Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 10A

“Emelmemang macam tu Zirah. Dengan Anis pun dia suka cari gaduh. Dia tu bukan nakcari gaduh sangat, cuma dia suka menyakat je. Hah, kebun sayur tu jadi tak nakbuat? Bila? Walid cuti hari ahad ni. Kalau nak walid tolong boleh je.” DatoFaris dengan penuh teruja bertanya. Dah lama tak berkebun. Skill  berkebun dulu-dulumasa zaman remaja dah semakin hilang. Dia dulu hanya seorang anak kampungbiasa. Alhamdulillah dengan berkat ilmu yang ditimba, kini dia merupakanseorang pemilik syarikat perladangan lembu dan kambing biri-biri terbesar diMalaysia.

            “Hah! Itu Zirah dah mula sikit-sikitdah. Baru nak gembur tanah. Apa kata kita mulakan hari ahad ni. Nak tak?” Akumengangkat-angkat kening tanda teruja. Mula-mula kenal Dato Faris, sumpahbergetar kepala lutut aku. Muka dia memang garang, kalau dia tak senyum. Tapibila dia senyum, sejuk mata memandang. Teringat kat.. urmm, lupakan!

            “Okey.Ngah, masak sedap-sedap ahad ni. Boleh kita berkelah kat belakang rumah nanti.Mesti best kan?” Dalam rasa gembira,tetap juga rasa terkilan bila mengenangkan keluarganya tidak seperti dulu.Kalaulah Along ada, mesti lengkap satu keluarga. Tambah-tambah sejak kehadiranZirah.

            “Boleh je Ris. Nanti Ngah masaksedap-sedap. Ros mana? Tak turun lagi?” Mak Ngah mula tercari-cari biasanyaDatin Rosmah akan bersarapan bersama-sama suaminya.

            “Macam biasalah Ngah, melepaskanrindu. Malam tadi dia mimpi Along. Tu pagi-pagi selepas solat subuh dia asyikmenghadap Along sambil baca Yasin.” Dato Faris menyambung suapan bihun gorengke mulutnya.

            Along? Siapa pulak ni? SekejupAmmar, lepas tu Along pulak. Banyaknya rahsia keluarga ni yang buat aku rasamenyebuk-nyebuk nak tahu jugak. Aku diam saja, malas nak campur perbualan MakNgah, Pak Mat dan Dato itu. Perlahan aku bawa pinggan kosong ke dapur.

            “Bibik! Goyang Inul yuk!” Sergahku.Dan dengan automatiknya Bibik bergoyang-goyang ala-ala Inul akibat terkejutdengan sergahanku itu. Bibik ni kuat melatah. Tu yang aku suka usik tu.

            Ditepuk bahuku kuat. “Ya ampunKerah! Bikin kaget aja. Kamu mau apa? Mujur Bik enggak megang pisau.” Cemberutsaja wajah Bibik bila diusik begitu.

            “Sorry..Tak sengaja. Yang Bibik ni duduk kat dapur buat apa? Tak nak sarapan sekalike?” Aku meletakkan pinggan kotor ke singki untuk dibasuh.

            Bibik tersenyum. “Bik lagi puasa.Puasa ganti enggak abis dibayar kok.” Bibik meneruskan dengan kerja menyediakansebesen air suam dan tuala. Setiap pagi bibik akan buat macam tu. Lepas tu,nanti Datin akan ambil dan dibawa keatas. Kalau tak Datin, Dato, Anis atauEmel. Pelik aku! Nak buat apa dengan semua ni?

            Malas nak tanya, nanti Bibik bukanjawab pun. Balik-balik senyum.  “Bik,petang ni main badminton nak? Teringinlah nak main.”

            Ternganga Bibik dibuatnya. “Loh,gilak kamu? Bibik kan puasa. Ajak aja, si Anis atau Emel.”

            Aduh! Bila  pulak aku kena penyakit pelupa ni? Bibikpuasa lah! Siapa lagi yang boleh aku ajak main ni? Anis? Dia sekolah. Emel?Huh! Sampai bila-bila aku tak nak ajak dia. Hah! Aku tahu! Yes! Ada misi petang ni. Jaguh bakal pengganti  Dato Lee Chong Wei akan beraksi! Piala TalamSilver bakal menjadi milik Nazirah! Yeah!

Previous: Bab 10
Next: Bab 10B

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.