Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 5.1

SELENSAIsolat maghrib, pintu bilik diketuk perlahan. Kalau ikutkan hati, aku memangmalas nak buka. Rasa nak tidur lama-lama kat dalam bilik yang dah macam hoteltu. Meskipun bilik ni kecil je, tapi sangat eklusif. Beruntung betul aku dapatmajikan yang baik macam ni. Ha..ha.

            Krekk! Pintu dibuka. Tersembul wajahBibik. “Kerah, ayok.. Kita makan ‘barang’..”Bibik menarik lenganku sambil tersenyum.

            Berkerut dahiku. Demam ke apa? Bilamasa pulak aku jadi dinasor? Dinasor pun tak makan barang tau. “Barang? Nakmakan barang apa? Owh, barang mainan ye bik? Enggak apa loh.” Beriya aku menolak.

            Bibik menepuk dahi. “Loh! Kamu gilaya? Siapa mahu makan barang? Maksud Bik, ‘barang’ tu sama-sama dalam bahasaindon.

            Perlahan-lahan aku tersengeh. Silappulak! Aku ingatkan dia ajak aku makan barang. Hu..hu! “Lah iya ke? Manalahkita tahu.” Bibik suka panggil aku dengan panggilan Kerah. Dah banyak kali akuajar lidah dia menyebut ayat Zirah. Tapi enggak mau loh katanya. Dia suka namaKerah, macam nama anaknya di Sumatra. Kan aku pun dah tersampuk cakap bahasaindon.

            Sambil beriringan menuju kedapursempat lagi aku bertanya. “Bik, kenapa kita tak tidur satu bilik je? Ada jugaksaya kawan.” Kalau difikirkan balik, bilik tu muat untuk dua orang tau. Akuingat kena duduk sekali dengan Bibik, kalau sebilik  ada jugaklah aku kawan nak mengusik danmenyakat. Ini, kena duduk sorang-sorang. Cakap dengan dinding la aku jawabnya.

            Bibik berkerut dahi. “Loh, Bibikudah kahwin. Enggak manis loh.

            Hah??! Aku salah bagi soalan ke, diayang salah jawab? Apa kena mengena soalan aku dengan status dia dah kahwin?“Lah, kalau Bik dah kahwin pun. Tak akan tak boleh duduk sebilik dengan kita?”

            Memerah pipi Bibik bila aku cakapmacam tu. Apa kena pulak bibik ni? Bibik menunduk. “Bibik sayang sama suamibik. Bibik enggak mau dua’in dong sama dia.

            Aku berhenti berjalan dan secaraspontan membrek secara mengejut yang mampu mengeluarkan bau tayar! Aku rasa,aku tahu masalah Bibik ni. Adoi! Tadi Datin Ros. Sekarang Bibik pulak! Serabutaku. “Bik! Kita perempuanlah! Nama kita Nur Ainul Nazirah tau. Bukan MohammadNazrin. Huawaaa~” Ni nak menangis ni! Ramai orang akan anggap aku macam lelaki.Aku tahulah gaya aku ni memang bukan macam perempuan. Aku memang tak suka pakaikain, tapi kain batik tu masih boleh diterima lagi. Seluar dan t-shirt lah bajurasmi aku.

            Rambut aku pulak memang aku potongmengikut keselesaan. Gaya rambut pelakon lelaki Korea jadi pilihan. Mak memangmarah sangat bila aku potong rambut macam ni. Katanya, kalau sekali pandang dahmacam lelaki jambu! Ish! Ada pulak macam tu. Tapi kalau tengok dari gaya akuberjalan, cara aku.. mesti mereka dapat meneka yang aku ni perempuan! Itu punkalau dorang masih diberi akal yang waras untuk menilai! Adoi! Senak otakakulah! Lepas ni kena jaga rambut panjanglah!

            Ternganga Bibik! “Loh! Kamuperempuan ya? Ya Ampun, sorry ya. KokBik enggak perasan ya?” Bibik mula serba salah.

            Aku tersenyum. “Alah, benda kecik jetu. Tadi Datin Ros pun ingat kita lelaki. Tapi bila kita bagi tahu dia,terkejut dia. Muka kita ni macam lelaki eh?” Soal ku ingin tahu. Aku memang dahbiasa gelarkan diri aku sebagai ‘kita’. Dengar lebih mesra kan?

            Bibik tersenyum. “Iyalah! Tapi wajahkamu enggak rupa lelaki bangat loh. Muka kamu macam lelaki cantik. Hah! Iya!Baby face gitu.” Bibik menyikuku.

            Babyface??Ha..ha..ha! Kalau mak dengar ni, tak habis tujuh keturunan dia ketawa! Ha..ha!Adoi lawak! Yang aku tak boleh terima tu, ada ke patut Bibik cakap muka akumacam lelaki cantik? Ada ke wujud muka lelaki cantik kat dunia ni? Hu..hu!

 

 

“DUDUKLAH.Kita makan sama-sama. Malam ni kita berlima jelah ye. Yang semua ke Surau, adadoa selamat pulak kat surau. Emel pulak entah mana perginya.” Bebel Datin Rossambil menyenduk nasi.

