Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 70

PAGIyang indah. Waktu yang sesuai jemur kain. Tahulah ada Mak Esah, tapi takakanlah semuanya Mak Esah yang nak buat? Kalau macam tu, baik Mak Esah je yangjadi isteri Emel. Choii, mulut!

            Dikibas-kibas kain batik itu sebelumdisidai, namun belum sempat aku menyidainya diampaian…

            “Gong!!Gong!!”

            Terbang kain batik tadi.terjerit-jerit aku dibuatnya, bakul kain yang ada disebelah diambil dandibaling kearah ‘anjing’ tersebut! Eh, bukan anjing! Serigala.. Eh, bukan!Ermm, harimau. Ah! Nantaklah. Aku tak tahu.

            “Auch!!”

            Zirah terdiam. Pandainya ‘anjing’ nisebut auch? Perlahan aku menunduk melihat kebawah. Terkejut aku melihat Emel yangsudah terduduk diatas rumput sambil memegang kepalanya. Disebelahnya terdapat,err.. Kepala singa? Alah, yang orang cina buat tarian singa bila tahun barucina tu. Ceh!

            Aku ketawa sambil bertinggungdisebelahnya. Hah, kan tak pasal-pasal makan bakul. Aku dah lah fobia denganbunyi anjing ni. Dia buat pulak suara anjing. Memang inilah makannya.     

            Emel mencebik. “Bukan nak tolong.Gelak lagi ada. Sampai hati kan.”

            Aku menyudahkan sisa-sisa ketawayang masih ada suku baki. “Lain kali buat lagi. Nasib baik bakul, kalau cangkultadi macam mana?” Aku ketawa lagi.

            “Kalau cangkul, abang baling MakEsah kat Zirah.” Balas Emel geram.

            Mati ketawaku. Bahaya ni, Mak Esahpulak jadi senjata dia. Mak Esah punya kilo, boleh tahan jugak. Namun akuketawa semula. Larat ke nak angkat Mak Esah?

            Gulp! Terdiam mulut Zirah.

            Emel tersenyum. Barulah aman, daritadi dengar ketawa Zirah. Rasa nak cekek je minah ni.

            Tuih! Tuih!! Zirah membuangsisa-sisa bulu yang melekat dilidahnya. Dipandang Emel dengan mata terjegil.Kurang asam, disumbat mulut aku dengan telinga singa ni? Ni rasa macam naksumbat mulut dia dengan stokingpulak.

            Lintang pukang Emel larimenyelamatkan diri bila Zirah sudah mengejarnya sambil memegang bakul kaintadi.

            “Ya Allah, kenapa budak-budak ni?”Mak Esah pulak naik pening kepala bila Zirah dan Emel main kejar-kejarmengelilinginya.

            “Emel ni, dia sumbat mulut Zirahdengan telinga singa.” Aduku geram.

            Emel hanya ketawa. “Banyak sangatketawa. Itulah makannya. Ketawakan abang lagi.”

            “Singa? Ya Allah, macam-macamlahbudak-budak ni.” Mak Esah menggeleng-gelang kepala melihat suami isteri itu takhabis-habis bergurau. Namun terselit rasa bahagia dihatinya.

            “Abang! Zirah tak habis lagi ni.”Zirah mengejar Emel yang sudah mendaki anak tangga ketingkat atas.

            Zirah terus berlari kebilik. Sebaiksaja dia masuk kebilik, dia terdiam. Terlepas bakul ditangan. Cantiknya biliktu macam bilik pengantin. Aku rasa, masa aku tinggalkan bilik ni sekejup tadimacam kapal Tatanic tenggelam. Ini, sikit punya cantik. Dengan bunga.. Err.. Bungaraya? Kelopak bunga raya ditabur diatas cadar tilam. Apalah, guna bunga raya?Tak romatik betul suami aku ni. Gunalah bunga mawar ke.

            Terasa seseorang memeluk eratpinggangku. Emel tersenyum, diletakkan dagunya dibahu Zirah. Penat tau diadekorasi bilik ni. Biarpun tak cantik sangat. Hasil kelam-kabut aku dengan MakEsah, jadi jugak bilik ni.

            “Cantik tak?”

            Zirah tersenyum. Dipegang tanganEmel yang melingkari pinggangnya. “Cantik sangat. Hijau.. Cantik. Pandai abang hiasbilik ni.” Pujiku ikhlas.

            Emel ketawa. “Tengok kakilah. Khasuntuk isteri abang yang comel ni.” Emel mencuit pipi Zirah.

            “Terima kasih.” Zirah berpusing dantangannya digayutkan dileher Emel. Dipandang wajah Emel sepuas hati. Hensem!Macam Hendry Golding. Dikucup kedua belah kening tebal itu. Dan dipandangsemula wajah bersih itu. “Sayang abang sangat-sangat.”

            Emel tersenyum. Emel mencium pulakedua belah kelopak mata Zirah dan memandang wajah polos itu sepuas hatinya.“Sayang Tembam abang ni jugak.” Dicuit pipi Zirah.

            Mati senyuman Zirah. Tembam? Masukni, dah dekat puluh-puluh kali dia panggil aku tembam! Tembam sangat ke aku ni?“Abang panggil lagi Zirah Tembam. Zirah kejar abang guna cangkul.” Marahku.

            Emel ketawa mengkekeh. Dipelukkembali tubuh isterinya yang dah menjauh darinya kerana marah dipanggil tembam.“Tahu tak, abang suka Zirah tembam macam ni. Omey angat!”

            Zirah mencebik sedih. Dia panggilaku tembam lagi! Mentang-mentang sekarang aku dah berisi. Aku tak tahu kenapaaku berisi mendadak macam ni. Tak adalah berisi sangat, kira boleh dikira kuruslagi lah jugak. Akibat terlalu kuat makan, inilah jadinya.

            “Okey-okey, tak tembam. Bambam je.Boleh?” Emel memujuk. Dan akhirnya dia ketawa bila Zirah mula menghentak kakitanda memprotes.

Previous: Bab 69
Next: Bab 71

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.