Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 4

TURUNsaja dari bas express hijau ni, terbeliak biji mata aku. Aku ni ada kat KLIAke, KL Sentral? Makaaihh, mewah betul Malaysia ni.  Ni buat aku rasa nak menyanyi lagu Negarakukat tengah-tengah alam ni. Bangga jadi rakyat Malaysia! Hah, kan tiba-tiba akuberjiwa patriotik. Atok aku dulu pernah bunuh askar Jepun tau. Itupun sebabaskar Jepun tu terpedaya dengan helah atok aku. Almaklumlah, keturunan akumemang bijak! Ha..ha!

            Mana pulak Pak Mat ni. Dekat empatjam dalam bas, rasa nak retak tulang aku yang tak seberapa ni. Jenuh pulak akunak kutip kalau terabur nanti.  Matakukembali meliar memandang sekeliling. Aku jalan-jalan sambil melihat gerai-geraiyang ada. Sebaik saja melintasi sebuah kedai yang penuh dengan novel, pap! Kakiaku dah ‘tergam’ secara automatik! Aku ni, manusia yang cukup pantang tengoknovel. Mulalah rasa tamak haloba ni muncul. Ish! Tak boleh jadi ni, kenaelakkan.

            Setelah mengeluarkan beg duit danmelihat isi kandungannya. Secara automatiknya kaki aku yang ‘bergam’ tadiberjalan semula tanpa menoleh kiri dan kanan. Ada hati nak beli novel, dalambeg duit aku sekarang Cuma ada 100 ringgit je. Itu pun kalau cukup, kalau takcukup? Aku tanam terung kat tepi KLCC lah nampak gayanya.

            “Along!”

            Berpusing-pusing badanku mencaridari arah  manakah suara itu.Terkebil-kebil  kelopak mataku sebaiksaja memandang lelaki yang sedang termengah-mengah menunduk sambil memegangperut.

            “Adoi! Penat! Kejup, bagi akubernafas. Haaihh~” Dengan selambanya Hanif Aziz bin Mat Ayob atau namapanggilannya Han, mengambil botol 100 Plus yang aku pegang sejak tadi.

            “Weh! Baru beli tu, aku tak minumlagi. Dodol hangus betullah kau ni.” Aku menolak bahu Han.

            Han tersenyum. Dipulangkan semulabotol yang sudah kosong itu padaku. Makaaihh! Ni minum ke, saluran usustersumbat ni? Cepatnya habis?

            “Sorrylah Long. Aku dahaga gila ni. Jom aku belanja kau ABC.” Han terus jalanmendahuluiku.

            “Han, kau tak rasa nak jadi lelaki gentleman ke? Mari sini aku ajar,manalah tahu ilmu aku ni boleh mencepatkan kau dapat bakal isteri.” Akutersengeh bila terserlah  riak wajah Hanbersinar-sinar. Sebut pasal awek je, boleh berubah mood si Han ni. Ish-ish! Anak siapalah ni.

            “Apa dia?” Teruja punya pasal,selamba saja dia mencampakkan botol tadi ke tepi. Nasib baik tepat masuk dalamtong sampah. Kalau tidak, adalah ‘insan’ istimewa bagi ‘surat cinta’ a.k.asurat saman!

            “Tadah tangan.” Han menurut!

            “Sila bawak beg aku ni. Eh, jangnlupa beg plastik yang penuh dengan buah rambutan dan petai ni ye. Hah! Baru gentleman. Kau tengok tu, mak cik yangpegang beg tu. Asyik usha kau je, ada peluang la kau jadi menantu dia! Silapgaya, mahu balik ni ada rombongan meminang datang kerumah kau.” Aku menolakbahu Han. Kejup, apa benda yang aku merepek ni? Mana ada orang hantar rombonganmeminang kerumah lelaki? Ah, nantak lah!

            “Hampas kelapa punya minah. Mak ciktu butalah, bila masa pulak dia tengok aku? Kau ni saja kan nak suruh aku meringankanbeban kau kan?” Han mengeluh. Terkena lagi aku!

            Aku pulak terdiam. Aku tengok betul-betul mak cik tersebut. Tiba-tiba mak cik tukeluarkan tongkat dari begnya. Terkebil-kebil mataku memandang mak cik itu danHan silih berganti. Dengan perlahan aku tersengeh sambil mengangkat dua jari. “Peace no war! Heee..” cover balik dari segala kesasulan tadi!Adoi!

 

 

“HAN,majikan abah kau tu garang tak? Dia nak ke terima aku ni?” Setelah selensaimakan tengah hari yang dibelanja oleh Haji Bakhil Hanif. Kami teruskanperjalanan ke rumah yang ingin dituju.

            Han menggaru keningnya sambil tangankanan masih ligat mengawal stereng kereta MyVi nya. “Datin Ros tu aku rasa okey, Dato Mail lagi lah sporting. Cuma, anak lelaki dia yangbongsu tu. Sombong sikit. Alah, kau buat hal kau je. Nantak lah dengan mereka.”

            Tenang jugaklah hati akumendengarnya. Kalaulah bos aku tu garang, aku rasa sempat lagi kut aku tempahtiket bas balik Ipoh. Hu..hu! Pasal anak bongsu mereka itu, ah! Ada aku kisah!Siaplah dengan tentera tanah ni.