            Wah! Kagum aku tengok Datin Ros,walaupun kaya tetap low profile. Takharap langsung orang gaji dia sendukkan nasi. Dengan watak biasanya saja diamenyendukkan nasi untuk semua orang.

            Aku melempar senyum kearah seorangperempuan yang duduk betul-betul berhadapan dengan aku. Aku rasa ini anak  angkat Datin Ros yang Mak Ngah cerita tu.Kenapa pulak dia ni macam malu-malu dengan aku? Siap tertunduk-tunduk pulak tu.Adoi, dia pun ingat aku lelaki yang mempunyai wajah seperti babyface jugak ke? Parah-parah!

            “Anis, tuang air tu. Kesian Bibik..”Arah Datin Ros.

            “Eh, tak apa. Biar kita buat.”Tawarku. Wah, mesti aku seolah-olah watak hero yang kacak dimata Anis. Ha..ha!

            Selepas doa makan dibaca oleh MakNgah, kami pun makan. Tengok lauk yang terhidang, cukup buat aku rasa tamakyang teramat! Sedap kot! Tangan aku laju mahu mengambil sudu yang ada didalammangkuk gulai lemak ayam itu. Api serentak itu tangan Anis juga turut samamemegang sudu itu. Kami berpandangan. Laju Anis menarik tangannya dan terus menunduk.

            “Anis nak ke? Meh, akak sendukkanya?” Ujarku sambil tersenyum.

            Terkebil-kebil kelopak mata Anisbila mendengar ayat panggilan aku itu. Peliklah tu. Hah! Jangan kau sangka akupondan sudah!

            “Eh, lupa umi nak kenalkan kat Anis.Ini Kak Zirah, dia bakal jadi tukang kebun dengan Pak Mat. Zirah, ni anak saya.Umur dia muda 5 tahun dari Zirah.” Ujar Datin Ros sambil tersenyum.

            “Perempuan umi?” Soal Anis sambilternganga!

            “Habis tu, kamu ingat dia ni siapa?Pondan?” Balas Datin Ros. Memang mula-mula berjumpa dengan Zirah dia punmenyangka Zirah lelaki. Itupun sebab dia menilai melalui rambut gadis itu saja.Tapi kalau berkali-kali pandang, memang jelas yang Zirah memang perempuan!

            “Akak ni! Anis ingat lelaki tadi,tak pasal-pasal Anis malu-malu kucing dengan akak.” Rungutnya! Muncungnya mulapanjang.

            Aku hanya tersengeh. “Akak memang‘hensem’ pun! Kan Datin?” Aku mengenyit mata kepada Datin Ros.

            Tersedak Datin Ros dibuatnya! “Hah,kamu layan lah si Zirah ni. Otak dia pun dua kali lima dengan kamu. Adoi,sampai tersedak saya Ngah.” Adu Datin Ros sambil mengurut dada. Mak Ngah hanyatersenyum.

            Anis ketawa. “Akak! Esok cutibolehlah teman Anis pergi MPH. Anis nak beli buku rujukan.”

            “Owh, boleh-boleh. Akak mula kerjahari isnin. Bolehlah akak beli novel.” Dah terbayang-bayang novel yang bakaldibelinya! Ah, bestnya.

            “Akak pun minat baca novel?!” TanyaAnis dengan riak wajah terkejut dan penuh excitedterlebih! Sebijik macam Jihah! Adoi, rindu pulak dengan dia.

            “Mestilah!” Jawabku yakin!

            “Wah! Umi, kita dah ada ahli kelabbaru! Lepas ni bolehlah kita meriahkan lagi kelab kita. Akak nak tahu, umi punsuka baca novel. Perpustakaan kat atas tu ada dua baris rak penuh dengan novel!Mesti akak pengsan-pengsan tengoknya!” Teruja benar gaya Anis bercerita.

            Terbeliak biji mataku! dua baris raknovel? Gila! Tak kerja aku jawabnya kalau macam ni! “Serius Datin? Perghh!!Sempoi lah Datin ni!” Aku tersenyum.

            Datin Ros hanya tersenyum. Akumemandang Mak Ngah. “Mak Ngah tak nak join kelab kami ke? Bibik pun tak nak?”

            Mak Ngah menggeleng-geleng laju.“Tak ada kerja aku nak membaca buku tebal-tebal tu. Baca surat khabar pun akuboleh tertidur, inikan pulak baca novel! Lupakan jelah.”

            “Loh! Bik, minat bangat baca novel.Bibik selalu kok belajar memasak guna novel.” Konfiden benar gaya Bibikberkata. Seolah-olah kata-katanya itu tepat dan betul!

            Masing-masing memandang sesamasendiri. “Novel apa itu bik?” soal Anis.

            “Novel yang ajar masak loh!”Jawabnya dengan suara yakin!

            Kami masih terdiam, namunperlahan-lahan bibir masing-masing tersenyum. “Itu buku memasak lah Tina uitbukan novel!” Akhirnya terhambur ketawa kami bila Mak Ngah bersuara.

            “Loh, lain ya? Kok enggak sama?Kapan tukarnya?” Bibik masih blur..sedangkan kami dah mengkekeh ketawa.

Previous: Bab 5
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.