Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 16B

“Habistu kau tuduh akulah yang salah?” Balas Emel dengan wajah berang.

            Irwan menepuk dahi. Susah nakdibawak kemeja bulat betullah mamat ni. “Bukan itu maksud aku. Okey, sekarangkau benci sangat dengan Manda. Kau benci dia sebab semua perkara yang berlakuberpunca dari dia. Kalau aku jadi kau pun, aku pun marah. Tapi itu semuakesilapan Manda. Bukan Adam. Cuba berfikiran matang sikit Mel. Semereng-merengaku ni, aku masih ada sifat kemanusiaaan tau.” Irwan menggeleng-gelengkankepalanya. Tak tahu nak nasihat versi apa lagi untuk menyedarkan manusia katdepan aku ni!

            “Cuba kau fikir kejup, sebab apaManda bagi Adam kat Ummi dan Walid? Sebab mama dia tak nak dia jaga Adam kan?Cuba kau fikir lagi, apa yang bakal terjadi kalau Ummi dan Walid jugak perangaimacam kau. Tak nak terima Adam, tak nak jaga langsung! Apa yang bakal Mama siManda  tu buat dekat Adam? Buang? Jual?Tak pun hantar kerumah anak yatim.” Sambung Irwan dengan nada perlahan.

            “Lagi bagus dia duduk rumah anakyatim! Memang itu tempat dia.” Balas Emel dengan nada puas.

            Irwan menggeleng-geleng lemah. Akucerita ni dah macam dalam cerita  BersamaMukat Tv3 tau tak, itu pun kau tak terasa nak menangis ke? Hati kau ni dibuatdari apa Emel? Bijih timah? Adoi! Boleh tak aku pergi hospital kejup? Rasa nakpitam melayan mamat tak berperasaan ni.

            Irwan menarik nafas perlahan. “Kausuka orang letak kau kat rumah anak yatim sedangkan kau ada ibu? Ayah? Suka?Tak siapa suka tau tak. Silap hari bulan satu hari nanti Adam tu jadi seorangpendendam tau tak. Dengan rasa benci Datin Bibah terhadap abang kau, aku takrasa dia nak letak Adam kat rumah anak yatim. Dia tu benci sangat denganAmmar.”

            “Habis tu, kau agak dia akan buang?Aku tak rasa Dato Mukhriz benarkan.” Emel ketawa sinis.

            “Urmm, aku rasa ada satu cara yangboleh buat kau percaya! Ujian DNA!” Irwan tersenyum. Dah rasa macam sebut‘poket ajaib’ dalam cerita Doremon pulak. Tak sangka aku ni kadang-kadangpandai jugak ye?

            Bertuahlah Anis dapat bakal suamiyang pandai macam aku ni. Irwan tersenyum, namun senyumannya mati bila melihatwajah terkejut Emel. Aku salah cakap ke tadi? Setahu aku, aku cuma cakap DNA.Ni kenapa pulak mamat ni pandang aku macam nak telan aku hidup-hidup pulak ni?

            Membulat biji mata Emel. Hatinyabagai tertarik-tarik mahu membuktikan kepastian itu. Betul jugak kata  Irwan. Mungkin ada penyelensaian untukmasalah ni.

Previous: Bab 16A
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.