Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 11

MEMBEBELsambil menyalahkan diri sendiri sepanjang aku mendaki tangga ke tingkat tiga.Macam manalah aku tak tahu yang Dato tu bekas atlit badminton masa sekolahmenengah dulu? Ceh, Datin pun satu. Dah kalah teruk macam ni baru nak bagitahu. Kecewa tau tak.

            Sebelum mendaki tangga tadi, Datinmenegur aku bila dia tengok aku tak habis-habis membebel. Bila aku cerita,mengkekeh ketawa semua orang kat dapur tu. Lepas tu barulah Datin cakap yangDato tu bekas atlit masa sekolah dulu! Adoi! Mana nak sorok muka ni?

            Tiba saja diakhir tangga tingkattiga itu  aku terdiam. Aku nak ambik apaye tadi? Hah! Bulu tangkis. Wah! Cantiknya tempat ni. Ruangnya sangat damaiwalaupun kecil saja. Pertama kali naik tingkat tiga aku dah jatuh cinta! Baruaku tahu tingkat tiga ni rupa-rupanya bilik! Hanya ada satu bilik disini. Besarpulak tu bilik ni. Dihujung sana ruang TV, dihujung kiri nampak macam miniofis. Ditengah-tengah ada ruang bersantai yang terdapat sebuah buaian dankelilingnya ada akuarium besar yang cantik! Terdapat sebuah gitar ditepi buaianitu. So sweet tempat itu. Matakudialih pula ke sudut kanan, sebuah dinding memisahkan antara ruang lain.Disebalik dinding tu aku rasa ada balkoni.

            Bulu tangkis tadi terjatuh kat balkoni tu lah kan?? Perlahan-lahan akumelangkah keruang itu. Jantung aku terasa berdenyut laju.

            Terkebil-kebil aku melihat adaseorang lelaki terbaring diatas katil dengan matanya  terkatup rapat. Tenganga mulut aku dibuatnya!Subhanallah…

            “Sleepingbeauty! Eh,bukan! Sleeping..err.. sleeping hensem!” Aku berbisiksendiri. Perlahan-lahan aku menghampiri.

            Aku menghayun-hayunkan tangan dihadapanmukanya cuba mengejutkan. “Awak! Awak tidur ke? Kenapa tidur kat sinisorang-sorang? Tak takut ke?” Aku buat gaya hantu. Oh, tak ada tindakbalas.  Dia buat dek je. Tak layan akulangsung.

            Muka putih bersih dan seiras-iras urmm..Daniel Henny pelakon korea tu. Aduh, ni buat aku nak mintak autograph ni! Nak sign bang!

            Aku beranikan diri duduk diambalkatil besar itu. “Owh, kamulah yang bernama Ammar tu ye?” Kataku sebaik sajamelihat frame gambarnya  yang tertulis nama Mohd Ammar Hijjaz. Gambarlelaki itu bersama Datin dan Dato. Hensem bila dia tersenyum, lain benar ketikadia sedang terlantar macam ni. Bukan tak hensem, Cuma hilang seri!

            “Kamu koma eh? Kenapa eh? Tak nak kecerita kat kita? Kita pun nak tahu jugak.” Diam.. Tiada jawapan! Nak kata gilake atau sawan aku ni? Macam mana dia nak jawab kalau dia tengah  koma? Gila!

            “Eh, lupa pulak tujuan kita datangsini. Kita nak ambik ni hah.” Sambil itu aku menunduk mengambil bulu tangkisyang terletak dipintu cermin.

 “Kita tutuplah eh, pintu ni. Nanti awak kena gigit nyamuk pulak. Nyamuk kat Bandar ni takmacam nyamuk kat kampung! Kat Bandar ni nyamuk dia ‘sosial’ sangat. Tu sebabbanyak orang kena denggi. Kalau kat kampung, nyamuk dia baik-baik. Nak hisapdarah pun sopan je. Tak tinggalkan kesan penyakit pun. Kalau ada pun cuma gataldigigit nyamuk.. Eh, cerita pasal nyamuk pulak kan. Merepek je.” Aku tersenyum.Kemudian aku menutup pintu cermin itu.

“Sorrylah, main redah je bilik awak ni. Awak naktahu, kenapa kita boleh sampai sini? Walid awak tu lah punya pasal! Kita taktahu Walid tu terror main badminton!Sekali lawan dengan dia! Taubat! Kita dah tak nak lawan dengan dia lagi. Takterlawan kita dibuatnya! Kalau nak lawan, kita lawan dengan Pak Li je. Bolehjugak kita menang. He..he..” Aku ketawa kecil. Seketika kemudian aku mengerlingjam didinding.

“Eh, nak maghrib ni. Kita nak mandi. Selamatberkenalan! Nama kita Nur Ainul Nazirah binti Abdul Malik. Panggil kita Zirah.Tau.. Okey selamat malam. Jumpa lain kali.” Laju aku menuruni tangga sambilmembawa bulu tangkis kebawah.

“Lah, awalnya masuk. Zirah dah ambik dah ni. Katanak main?” Aku mengekori Dato Faris ke dapur.

“Esok jelah. Dah maghrib ni. Zirah pergi mandi.Malam nanti kita baca yasin ramai-ramai.” Dato Faris tersenyum. Aku angguk danterus ke bilik untuk mandi.

Previous: Bab 10C
Next: Bab 11A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.