Heh, aku main-main jelah. Tak payah lurus bendul sangat! Eksiden kang,susah pulak. Betul-betullah.. Emel!!” Naik biru wajahku mengawal stereng itu.Aku ni dahlah tak tahu memandu. Kang sia-sia je aku langgar gunung yang ada katsebelah ni.

            Emel masih memejamkan matanya.Papp!! Terjaga terus Emel bila mukanya ditenyeh dengan surat kabar olehZirah.  “Weh apa ni!” marahnya.

            “Apa ni-apa ni. Pegang lah sterengni! Kang tak cukup surat khabar, kerusi ni aku cabut baling kat kau kang.”Zirah yang berwajah pucat itu beria-iya memarahi Emel.

            Emel kembali memegang stereng.Keretanya itu gear auto, apa nak dikesah sangat bila jalan lurus macam ni? Tapimelihat wajah pucat Zirah tak sampai hati pulak nak kenakan gadis ituberlebihan. Kang pengsan pulak.

            Zirah mengurut dada. Ya Allah, naktercabut nyawa aku. Jahat punya Emel! Bahagialah tu dapat kenakan aku! Melihatwajah Emel yang tersenyum-senyum itu membuatkan loya tekak aku! Gedik!Mengada-ngada!

            “Lepas keluar tol Gopeng, belokbelah kiri. Nanti jumpa signboard Desa Cik Putri. Masuk kanan.” Jawabkuperlahan. Kang jawab merepek-repek kang betul-betul pulak dia buat.

            Emel mengangguk-angguk. Melihat jamdi atas dashboard lagi 10 minit pukul11.45 pagi. Laju juga dia bawak! He..he!

Previous: Bab 20C
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.