Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 16

PAGIAHAD, hari yang ditunggu-tunggu oleh Ummi dan Walid untuk bermain dengancucunya. Sepanjang hari kesibukkan mereka tidak dapat dielak. Setiap kalimelakukan kerja, minda pasti kearah Adam. Anis apatah lagi, memang waktudinanti-nantikan untuk mencium sepuas hati pipi tembam Adam.

            Sejak Emel marah-marah, sejak itulahdia langsung tak mendekati Adam. Jangankan dekat, lihat pun dia tak sudi. Adam,jangan risau. Selagi akak ada. Tak ada siapa yang boleh bencikan Adam.

            Aku tersenyum nakal bila melihatEmel sedang lena diatas sofa diruang tamu. Adam yang baru lepas minum susudiambil untuk disedawakan. Kemudian  akudan Adam menghampiri Emel. Aku  dudukbersila diatas lantai betul-betul disebelah sofa tempat Emel tidur.

            Tangan Adam aku usap-usap ke wajah Emel.“Pak Ngah, dah dekat tengah hari ni bangunlah.” Aku buat suara keanak-anakkan.Sebenarnya dah banyak kali aku buat cara macam ni. Tapi Emel masih buat takpeduli dengan Adam.

            Emel terjaga. Ditoleh kekanan, Adamsedang menggenggam jarinya. Laju saja ditarik dan kemudian bangun! Aku panashati betul dengan si Cicak Kobeng ni! Tak faham bahasa! Dah aku kata tak suka,maknanya tak suka lah! Yang gatal sangat nak dekatkan aku dengan budak ni buatapa!! Emel mendengus marah.

            Aku duduk disebelahnya. Adam, aku pangku.“Hah, nak marahlah tu. Sikit-sikit nak marah. Tak penat ke?”

            “Kau tak tahu apa-apa diam! Takpayah jadi pendamai pulak.” Marah Emel. Wajahnya ditala ke kiri tak mahumemandang Adam.

            “Gangster pun tahu pilih musuh. Yangkau ni, apa kes jadikan bayi berumur 25 hari ni sebagai musuh? Hebat!” Akuketawa sinis.

            Emel memandangku dengan pandangan tajam!

            “Lah, kenapa? Tak puas hati? Terasaapa yang aku cakap tu? Sudahlah, hentikanlah sikap pandangan negatif awak tukat Adam. Cuba awak pandang dia betul-betul. Apa dosa dia kat awak? Bagi tahudia sekarang, manalah tahu dia boleh mintak maaf.” Aku cuba untuk berlembutdengan Emel. Namun ayat sindir pasti tak lepas dari mulut aku.

            Emel mula terasa tercabar biladiejek-ejek begitu. Adam yang berada didukungan Zirah dipandang, lena benarwajah itu tidur. Comel!  Ah! Apa akumerepek ni. Laju saja kakinya melangkah, benci  jika berlama-lama disitu makin pedas ayatZirah menyindirnya.

            “Lari jauh mana pun. Adam tetap disini.Orang yang pandai, adalah orang yang tahu bezakan baik dan buruk.Renung-renungkan dan selamat jalan..” Aku sengaja melaung sedikit kuat. Biarterasa manusia disana.

            Emel mendengus dan terus beredar.Makin lama dia disitu, makin terpujuk pula hatinya melihat wajah bayi itu.Entah kenapa, setiap kali memandang wajah comel itu hatinya terasa damai dantenang.

            “Tak apa Adam! Jangan risau, PakNgah tu sebenarnya sayang kat Adam. Tapi dia tu kepala kerusi, kayu, batu, danjuga zink. Ego tak bertempat. Meh, sayang.. Kita pergi kacau Bibik.” Aku menggendongAdam menuju ke dapur.

Previous: Bab 15A
Next: Bab 16A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.