Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 26A

MENDENGARbunyi jam lonceng yang sayup-sayup itu membuatkan Zirah terjaga. Terkebil-kebilmatanya. Urmm.. Kenapa sedap pulak bantal ni? Aku ada beli bantal baru ke? Matayang kecil dibesarkan.

            Ternganga-nganga Zirah bilamenyedari dirinya dan Emel sangat dekat? Amatlah tak masuk dek akal aku yangwaras ni. Aish! Batal air sembahyang aku! Argh! Malunya! Macam mana nak keluarni? Kakinya turut tertindih dengan kaki Emel. Emel buat dirinya tak ubahseperti bantal golek!

            Ish! Lepaslah!! Apa susah sangat ni!Beratnya kaki dia! Besi ke, tulang ni? Bila terperasan kelopak mata Emel seakannak terbuka. Cepat-cepat Zirah pura-pura tidur. Tangan yang memeluk lengan Emeltadi disimpan rapi kebelakang badannya! Macam manalah aku boleh terpeluk lelakini?! Adoi! Kena mandi bunga aku hari ni!

            Emel tersenyum. Dia tahu Zirah dahbangun. Dan tahu Zirah sedang pura-pura tidur! Ditenung wajah bersih itulama-lama. Pelukan yang renggang tadi dikemaskan. Baru pukul 5.05 pagi. Danlagi untuk aku peluk ‘bantal busuk’ aku yang baru ni.

            Alahai! Apasal pulak ni?! Sesaknafas aku dibuatnya!!  Cup! Lama hidungEmel melekap didahiku.

            “Sayang Cicak Kobeng.” Kata Emelperlahan, seperti berbisik. “Dah tu, esok baru berlakon! Bangun solat subuhjom.” Emel melepaskan pelukan sambil bangun dari katil.

            Tercungap-cungap nafas Zirah yangdah macam nyawa-nyawa ikan dek kerana tindakan drastik  lelaki itu tadi, makin tak cukup oksigen bilaEmel tahu yang dia pura-pura tidur! Arghh! Mana nak letak muka ni???!! Malu!!

Previous: Bab 26
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.