Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 55

LAGIDUA HARI. Alhamdulillah, dah nak habis dah ahad ni. Esok mesti dia kerja, mestidia balik KL. So, dengan rasa amannyaaku tak sabar nak tunggu malam nanti. Yeah!

            Sepanjang dia kat sini, tudungmemang tak lekang kat atas kepala aku ni. Aku masih terfikir, setelah 10 bulankami tak pernah berjumpa. Masih lagi ke aku ni isteri dia? Sedangkan dia takpernah bagi aku nafkah selama 10 bulan. Urmm, rasanya bersebab aku pakai tudungdepan dia. Wajib! Kot..

            Aku menghirup sepenuh hati udarapetang itu. Duduk dekat pangkin dan habiskan masa pandang sawah yang cantik.Rasanya, cukup buat otak berehat. Tersenyum-senyum aku melihat budak-budak yangsedang bermain bola di sawah itu.

            “Goal!! Yeah! Bagus Safee Sali!  Cayalah!” Jerit seseorang dengan tiba-tiba.

            Tersentak aku dibuatnya. Ghaib sudahsenyuman aku tadi. Fuhh! Semangat! Teperanjat aku! Nasib baik aku tak balingkasut terompah ni kat muka dia! Aishh! Mana saja aku pergi, mesti dia ada!

            Emel duduk disebelah Zirah.Tersenyum-senyum dia. Cantik kalau Zirah tengah marah. Macam Lisa Surihani.Serius! Muka dia kalau marah macam Lisa marah dalam cerita Ombak Rindu tu.Zirah kalau buat muka tengah sembelit sekalipun, tetap cantik!

            “Apa senyum-senyum?! Makan ni kangbaru tahu.” Aku sudah mengangkat kasut terompah Mak.

            “Senyum pun salah. Tak baikmarah-marah. Kang muka cepat tua. Tak pasal-pasal ada orang panggil opah.”Selamba saja ayat lelaki itu. Emel kembali memandang budak-budak yang sedang ralitbermain bola didalam sawah. Wah! Bestkalau join ni.

            “Kedut pun apa kisah.” Aku meletakkembali kasut terompah tadi ke tanah. Ish! Kalaulah ada orang panggil aku Opah,memang cari nahas lah. Akan aku kejar satu kampung.. Argh! Kenapa aku termakan hasutandia ni? Ish!

            “Saya kisah. Sebab saya muda lagi.Tapi kalau ‘opah’ saya ni berkedut pun. Sayang saya, tetap untuk dia dan takakan pernah kurang malah bertambah-tambah.” Emel menepuk-nepuk perlahan bahuZirah sambil tersenyum manis. Dan kembali memandang perlawanan bola didepan.

            Zirah terdiam. Tertanjat kejup dengan sentuhan tiba-tiba itu. Aish! Dia ni pandaibetul buat aku terdiam! Aku terus menyarung kasut terompah kekaki. Niat hatinak masuk je dalam rumah. Kang meleret pulak aku bertekak dengan dia. Bukanapa, kang lawan-lawan cakap mesti aku yang kalah! Entahlah.. Mudah betultertewas. Spoil!

            “Nak pergi mana. Rugi je beli ‘tiket’.Teman lah!” Emel menarik tangan Zirah agar duduk semula. Siap buat muka comellagi.

            Zirah tersentak. Laju saja direntappegangan itu. “Err. Erm.. Malas lah!” Tak ada modal ayat nak guna! Otak takberjalan untuk bina ayat!

            “Suruh duduk pun malas ke?Duduklah.” Emel kembali menarik tangan Zirah sehingga wanita itu terduduksemula ditempatnya tadi.

            Zirah mengeluh panjang. Maintarik-tarik pulak dia! Tanda protes, aku bersila diatas pangkin itu. Akupandang semula  kumpulan Aman yang sedangbermain bola itu. Tiba-tiba aku rasa permainan itu membosankan. Bosan sebabyang suruh aku tengok tu adalah Emel. Dan aku tak rela hati nak tengok. Itulahfaktor-faktornya.

            “Tak reti-reti ke nak kemas barang?Esokkan kerja.” Aku bersuara yang lebih kepada membebel.

            Emel tersenyum. Pertama kali Zirahyang mulakan ayat. “Tak payah, saya cuti seminggu.” Emel memandang Zirah dengansenyuman sampai kedahi dan siap buat ‘peace’ lagi.

            Terbeliak biji mataku! Mampus! Duahari lagi nak menghadap beliau! Argh!! Aku menepuk dahi. Mana lagi aku nak larini?

            “Tak payah lari mana-mana. Duduk jesini diam-diam.” Emel bersuara tiba-tiba.

            Tersentak aku dibuatnya. Dia dengar keapa yang aku cakap? Ah, sudah! Dahsyat ni. “Siapa cakap saya nak lari? Kenapacuti lama sangat?”

            Emel ketawa perlahan. Ayat wanitaitu macam tak bagi aku lama-lama kat sini. Tapi memang itu pun niat aku. Danaku nak kau tahu, yang aku tak akan pernah putus asa. Ini Emel okey.

            “Saja, syarikat dah terlalu kaya.”

            “Hah?!” Aku  mengeluh! Malas betul layan dia ni. Cakap takpernah betul. Merepek je.

Previous: Bab 54
Next: Bab 55A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.