Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 10C

TERMENGAH-MENGAHPak Li dibuatnya. Akhirnya dia duduk lemah ditepi buaian dihalaman rumah itu.

            “Alah baru tiga kali pukul Pak Li!Kita kena cergas Pak Li, nanti kena kencing masin. Jom, lagi satu round.” Aku sudah buat senaman kecil.Aku dah agak dah, kalau aku main badminton kalah LCW! Tengok, Pak Li sekarangsudah tersandar lemah dan bila-bila masa saja akan menaikkan bendera putihtanda menyerah kalah!

            “Banyak kamu punya kencing masin!Semput aku dibuatnya. Kamu ni tahu main ke tak Zirah? Asyik tersasar je kamubaling. Pak Li dah tak larat nak ambil bulu tangkis tu. Kamu main lahsorang-sorang.” Pak Li mengibas-ngibas mukanya dengan tuala kecil. Mula asalnyadia tak mahu ikut cadangan Zirah untuk bermain badminton petang ni. Tapimelihat wajah kesian budak itu, akhirnya dia setuju. Ingatkan budak ni main, terror lah! Rupanya hampeh. Penat akumelayannya.

            “Pak Li, Zirah cuma nak buat testing je tu. Kali ni okey, Zirah betul-betul.Zirah baling jauh tu!! Mesti Pak Li dapat sambut punya! Jom lah. Asyik dudukdalam pondok je, peluh tak keluar tau. Nanti Pak Li sakit. Kan waktu kerja PakLi dah habis. Zirah nak ajak Pak Sigh kang tak boleh pulak, dia tengah kerja.Jomlah Pak Li..” Zirah mula mencebik sedih. Pak Sigh tu pengawal keselamatan  waktu malam dirumah ni.

            “Pak Li tu tak larat Zirah. Ajak lahsiapa-siapa. Li, meh minum dulu. Kalau dilayan si Zirah ni, kita yang dah tuani boleh tercabut tulang dibuatnya.” Pak Mat ketawa melihat anggukkan Pak Litanda setuju dengan kata-katanya.

            Pak Li menghampiri pondok kecil yangterdapat empat biji bangku dan meja klasik. Menikmati minuman petang dihalamanrumah memang seronok! Lepas tolong potong-potong sayur tadi, terus aku joinpulak Pak Mat dengan Pak Li menikmati minum petang. Pujuk punya pujuk, akhirnyaPak Li setuju nak lawan. Tapi baru beberapa kali pukul, dah tak larat. Aku nipun satu, kejam sangat! Orang tua diajak bermain ala-ala orang muda. Memanglahtak boleh!

            “Alah, siapa nak main dengan Zirah?”Aku sudah mencebik sambil memegang raket ditangan.

            “Jom, lawan dengan Walid.” Tiba-tibasuara Dato Faris kedengaran. Dato Faris yang baru pulang dari kerjamenanggalkan kotnya dan meletakkan briefcasenya disebelah kerusi Pak Mat dan terus menghampiriku.

            Aku pulak yang ternganga! “Err..Dato, tak penat ke?”

            Dato Faris ketawa dan sudah bersiapmemegang raket yang digunakan oleh Pak Li tadi. “Tak. Petang-petang macam nikalau beriadah macam ni bagus jugak. Jom lah!”

            “Betul eh? Kita ni hebat tau Dato.Jangan menyesal eh!” Aku menyenyitkan mata sambil tersenyum. Dato hanya ketawa.

            “Hebat lah sangat!!” Ejek Pak Li.Huh, kejam!

            Permainan bermula. Pergh!Berpeluh-peluh aku menangkis cubaan ‘membunuh’ dari Dato ni. Setiap kali smash! Makaaihh, tak terdaya aku nakbalas. Tapi demi maruah dan pingat Talam Silver kat dapur tu. Aku gagahkanjuga!

            Kali ni aku dah ready nak sambut smashDato! Tak nak bagi  peluang Dato menangdah! Kalau Dato menang jugak, masuk surat khabar la muka aku nanti! Hu..hu!Memalukan!

            1…2..3..!! Zuppp!! Bulu tangkis itumelayang jauh dan masuk ke dalam balkoni ditingkat tiga! Kan aku dah cakap! Dato ni memang hebat! Tinggi kut dia smash! Sumpah, lepas ni aku tak naklawan dengan dia dah! Menjatuhkan air muka aku je!

            “Alamak! Zirah pergi ambik bulutangkis tu. Hebat sangatlah pulak Walid hari ni. Penat ke?” Bunyi nada suaraDato ni macam megah dan perli aku je.

            “Alah, Zirah saja bagi Dato menang.Nanti Zirah bertapa dengan LCW, Dato jangan menyesal kalau kalah. Huarghh! Takboleh terima.” Aku duduk diatas rumput itu sambil menghentak-hentak kaki. Takboleh terima aku kalah!! Huaaaa!!!

            Pak Mat, Pak Li dan Dato sudahmengkekeh ketawa. Dato nampaknya sudah menyertai kelab Pak Mat dibawah pondokitu. “Pergi ambik bulu tangkis tu Zirah. Walid nak lawan dengan Pak Mat kejuplagi.” Arah Dato Faris dengan wajah yang masih tertahan-tahan ketawa.

            Dengan longlainya aku masuk kerumahdengan niat mahu mencari bulu tangkis! Lepas ni, aku tak nak main badmintonseumur hidup! Huh!

            “Tak apa ke Zirah tahu Ris?” Pak Matbertanya bila kelibat Zirah sudah masuk kedalam rumah.

            Dato Faris hanya tersenyum. “Zirahpun perlu tahu. Dia pun saya dah anggap macam anak sendiri.”

Previous: Bab 10B
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.