Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 9.1

DENGANmuka monyok, aku mengheret bantal guling dari bilik aku hinggalah depan pintubilik Anis. Aduan Rakyat perlu dibuat! Sakit hati aku, seharian asyik dikenakanoleh Emel. Dialah manusia pertama  yangtak bertamadun yang  pernah aku tengok!Ish! Bila ingat balik, aku rasa menyesal pulak duduk sini! Patutlah ramai yangtak bertahan lama bekerja dengan Datin. Rupanya perangai Emel tu memang taklayak ada kawan!

            “Mak! Pocong! Hantu jalan tar!Hantu..gulp!” Mataku masih terkebil-kebil melihat satu makhluk berwajah putihmenekup mulutku.

            “Akak, ni Anis lah. Meh masuk, dudukdepan pintu ni kenapa?” Anis sudah tersenyum-senyum. Dari tadi dia asyik dengarorang merungut depan pintu biliknya. Ingatkan nyamuk besar! Bila buka pintu,hah! Nampak dah mulut muncung dia yang mampu tertembus pintu!

            Aku mengurut dada. “Anis, kalau akakada kencing manis tadi. Dah lama terkencing-kencing tau. Ni kenapa pulak pakaibedak sejuk mengalahkan nak goreng cekodok ni?” Aku dengan muka tak malu masukkebilik sambil duduk diatas katil.

            Anis melabuhkan duduknya diataskerusi meja solek. “Panas lah pulak malam ni. Nak pasang penghawa dingin, kangsemput pulak. Umi tak bagi pasang kalau dah malam.” Anis menilik mukanyadihadapan cermin. Memang sejak kecil lagi dia alah sejuk waktu malam.

            “Lah panas ke? Akak rasa sejuk je.Ni mesti tak mandi petang tadi ni kan?” Aku sengaja mengusik.

            Berkerut dahi, eh kening.. Eh! Entahaku pun tak tahu apa yang berkerut kat muka Anis ni. Satu muka warna putih!Nampak mata je. Ni kalau hantu tengok, letak surat berhenti kerja terus!Dahsyat sangat! Kalau aku tepuk sikit pipi dia, mesti jerebu Malaysia.

            “Akak! Sampai hati. Kita dah mandilah! Eh, sebut pasal mandi kan.. Bestnya Anis tengok filem Bollywood tadi! Sepadan.” Anis mengeyitkan matanya.Ala-ala muka gatal pulak minah ni.

            Aku terkebil-kebil sekejup. Cubamemproses apa yang minah ni merepek. “Kat channel mana? Sampai hati tak ajakakak join tengok cerita tu sekali.”

            Anis menepuk dahinya, berguguranbedak sejuk didahinya jatuh. “Lah, bukan kat dalam TV lah. Kat depan rumahpetang tadi. Kalaulah Rosyam Nor ada, mesti dah calonkan akak dengan abangsebagai johan Pilih Kasih.” Anis tersenyum-senyum.

            Kini giliran aku pulak tepuk dahi,tepuk pipi, tepuk muka dan akhir sekali tak pasal-pasal aku menepuk kuat pehaAnis! Hah, ni makan dia. Terjerit kecil Anis sambil menggosok-gosok pehanya.

            “Banyaklah Rosyam Nor. Pak Mat punbelum tentu nak ambil akak jadi pelakon, apatah lagi abang Anis yang takbertamadun tu!” Adoi! Aku rasa, aku dah kena penyakit pantang 44 hari. Pantangbetul aku kalau menyebut nama mamat tu. Apatah lagi bercerita pasal dia. Hatiaku ni rasa macam nak tumbuk muka dia guna baldi!

            Anis ketawa. “Akak ni kenapa? Apalagi abang dah buat kat akak?”

            Aku mengemaskan lagi duduk  bersila diatas katil itu, sebiji bantal ladybird aku ambil lalu letakkan keataspeha. Aktiviti bergosip bakal bermula seminit dari sekarang!

            “Akak nak tanya ni, abang Anis tumesti tak ada kawan kan? Mana ada orang nak kawan manusia macam dia tu.” Akumencebik.

            Anis terdiam sekejup. Tiba-tiba teringatkenangan manis bila Kak Zirah tanya macam tu. Ya Allah bilakah agaknya kenangantu hadir lagi? Rindu sangat suasana dulu. “Abang ada kawan ramai sangat, tapiabang ada seorang kawan yang paling rapat. Semua orang dalam rumah ni sayangsangat dengan kawan baik abang tu. Anis pun sayangkan dia. Abang apatah lagi,sebab mereka kawan rapat. Tapi sejak dia jadi macam tu, abang macam berubah.Tak gembira macam dulu, perangai abang pun dah lain.” Anis menundukkanwajahnya.

            Aku terkelu! Aku salah soalan ke?Kenapa gosip ni jadi cerita sedih pulak ni? “Err, maaf. Akak silap cakap eh?”

            Anis tersenyum sambil menggelengperlahan. “Tak salah pun.”

            “Urmm, boleh akak tahu siapa orangtu?” Tanyaku, nantaklah aku tak kenal sekali pun. Aku nak tahu jugak. Siapaorang yang berjaya merubah perangai Emel? Macam misteri nusantara pulak!
Previous: Bab 9
Next: Bab 9.2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.