Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 12B

“MAKNGAH nak tahu! Tikus tu terus lari! Tak sempat kita nak buat apa-apa!”Terkecut-kecut bahu dan muka Mak Ngah dan Anis mendengar cerita dipagi hariZirah itu.

            “Kak, sudahlah. Rasa nak terkeluarnasi lemak yang Anis makan ni. Eiii! Geli!” Mengelejat Anis bila terbayangkancerita Zirah yang bercerita pasal jiran belakang rumahnya bertempiaran lariakibat tikus masuk dalam kain orang gajinya.

            “Kalau dilayannya Si Zirah ni.Jangankan geli, sawan pun boleh.” Mak Ngah berlalu kedapur. Penat melayan keletah Zirah yang bercerita macamlahcerita tu best sangat!

            “Lah, orang cerita betul-betul ni.Anis balik pukul berapa? Novel hari tu dah habislah akak baca.” Aku menuang airteh susu kedalam cawan. Cepat sangat ‘bocornya’ pun. Ha..ha! Mana tak ‘bocor’?  Bersulam makan minum je kerjanya.

            Anis tersenyum! “Best tak ending dia kak? Ada macam cerita kita tengok tempoh hari?” SoalAnis teruja.

            “Pergh! Sadis sangatlah, akak yangRock ni pun boleh meleleh air mata. Tapi masa tu akak tengah tolong Bibikpotong bawang eh. Bukan sebab akak feelingcerita tu.” Cewah, nak cover linejugak tu!

            Anis ketawa! “Akak, malam ni Anislepak bilik akaklah. Esok cuti, don’tworry. Sebelum Anis datang bilik akak, Anis dah siapkan semua kerja sekolah.”Anis tersenyum. Bukan apa, kalau dah masuk bilik Kak Zirah mesti tak siap kerjapunya. Sebab bersembang dengan Kak Zirah ni jauh lebih seronok dari pergiLondon! Ha..ha! Tak kering gusi dibuatnya. Silap gaya boleh berterabur ususdengar dia cerita! Lawak nak koma!

            “Hah, bagus-bagus.. Akak ada ceritabaru ni. Kalau Anis dengar mesti akan rasa nak berjuang bersama-sama Akaksambil pegang parang. Nak tahu tak..”

            “Tak habis-habis, nak mengumpat jekerja kau kan?” Tegur Emel sambil melabuhkan duduk dihadapan Zirah. Tergendalacerita Zirah tadi.

            Zirah mencebik. Tapi tidak Anis!Anis sekarang sedang ternganga sehinggakan ada beberapa butir nasi goreng jatuhsemula ke pinggan. Tak senonoh betul budak ni. Matanya tajam melihat abangnyatanpa kelip!

            Mak Ngah yang datang bersama satumug air milo pun turut sama ternganga. Bibik yang dari arah dapurmembebel-bebel bercakap dengan Mak Ngah pun turut terdiam melihat seseorangdimeja makan.

            Emel berlagak biasa sambil menyenduknasi goreng kedalam pinggan. Aku pulak yang bersilih ganti melihat ketiga-tigamanusia dihadapan  aku  ni. Kenapa pulak ni?? Aku pun turut melihatEmel yang leka membelek Ipad ditangan. Tak ada apa-apa yang istimewa pun!

            “Bila kita gembira tepuk tangan!Papp! Papp!” Terpaksa aku menyanyikan lagu kem zaman Jepun tu! Tepukan tanganaku tadi menyedarkan kembali mereka kealam nyata. Amboi, sungguh skema ayatkuini. Ha..ha!

            Emel pulak memandang aku denganpandangan geram. Tergugur sebentar jantungnya bila mendengar tepukan tangandari Zirah yang  secara tiba-tiba itu!

            “Wah! Abang Emel right? Hensem!” Anis bersuara sambilmengerdipkan kelopak matanya. Emel buat muka pelik. Kata-kata Anis itu disambutdengan anggukkan beserta senyuman dari Mak Ngah dan Bibik.

            “Demam ke kamu ni Nis?? Mamat nikamu kata hensem?” mengkekeh Zirah ketawa sehinggalah. “Aouch!! Kaki gajah!”Jeritnya sambil menahan sakit dikakinya.

            “Hah, ni makannya. Kau ni dah lamasangat ke tak mandi dalam kolam renang depan tu? Kalau nak merasa, boleh akucampak!” Balas Emel geram.

            “Sakitlah badigol! Kau ingat kakiaku ni brek kaki ke?” Aku mengusap-usap kakiku yang sedikit merah. Jahat! Akuadu kat Ammar! Siap kau, nanti dia dah bangun dia cekek kau!

            “Emel okey ke hari ni?” Giliran Mak Ngah pulak bertanya.

            “Wah, gantang bangat kamu. Udah lamadong, Bik enggak nampak kamu sehensem ini.” Bibik tersenyum-senyum.

            “A’ah Bang, bukan selalunya Abanghanya pakai baju kemeja hitam dan biru ke? Wah lain benar abang hari ni? Ada date eh?” Usik Anis.

            Emel hanya tersenyum. Pagi tadi diapun terkejut melihat baju apa yang tergantung ditombol pintunya. Teragak-agakdia nak memakainya. Seingatnya, sejak Along tak ada. Semangatnya nak ke pejabatsedikit luntur. Oleh sebab itulah hanya baju tertentu saja menjadi pilihannya.Tak ada mood nak berhensem-hensem macam pagi ni! Ini semua disebabkan cicakkobeng ni.

            Zirah mencebik. Kembanglah lubanghidup dia tu kena puji. Hello!Berterima kasih sikit dengan aku, kalau bukan aku yang tolong ion baju ni. Belum tentu kau pakai kan?

            “A’ah berdate dengan kerja yangberlambak. Okeylah, Emel pergi dululah. Dah lambat ni. Assalamualaikum.” Emelterus beredar.

Previous: Bab 12A
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.