Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 13

“PUKULdua nanti, lepas..” Kata-kata lelaki itu terhenti. Mula asalnya dia hanya mahuberkata sambil berlalu dihadapan pintu bilik lelaki itu saja, tak payah naksinggah. Tapi tiba-tiba dia terhentikan langkahnya! Sekarang dia sudah tercegatdihadapan pintu bilik Emel! Tak berkelip matanya memandang Emel yang lekadengan paper projeknya.

            Dengan tergesa-gesa dia masuk ke dalambilik kawan  baiknya itu dan dudukdikerusi yang terletak berhadapan dengan Emel!

            Emel yang terkejut dengan kehadiran Irwanyang muncul macam kilat tu, membuatkan jantungnya berhenti berdenyut sekejup!Gila mamat ni.

            “Err.. Kau ni kenapa? Aku.. Err..Aku suka perempuan, aku tak suka dengan kaum sejenis aku!” Emel bersuaraakhirnya bila lama sangat Irwan memandangnya dengan pandangan teruja danmenggoda! Tuih! Aku tak boleh terima cara Irwan tenung aku ni! Ohh! Tidakkk!!!

            Pap! Sebuah fail telah selamatmendarat di bahu Emel. Dia mengaduh sakit bila tindakan spontan Irwan menamparbahunya menggunakan fail yang dipegang lelaki itu mampu membuatkan urat bahunyatersimpul.

            “Tengkorak kau! Kau ingat aku niGay? Meroyan mak aku kalau dia tahu aku ni spesis tu.”

            “Dah tu! Kau tengok aku macam nakgoda je! Risaulah aku!” Emel membalas dengan nada geram.

            Irwan tersenyum sambil bersandarpada kerusi yang empuk itu. “ Aku cuma kagum melihat perubahan kau ni. Welcome the old Emel!” Irwanmendepangkan tangannya menandakan dia amat mengalu-alukan kedatangan ‘lelakilama’ itu.

            Berkerut dahinya melihat tingkahkawannya baik itu. Apa pelik sangat ke aku hari ni sampaikan dari rumah, keofis orang pandang aku dengan pandangan pelik dan ternganga! Mungkin aku niterlalu hensem. Yeah! Aku tahu tu. Ha..ha..ha..

            “Aku sepak kau kang. Kau ni kenapa?Sejak bila pulak aku ada old Emelni?”

            Irwan tersenyum. “Dah hampir dekatsetahun aku tengok kau asyik pakai baju hitam dan biru. Lama-lama aku admit tu baju uniform kau! Sekarang baruaku tengok kau berubah balik macam yang dulu. Sejuk hati aku!”

            Emel mengeluh! Ni semua minah tupunya pasal! Cicak kobeng ni nak buat transformerkat aku ke apa ni? Siap kau, aku balik nanti!

            “Boleh aku tahu siapa sumberinspirasi kau berubah ‘kaler’ macam ni?” Terangkat-angkat kening Irwan sambiltersenyum meroyan!

            “Kau ingat aku ni sesumpah? Naktukar-tukar kaler bagai? Ni semua disebabkan cicak kobeng tu! Siaplah dia, bilaaku balik nanti!” Emel mengepal-kepal penumbuknya! Cewah, marah lah konon, huh!Tak ada masa aku. Aku pakai baju ni pun sebab dah ini je baju yang dia gosok.Nak tukar yang lain dah tak ada masa dan aku malas. Jadi, aku pakai je lah. Taksangka pulak hanya kerana warna baju, orang lain pandang aku terhensem pulak.Ehem!

            Irwan membetulkan duduknya. Dahdekat seminggu dia asyik terdengar Emel merungut pasal tukang kebun rumahnyaitu. Atau nama glamornya cicak kobeng. Tiba-tiba terasa nak mengenali wanitabertuah tu dengan lebih rapat pula. Tingg! Idea muncul!

            “Mel, aku nak datang rumah kauboleh? Dah lama aku tak jumpa Along. Boleh tak?” Irwan menyoal.

            Berkerut dahi Emel. “Sejak bila kaumintak izin nak datang rumah aku ni? Selalunya kau main datang je tak kiramasa. Rumah aku tu dah macam rumah singgahan kau sebelum kau balik rumah Papakau.” Emel menyindir.

            “Janganlah sindir aku macam tu. Terasaadik ipar kau ni. Eh, silap. Bakal adik ipar.” Irwan tersengeh.

            Emel ketawa. Macamlah Anis nakdengan si Irwan ni. Walaupun Irwan ni hensem, tapi bab menyakat Anisdialah  orangnya. Macam tu nak jadi suamiadiknya itu? Mahu terbalik bumbung!

            “Jangan nak perasan sangat. Akubaling dengan pasu bunga ni nanti. Kau datang tadi nak cakap apa?” Emel kembaliserius.

            “Owh, aku  nak ajak kau pergi meeting room lepas lunchnanti. Aku tak bolehlah discuss denganCik Lisa tu, silap gaya aku cair. Oh, Cik Lisa..” Irwan tersentak bila sebatangpen tepat terkena dahinya. “Sakitlah badigol!” marah Irwan sambilmenggosok-gosok dahinya.

            “Tahu pun, jangan bermimpilah nakkan Cik Lisa tu. Tahu dek Johari mahu dikerat lapan badan kau.” Emel ketawasambil meneruskan kerjanya.

            Irwan bangun. “Aku tahulah aku nitak berapa hensem berbanding kau. Tapi aku kacak tau. Kau jangan pandang akuguna kuku kaki tau. Sudahlah Mel. Touching aku dengan kau.” Irwan berlalukeluar.

            Emel hanya ketawa. Faham benarkata-kata Irwan itu hanya gurauan. Macam-macam si Irwan ni! Walaupun kadang-kadangdia sewel sikit, tapi  dialah kawan yangpaling memahami jiwanya! Selain Along.. Urrmm…

Previous: Bab 12B
Next: Bab 13A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.