Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 55A

AKUmenghampiri Mak yang sedang leka melayan cerita cina di TV.  Sambil duduk disebelah mak, aku masih terfikir-fikirsoalan yang bakal aku bagi kat mak. Aku tengah keliru ni. Bukan takat keliru,tak faham, tak selesa, pening lalat pun ada.

            “Mak Along nak tanya sikit boleh?”

            Mak Imah terdiam. Ah, sudah. Apapulak yang nak ditanya ni. Mampus aku nak jawab. Itulah, aku dah pesanawal-awal dah. Jangan bawak aku ke kancah penipuan ni. Aku tak reti nak menipu.Budak-budak ni lah. Sabar jelah aku.

            “Err.. Tak mati pulak penjahat tu.Aku dah cakap dah. Jangan pukul kepala dia. Parang je. Degil” Mak Imahpura-pura tak dengar ayat Zirah itu. Sesekali dia mengerling Zirah disebelah.Aish! Apa pulak aku nak jawab nanti.

            Aku menggaru-garu kening. Mak nipelik pulak dah. “Mak, tengah iklan tu. Mana pulak datangnya penjahat ni? Makni macam ada sembunyikan apa-apa dari Along je.” Aku mula mengsyaki sesuatu.

            Mak Imah gigit jari. Alamak! Dialogtak kena dengan situasi lah! Siapa bagi dialog ni weh! Mampus aku. Kantoi pulak.Mak Imah pusing menghadap anaknya sambil tersenyum-senyum. Senyuman yangdibuat-buat.

            “Mak tengah bayangkan  lah tadi. Along seorang je yang naik? Emelmana? Dah dekat senja ni. Budak-budak ni lah. Senja-senja merayap. Tingkap taktutup.” Mak Imah pura-pura membebel sambil mahu bangun menuju ke dapur untukmenutup tingkap dapur.

            “Mak, tingkap dapur tu pukul limatadi Along dah kuncikan pintu dengan tingkap. Mak jugak yang suruh tadikan?Mana ada senja lagi. Sekarang baru pukul 5.45 Mak. Mak duduk sini, Along nak tanyaMak ni.” Aku sudah menepuk-nepuk kerusi disebelahku. Kalau dilayan bebel Mak.Lepas ni entah apa lagi ayat mengelatnya.

            Mak Imah terdiam. Gulp! Kantoi lagi!Mak Imah mengeluh. Alahai, dah tua-tua ni tak pandai betul aku nak mengelat. Aish!Hilang skill tu dah. Perlahan MakImah menghampiri Zirah.

            “Kamu nak tanya apa Long?” Mak Imahmula pura-pura menyibukkan diri mengemas  surat khabar dibawah meja yang dah memangsudah kemas.

            “Along nak tanya ni, urmm.. Along nisah lagi ke sebagai isteri Emel?”

            “Opocot Cik Kiah!” Hampir saja pasukecil itu terlucut dari tangan Mak Imah sebaik saja terdengar soalan anaknyaitu. Disangkakan Zirah mahu bangkitkan kisah pasal kereta Suzuki Swift itu.Rupanya bukan. Patutlah anaknya itu 24 jam bertudung dalam rumah ni.Rupa-rupanya ini sebabnya.

            Mak Imah meletakkan semula pasukecil tadi diatas meja dan terus memandang Zirah. Dipegang jari jemari anaknyaitu. “Apa Along cakap ni? Mestilah Along masih sah sebagai isteri Emel. Apayang buatkan Along fikir bukan-bukan ni?”

            Aku ternganga. Kejup! Kenapa pulak?“Mak, bukankah kalau suami gagal berikan nafkah selama tiga bulan dianggapjatuh talak? Memang dulu Along terima nafkah dari Emel, tapi itu hanya duabulan saja. Selepas itu Along tak ambil dah.”

            “Astagfirullah al’azim budak ni lah.Baiklah, Mak ceritakan kat kamu. Along tahu tak, duit yang sentiasa ada dalamakaun CIMB  Along tu..” Belum sempat MakImah bersuara, Zirah memotong.

            “Tak akan dia masukkan dalam akauntu? Setahu Along, Mak je yang tahu nombor akaun tu. Habis tu selama ni?” Ayatkuagak  tergantung, berharap agar Maksendiri yang tolong sambung dan sekaligus bercerita kisah sebetulnya.

            Mak Imah mengangguk sambiltersenyum. “Mak sayangkan anak mak, dan Mak sayangkan jugak menantu Mak. Maksaja cakap duit yang bank-in tu hasil dari kebun. Padahal itu semua duit dariEmel. Emel sendiri yang tak nak mak bagi tahu, sebab dia cakap kalau Along tahumesti Along tak terima. Dulu nombor akaun lama pun Along block. Nampak sangat Along dah tak nak terima duit dia kan? Caraitu saja yang dia boleh kekalkan Along sebagai isteri dia.”

            “Patutlah duit dalam akaun tu takpernah luak. Along ingatkan Mak yang rajin masukkan. Kalau Along tahu…”

            “Kalau Along tahu, Along nak buatapa?  Nak Block akaun tu pulak? Along ni dah kenapa? Dulu Along sendiri yangnak terus jadi bini dia. Sekarang tak nak pulak? Along, kadang-kadang Allah takbagi apa yang kita mahu tau. Tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Sudah lah tusimpan marah. Sampai bila nak marah?”

            Aku mengeluh. Betul apa yang Makcakap, tapi aku rasa macam tak boleh terima cara Emel itu. Macam cara seorangyang pengecut! “ Along tak marah kalau dia nak teruskan dengan cara ni. Tapi caradia ni  buatkan  Along terkilan. Kenapa dia tak jumpa Along je? Kenapa dia tak pujuk Along daridulu? Kenapa dia tak mintak maaf dari dulu? 10 bulan Mak.. 10 bulan Along dudukseorang diri, lakukan semuanya sendiri, tahan rasa sedih, rasa marah, semuanyaAlong laluinya sendiri. Kalau dia betul-betul sayangkan Along. Dia tak buatAlong macam ni.” Menitis air mataku.

            Mak Imah menarik anaknya kedalampelukkannya. Memberi kekuatan kepada anaknya itu. “Ada sebabnya Long, janganmenghukum orang tanpa tahu sebab dia. Cuba berbincang dengan Emel. Tanya diakenapa dia buat macam tu. Manusia mana yang tak pernah buat silap? Beri diapeluang untuk terangkan segala-galanya pada Along.”

            Bunyi ayat Mak macam memihak kepadaEmel. Mungkin ada betul juga apa yang Mak katakan itu. Beri peluang. Peluang?Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini. Memang selama ni aku tak bagi peluangsedikit pun Emel terus terang. Entah kenapa keras betul hati aku ni. Mungkinterlalu lama terpendam, bila ianya dah terluah langsung tak ada ruang untukdisembunyikan. Sampaikan aku sendiri tak tahu apa yang aku mahu dalam hidupaku.

Previous: Bab 55
Next: Bab 56

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.