Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 21A

Zirah pula cepat-cepat bangun dari berbaring. “Mak,ini Emel. Anak majikan Along. Dia nak duduk sini sampai ahad. Sebab.. Err..Sebab..” Adoi! Sebab apa ye? Tak pernah pulak aku tanya!

“Sebab saya nak jumpa mak cik.” Emel tersenyum,membantu Zirah menjawab. “Mak cik sihat? Comel jugak mak cik ni. Beza sungguhdengan Zirah. Zirah macam ci.. err, macam tak berapa comel.” Emel menghampiriMak Imah. Mujur tak terluah panggilan ‘manja’ yang selalu digunakan untukZirah.

Terjegil biji mata Zirah mendengar ulasan tak rasmimamat tu!  Ditoleh kearah wajah mak. Wahmak, baru dipuji sikit dah senyum sampai kedahi? Parah! Parah!

“Lah, mak cik memang tahu dah yang mak cik ni comel!Eh, kenapa berdiri? Duduklah. Emel mesti penat kan drive dari KL ke Perak?” Mak Imah tersenyum.

“Eh, tak penat pun. Bukan jauh sangat pun.” Emelmelabuhkan duduk.

“Along, tunggu apa lagi? Hidang makanan kat atasmeja tu. Emel mesti lapar tu.” Mak Imah sudah memberi arahan.

“Eh, tak apalah  mak cik. Emel nak pergi solat jumaat dah ni.Dah dekat pukul 12.15.” Emel tersenyum. “Mintak diri dulu.” Ujarnya.

“Eh? Emel tahu ke jalan ke masjid ni? Kalau tak..”Tak sempat Mak Imah bersuara, Emel memintas.

“Emel pergi dengan Aman.” Jawab Emel ringkas.

Ait! Baru beberapa minit aku tinggalkan kat bawahdia dah kenal si Aman anak jiran belakang umah aku ni? Wah! Peramah juga mamatsengal ni ye?

“Owh, tak apalah kalau macam tu. Tapi Emel nak pergipakai t-shirt je ke? Tak nak mandi dulu?” Mak Imah mengerutkan dahinya. Kasihanpula melihat Emel.

“Err.. Emel lupa bawak baju melayu Mak cik.”Jawabnya teragak-agak.

“Lah kenapa tak cakap? Nanti Mak cik ambilkan.” MakImah bangun masuk kebilik. Seketika kemudian dia keluar sambil membawa sepasangbaju melayu bewarna biru cair milik arwah suaminya. “Nah Long, tolong ionkan.Kesian si Emel ni. Emel bolehlah pergi mandi dulu sementara Zirah ion kan baju ni.” Mak Imah menyerahkanbaju melayu itu kepadaku.

“Kenapa Alongpulak?” Ujarku tak puas hati.

“Ish, budakni. Tak akan Emel nak ion baju sambilmandi kut? Dah tak sempat dia nak ionsendiri. Tak cantiklah pergi solat jumaat baju berkedut seribu. Sudah tu,jangan nak memuncung sangat mulut tu.” Bebel Mak Imah sambil berlalu kedapur.

Melihat wajah masam Zirah sambil mengambil baju itudari tangan Mak Imah, berbunga hati Emel! Ha..ha! Padan muka!

 

                                                           

KATsana aku kena ion baju dia! Kat sinipun kena???! Arghh! Aku memang dilahirkan untuk ion baju dia agaknya! Sakit pulak hati aku tengok dia senyum tadi!Tenyeh muka dia kat seterika ni kang baru tahu!

            “Mana baju aku?!” Emel menegurku.

            Aku menoleh kekanan. Emel yang hanyabersinglet dan berkain pelikat itu memandangku. Laju saja aku menyerahkan bajumelayu itu sambil tidak memandangnya. Malu lah weh! Ingat aku ni bini kau?Nasib baik kau bersinglet. Buatnya tak berbaju. Dengan segera aku terjun tingkapni!

            “Lah kenapa ion sekali dengan seluar? Rajin sangat eh?” Emel meletakkan semulaseluar baju melayu itu diatas papan seterika. Dengan selambanya dia menyarungbaju melayu itu kebadannya. Melihat wajah Zirah yang kemerah-merahan danlangsung tak memandangnya. Timbul idea jahat.

            “Uit, pandang aku kejap.” Emelmengarah.

            “Ish! Nak apa? Tampar kang. Dahpakai baju tu, blah lah.” Marah Zirah sambil kepalanya masih tak berkalih dari memandangEmel.

            “Pandanglah!” Ujarnya sedikit keras.

            Mahu atau tidak diturutkan juga.Dipandang wajah Emel yang lengkap berbaju melayu dan berkain pelikat! Hensem!Sebijik macam Henry Golding! Aish! Apa aku merepek ni! Ish, tak! Tak! Aku masihnormal dan tiada apa-apa penyakit! Hampir saja diketuk kepalanya akibat terlalutidak percaya yang hatinya boleh memuji pula lelaki dihadapannya ini.

            “Kau nak apa lagi? Penumbuk?”Tanyaku geram!

            “Nak peluk..” Emel mendepangkantangannya!

            Tegak bulu roma Zirah dibuatnya!Membulat biji matanya mendengar ayat itu! “Gila!” Laju saja Zirah berlari keluar dari bilik solat itu. Bengongpunya Emel! Arghh! Benci!

            Mengkekeh Emel ketawa. Suka benarbila melihat mata Zirah terkeluar macam tu. Comel lah pulak! Aishh! Apa yangaku merepek ni! Jangan nak feelingsangat Emel! Aku tumbuk otak kau kang! Emel memberi peringatan kepada dirinyasendiri. Laju saja dia melangkah keluar dari bilik solat yang juga menjadi bilikion baju itu.

Previous: Bab 21
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.