Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 44A

“EMELni kenapa? Along tengok dah macam bukan kau je. Ada masalah ke?” Ammar merenungadiknya. Sejak dua menjak ni, perangai Emel amat pelik dimatanya. Tambah-tambahlagi dalam soal melayan Zirah. Kadang-kadang tu Nampak sangat yang Zirah tuterhegeh-hegeh kepada Emel, sedangkan Emel hanya buat tak tahu!

            Emel tersenyum hambar. “Apalah yangAlong merepek ni? Emel okey lah!”

            “Dah berapa tahun kita jadi adikberadik? Dah berapa tahun Along ni jadi abang kau? Tak payah nak kelentongAlong lah Mel. Kau tu sejak kecil lagi susah nak menipu.” Ammar cuba untukmencungkil apa yang sebenarnya yang Emel simpan!

            “Apalah yang Along merepek ni? Emelokey.”

            “Tak! Jangan tipu Along.” Ammar mulamenyakinkan. Semakin lama dibiarkan perangai Emel yang semakin hari semakinmemencilkan diri ini, buatkan hatinya merasa ada sesuatu yang tidak kena!

            Emel sedikit tersentak dengan nadaAmmar yang meninggi itu. Itu bermakna, abangnya benar-benar mahukan jawapan!Dan sesungguhnya dia tidak pernah berahsia dengan abangnya. “Along nak Melcakap apa lagi? Kalau Emel mintak tolong Along pun, belum tentu Along nakpenuhi permintaan Emel ni kan?!” Emel mula merasa runsing.

            “Apa yang kau merepek ni? Sejakkecil Mel, semua keinginan kau Along turutkan. Apa lagi yang kamu nak Alongbuat?” Terasa terkilan benar bila Emel bekata begitu.

            Emel mula serba salah. Dipandangwajah abangnya. “Emel mintak maaf. Emel tak sengaja nak kecilkan hati Along.”

            “Cuba cerita dengan Along. Apa yangbuatkan kau terasa macam down sangatni?” Ammar mula memfokuskan memandang adiknya. Mungkin masalah ini yangmembuatkan Emel bertindak mengabaikan Zirah. Mungkin!

            “Kalau Emel mintak sesuatu katAlong, Along boleh tunaikan?” Emel mula bermain dengan perasaan. Rasanya inilahmasanya yang sesuai untuk meluahkan!

            “Insyallah, kalau itu mampu membantuAlong selensaikan masalah yang kamu berdua hadapi. Along pasti akan tolong.”Kata Ammar tenang.

            Emel menarik nafas perlahan dandihembus dengan rasa perit. Berdenyut-denyut dahinya menahan perit. “Along,Emel nak mintak tolong Along.. Bila Emel dah tak ada, Along kahwin denganZirah..”

            “Apa yang Mel merepek ni?” MarahAmmar. Tak suka dengan kata-kata adiknya itu.

            “Please Long, kahwin denganZirah...”

            Prangg!!! Dulang yang dipegang Zirahterlepas. Terketar-ketar bibirnya. Menggeletar seluruh tubuhnya! Ya Allah. Perlahan-lahanZirah menghampiri Emel dan Ammar yang masing-masing terkejut dengankehadirannya.

            Dengan air mata yang bertakungditubing mata, Zirah menghampiri suaminya! Ditelan air liur yang dirasakansekarang macam batu! “Abang ulang sekali lagi..” Ucap Zirah tenang namun masih bergetar. Hatinya bagai nak gilamendengar ayat tadi!

            Emel hanya berdiam diri. Tak mahu berkataapa-apa!

 “Zirah,dengar dulu. Mungkin Emel silap cakap. Mungkin..” Ammar cuba bersuara.

            “Diam!! Zirah nak dengar sendiridari mulut dia!” Zirah menuding kearah Emel yang masih tenang memandang Zirah. Ammarhanya diam. Tak tahu bagaimana lagi untuk menamatkan keadaan ini.