            “Long, aku hantar depan pagar jetau. Aku kena jumpa customer pukultiga nanti. Nanti kalau abah tanya, pandai-pandailah kau backup aku tau! Kata kawan!” Han tersengeh.

            Aku ketawa. Nak jumpa customer ke, jumpa bakal customer dihati? Nak kelentong denganaku. Piiigiii daaah! “No problem bro!kau hantar sampai depan pagar ni pun dah cukup baik dah ni.”

 

 

TERPAKUsekejup aku dihadapan pagar besar ni! Ini mahligai ke, rumah? Besarnya! Tigatingkat tu! Kalah bangunan rumah api kat pantai tu. Nak bagi salam, gerenti takada orang nak dengar. Selalunya rumah macam ni ada  bell.Hah! Tu dia!

            Baru saja nak tekan lonceng, pintupagar dah terbuka secara automatik. Keluar sebuah kereta mewah dari dalampagar. Pemilik kereta itu mengangkat tangan kearah pengawal keselamatan. Tapi sebaiksaja terpandang aku dia menghentikan keretanya.

            “Dey! Jangan jual kapet kat siniboleh tak? Ingat sini bazar ke? Pak Li, jangan bagi masuk benggali jual kapetni.”  Teriaknya sambil menaikkan semulacermin keretanya dan berlalu.

            Aku yang baru nak tersenyum terusterkedu. Benggali jual kapet? Apa nak kena baling dengan rak pinggan ke mamattu? Suka hati je nak cakap aku macam tu? Ish! Kalau ikut kesabaran aku yang taksesabar mana ni, mahu aku baling muka dia dengan.. hah! Corta pak cik ni.Spontan aku mengambil corta yang dipegang oleh Pak Cik beruniform biru itu.

            “Ehh, nak buat apa tu?”

            Aku tersengeh, tergendala misi  nak baling corta kat kepala mamat tu. Akuserahkan semula corta tadi kat Pak Cik itu. “Sorry Pak Cik. Nak tanya ni, ini rumah Datin Rosmah ke?”

            Pak cik  itu mengerutkan dahinya. Tadi Emel cakap nibenggali jual kapet, tak akanlah fasih sangat berbahasa melayu? Muka pulak taklangsung macam benggali jual kapet. “A’ah, anak ni cari siapa?”

            “Saya Zirah. Nak datang interview kerja.” Aku tersengeh.

            “Interview?Biar betul anak ni?” berkali-kali Pak cik itu menanggalkan cermin matanya danmenggosok-gosok matanya.

            “Err, kenapa? Err, muka saya nimacam benggali jual kapet ke?” Soalku, tengok aku macam tak percaya je!

            Pak Cik Li tersengeh sambilmenggeleng-geleng. Muka budak ni sikit punya cun ni dipanggil benggali jualkapet? Sah! Cermin mata aku ni lebih berkualiti dari mata si Emel tu. “Eh, tak.Sorry lah Zirah. Emel tu memang macamtu. Tapi kalau kenal dia, baik budaknya tu. Jom lah Pak cik bawakkan.”

            Aku mencebik. Baik ke? Kau tengoklah nanti! Laju langkah aku mengejar derap kaki Pak Cik yang sudah kedepan.

            “Nur Ainul Nazirah binti AbdulMalik? Urmm, kamu tak menyesal dengan kerja ni?” soal wanita anggun dihadapanaku ini.

            Sambil tersenyum sampai ketelinga,aku menggeleng-geleng. “Tak. Saya sangat suka! Saya suka!” Alamak, bunyi suaraaku dah macam watak Ying Ying dalam Boboi Boy pulak. Hu..hu!

            Datin Rosmah mengurut dada, pertamakali dia berjumpa dengan seorang perempuan yang mahu bekerja sebagai.. TUKANGKEBUN! Pelik! Tapi melihat semangat dan minatnya itu  membuatkan Datin Rosmah yang lebih dikenalisebagai Datin Ros itu rasa berminat mahu memberi Zirah peluang.

            “Okey, baiklah. Gaji kamu saya bagiRM1600 setiap bulan. Cukup?”

            “Wow!!!”

            Tersandar Datin Ros bila disergahbegitu. Diurut dadanya perlahan.  Sukasangat buat kejutan budak ni, lama-lama boleh say bye~bye kat jantung aku kalau  macam ni.

            “Banyaknya!” Ting! Timbul symbolduit di biji mata Zirah.

            “Memang gaji untuk tukang kebun kamiberikan sebanyak itu. Elaun makan akan diberi, termasuklah Perkeso, KWSP  dan tempat tinggal. Untuk syarat, mudah saja,selama 3 bulan kamu tak boleh ambil cuti. Melainkan betul-betul urgent! Itu pun tak lebih dari sepuluhkali. Kalau kamu gagal penuhi syarat ni, secara mutlaknya  kamu diberhentikan kerja!” Tegas Datin Rosbersuara. Bukan sengaja dia mahu meletakkan syarat begitu, cuma dia tak mahukejadian dulu berulang lagi. Sebelum ini ada anak muda lelaki berkerja dengannya,namun selepas seminggu boleh pulak dia bergaduh dengan Emel. Dan akhirnyalelaki itu terus menghilangkan diri. Tinggallah Pak Mat yang semakinhari-semakin uzur itu menguruskan halaman rumah yang boleh dikira besar itu.

            Zirah tersenyum suka. “Okey! Sayaikut je!”
Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.