Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 27

SABTU?Ada apa dengan Sabtu? Acecewah, dah macam tajuk lagu pulak. Sejak bersara jaditukang kebun ni. Rasa ketagih pulak nak main tanah. Kebun sayur aku itu pula,kadang-kadang saja aku melawat sambil memetik hasil dari sesetengah pokok yangmengeluarkan hasil. Nampaknya Pak Mat jaga dengan baik! Tak adalah aku risausangat.

            Sunyi je rumah ni. Mak dah balik dahpukul 8 pagi tadi. Ummi dengan Walid yang hantarkan, katanya mahu melihatkampung. Bibik pulak pergi kerumah Mak Ngah, katanya mahu hantar mee goreng.Selalu tak pernah pulak nak hantar. Terlebih rajin pulak bibik ni.

            Adam masih aku yang jaga. Ummi risaukalau bawak jalan jauh-jauh nanti meragam pulak Adam. Aku ambil Adam yang masihlena tidur. Aku gendongnya menuju ke tingkap cermin yang besar diruang tamuitu. Dari situ jelas kelihatan kolam renang dan taman bunga mini milik Ummi.Cantik! Rasa macam kat luar negara pulak!

            “Adam sayang.” Aku mencium pipimontel itu. Aku tersenyum melihat Adam tiba-tiba tersenyum.

            Tersentak aku bila terasa ada tanganyang melingkari pinggangku. Laju saja aku menoleh kekanan. Wajah Emel kelihatansambil melabuhkan dagunya dibahuku.

            “Adam sayang.. Mak Ngah sayang PakNgah tak?” Emel buat suara katun macam Zirah buat tadi.

            Aku mendengus! Perlilah tu! Ni kenapapulak ni? Demam ke apa? Tiba-tiba peluk orang! Ikutkan hati aku, aku tolak je.Tapi memandangkan kamu suami aku, err.. boleh lah dimaafkan!

            “Ngada-ngada.” Balasku sambilmencebik.

            “Laparlaaah..” Emel mengadu sambilbuat muka kesian.

            “Pergilah makan.”

            “Mana ada makanan. Tak akanlah nakmakan mee goreng pagi tadi? Sekarang waktu lunchsayang..” Emel menunjukkan jam didinding.

            Aku yang sebenarnya sedang dalamkeadaaan rasa jantung nak terkeluar bila dalam keadaan macam ni. Menelan airliur untuk keberapa kali! “Habis tu? Tak kan aku..”

            Jari terlunjuk Emel menyentuh bibirZirah. “Haip, tak mau-tak mau ‘aku-kau’.” Katanya sambil menggeleng-geleng.

            Berkerut dahiku. “Habis tu? AtokNenek?”

            “Abang, Ayang..” Emel tersenyum lebar.

            Terjegil biji mata Zirah. Bergetarbadannya dek kerana geli dengan panggilan itu. “Tak Nak!”

            “Nak jugak!”

            “Tak nak lah! Nak panggil..”

            “Abang!”

            “Bukan! Nak panggil..”

            “Abang.. Abang jugak!”

            “Bukan! Bukan! Bukan! Nak panggilOppa boleh?” Zirah tersenyum! Rasa senang pula rasanya dengan sikap Emel yangbaru ini. Terlalu baik!

            Emel mengerutkan dahinya? Aku yanghensem ni dipanggilnya Opah??? “Aik, cari gaduh nampak..” Keningnya terangkatsedikit.

            Aku menepuk dahi. Mesti dia ingataku kutuk dia panggil Opah! Ayoyo! “Bukan Opah lah! Oppa. O.P.P.A..” Akumengeja.

            “Apa tu?” Soalnya pelik.

            “Nak tahu? Carilah sendiri! JomAdam. Kita tidur atas tilam.” Setelah pelukan dipinggang dilepaskan Emel. Lajusaja aku memboloskan diri menuju ke bilik khas untuk Adam.

Previous: Bab 26A
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.