Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 5

MENYEMBANGdengan isteri Pak Mat yang dipanggil Mak Ngah, buatkan aku rasa terlalu dekatdengan mak. Aduh! Tak sampai sehari dah rindu! Mak Ngah ni kerja sebagai tukangmasak je kat rumah ni. Tukang kemas rumah, cuci baju, dan lain-lain Bik Sutinahyang buat.

            “Eh, dekat pukul tujuh ni. Kamu dahdapat bilik ke?” soal Mak Ngah.

            Aku tersenyum. Sudah, tapi taktengok lagi. Aku solat asar tadi pun kat surau mini yang ada kat dalam  rumah tu. Surau tu, pergh! Best! Rasa macam kat Masjid Kristalpulak.

            “Dah Mak Ngah. Tapi Along tak tahukat mana. Datin cakap kat sebelah bilik Bibik.” Jawabku.

            Mak Ngah dan Pak Mat tak duduk situ.Mereka akan datang setiap hari kecuali ahad dan pulang selepas makan malampukul 9.00 malam. “ Mak Ngah tahu kat mana. Jom, ikut Mak Ngah.”

            “Mak Ngah! Emel punya..” Tiba-tibapulak muncul lelaki ni. Ini bukan mamat siang tadi ke?

            “Kenapa Mel?” Soal Mak Ngah bilaayat Emel tergantung sebaik saja melihat Zirah.

            Berkerutdahi Emel. “Ni bukan benggali jual kapet tadi ke? Siapa pulak bagi dia masuk?”

            Fuhh!Berapi dah kepala otak aku mendengar ayat dia. Amboi, memang ada ciri-ciri taksayang mulut betul mamat ni. “Oh, abang manis.. mau beli kapet ka? Banyakcantik. Boleh kasi murah juga. Buy 1 free1.” Sengaja aku berlakon jadi benggali. Nak sangat kan?

            Mak ngah sudah menggeleng-gelengmelihat telatahku yang sudah difahaminya. “Ini Zirah lah Mel. Bukan benggali jualkapet. Kamu ni Mel, agak-agaklah. Zirah yang macam anak cina ni kau cakapbenggali kapet. Ish-ish.. Zirah ni tukang kebun rumah kita. Zirah, ni MohdAimel Hijjaz Bin Dato Faris anak kedua dato dengan datin.” Mak ngah sudah biasa dengan Emel dan keluarga ini.Walaupun dia hanya orang gaji, tapi seluruh penghuni rumah ini cukup hormatkandia dan suaminya. Sementellah, anak-anak Datin Ros semua dijaganya sejak kecillagi.

            Terbeliak biji mata lelaki itu.“Ini? Perempuan ni jadi tukang kebun? Ha..ha..ha! So funny! Larat ke kamu nak angkat cangkul? Bawak diri yangsekeping tu pun belum tentu larat.” Perlinya dengan sisa tawa yang bakal jadisisa toksik telinga aku!

            “Amboi, pandang kita guna kaki nampak.Esok,  kita cangkul kepala kamu..”Balasku geram!

            “Eh, sudah tu.. Ish, ngeri Mak ngahdengarnya. Sudah tu.. Bik.. Tolong bawak Zirah kebiliknya. Mel nak apa tadi?Apa yang tak jumpa?” Soal Mak ngah, kalau dibiarkan mahu terbakar separuh rumahbesar ni. Belum kenal dah macam anjing dengan kucing. Apatah lagi kalau dahlama nanti.   Mahu 24 jam Datin urut dadatahan rasa nak pitam tengok perangai budak berdua ni.

            “Dia tengah cari hati nurani yanghilang Mak Ngah.” Jawabku sambil menjelir lidah dan terus berlalu mengikutiBibik.

            “Ish! Kang kena jugak kang..” Emelsudah mahu mengejar perempuan itu namun sempat ditarik oleh Mak ngah.

            “Sudah tu. Umi tengok nanti, apa pulakkata dia.” Pujuk Mak ngah.

Previous: Bab 4
Next: Bab 5.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.