            “Ulang sekali lagi..” Dibiarkan airmatanya yang mengalir! Hebat Emel! Awak berjaya buat saya menangis dan terasaterlalu terluka. Berjaya buat air mata saya jatuh dihadapan awak! Hebat!

            Emel menarik nafas perlahan.“Betullah tu. Saya nak awak kahwin dengan Along!” Emel tiada seinci pun niatuntuk memujuk isterinya. Dikuatkan hatinya dan dikeraskan hatinya! Walaupunsekarang ini dia merasakan bahawa dialah manusia paling zalim yang mampumembuatkan Zirah menangis!

            Ya Allah.. Zirah menahan diri agarkuat. “Apa Abang cakap ni? Abang dah tak sayang Zirah? Kenapa? Sebab Abang dahmula sayangkan Myra?!” Entah kenapa nama Myra pula disebut. Entah! Itu sajayang ada dalam otak ni!

            Emel tepat memandang wajah Zirah!Turun naik nafasnya.. Tak sangka Zirah akan menuduhnya begitu. Siap melibatkanMyra lagi. Nampak sangat selama ini Zirah meraguinya!

            Zirah tersenyum sinis walaupun airmata terus mengalir. “Kenapa? Terkejut bila Zirah sebut nama tu? Abang memangnak lepaskan Zirah sebabkan dia kan?!”

            Emel sedaya upaya menahan rasamarahnya! Myra tak salah! Sikap tuduh melulu Zirah ni buatkan hatinya merasakanselama ini Zirah sentiasa mencurigai kasih sayangnya!

            “Cakaplah! Kenapa senyap?!” MarahZirah.

            Terketap-ketap gigi Emel menahangeram. “Memang aku akan kahwin dengan Myra! Puas hati kau?!”

            “Emel apa kau cakap ni!!” Ammar mulanaik angin bila Emel menipu! Masakan Emel boleh berkahwin dengan Myra?Mengarut!

            Zirah yang sudah terasa tak cukupnafas itu mengangkat tangannya menghalang dari Ammar berkata apa-apa lagi.Sakitnya hati bila mulut itu sendiri mengaku, bila mulut itu sendirimenggelarkan ‘aku kau’, bila mulut itu sendiri mengherdik! Aku memejamkan mataperlahan, berharap jika aku buka mata apa yang aku dengar bukan perkara betul!

            Namun bila aku buka mata, Emel masihdihadapanku dengan wajah ketatnya. Tertahan-tahan nafas lelaki itu menahanmarah. “Baik.. Kalau itu yang Abang nak. Zirah redha! Tapi..” Zirah menariknafas perlahan. Sebak yang tertahan-tahan menyukarkannya untuk bersuara.

            “Tapi.. Zirah tak akan kahwin denganmana-mana lelaki! Zirah tak kisah abang nak kahwin berapa sekali pun! Tapijangan ceraikan Zirah. Zirah akan pergi jauh dari Abang.. Zirah tak akan munculdari hidup abang. Cuma Zirah mintak dari abang, jangan ceraikan Zirah. Zirahnak, sampai Zirah mati.. Zirah masih kekal jadi isteri abang. Terima kasihdengan apa yang abang bagi. Halalkan apa yang abang beri. Maafkan Zirah kalaupernah menyakiti hati abang dan buat abang marah. Zirah mintak maaf.” Zirahmenarik tangan kaku Emel. Dicium tangan itu. Buat kali terakhir, direnung wajahitu. Mungkin tak akan berjumpa lagi. Dan jangan harap benda tu berlaku! Hatinyalebih terluka dari dulu.

            Tangan dilepaskan. Perlahan Zirahberlalu keluar dari rumah itu! Biarlah kakinya melangkah kemana pun! Dia dahtak ambil peduli! Yang penting sekarang hatinya mahu menuju kepelukkan mak!Buat kali kedua, hatinya hancur lumat disebabkan lelaki. Kenapa susah sangatnak dapat bahagia dari seorang lelaki? Ujian Zirah! Ujian! Redha dan tawakal..

Previous: Bab 44
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.