Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
899,573
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 36 ; Dato Z berjumpa anak-anaknya

Bab 36

Menyambung semula hubungan Dato dengan anak-anaknya

Hani memberitahu Dato supaya mengosongkan jadualnya pada hari sabtu minggu tersebut ( Hari Sabtu tersebut syarikat tutup untuk memberi peluang kepada staf membeli kelengkapan Hari Raya ). Dato pada mulanya pelik.. katanya

“ Saya hendak main Golf dengan Dato Tan” puasa-puasa pun bermain golf juga ker?tak penat ker Dato jalan panas-panas?

“Dato… kalau Dato tidak mengosongkan jadual Dato pada hari tersebut. Dato akan menyesal seumur hidup Dato” kata Hani selamba.

“Eh! Macam penting sahaja bunyinya.”

“Memang penting Dato… dan saya telah bertungkus lumus untuk mendapatkannya. Dato hendak kecewakan saya?”

“Ada kontrak besar ker? Ke awak nak ajak saya dating?”

“Ianya lebih bermakna dari kontrak yang besar Dato… percayalah cakap saya. Saya tidak akan menghampakan Dato” Dato terdiam sejenak.

“Tidak boleh beritahu langsung apakah bendanya?” tanya Dato Z sekali lagi

“Tidak boleh Dato. Rahsia.. kalau saya beritahu bukan rahsia namanya. Percayalah… Dato tidak akan menyesal.”

“Ok.. saya kosongkan jadual saya. jumpa di mana?”

“Kita jumpa di Berjaya Times Square.. pukul 10 pagi.. di lobi.”

“Ok.”

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Seperti yang dijanjikan.. seawal pukul 8.38 pagi Hani sudah sampai di rumah Puan Kamelia yang terletak di Bangi.. sebuah rumah banglo 2 tingkat di Bangi Perdana. Setelah keluar dari keretanya… Hani menekan loceng… seketika kemudian pintu pagar kecil dibuka. Hani masuk kedalam rumah. Secara automatik pintu pagar ditutup kembali. Pintu rumah dibuka ;

“Masuklah Hani… anak akak tengah siap” katanya.. Hani mengangguk dan masuk ke dalam rumah Puan Kamelia.

“Kejap yer.. anak akak baru bangun tidur.. mereka puasa tadi.. mungkin mereka tengah mandi. Akak sudah beritahu mereka hendak berjumpa dengan ayahnya. Suka budak-budak tu… dari semalam asyik tanya jadi ke tidak.”

“Takpelah akak.. saya janji dengan Dato untuk berjumpa dengannya pada pukul 10 pagi.. terawal pula saya datang. Agaknya mereka terlalu gembira hendak berjumpa dengan papanya.”

“Takpe.. tunggu sat” Puan Kamelia naik ke atas. Hani mengambil suratkahabar hari tersebut yang terletak di atas meja kopi dan membacanya. 15 minit kemudian Puan Kamelia turun bersama-sama anaknya..

“Salam autie” kedua-dua anak Puan Kamelia bersalam denganku. Anak perempuan Dato sangat comel manakala anak lelakinya sangat debab.. geram Hani.

“Hani… anak perempuan akak yang sulong.. Kisha. Manakala anak akak yang kecil yang nakal dan debab ini… Asraff” Puan Kamelia memperkenalkan anak-anaknya ;

“Mama.. kata hendak jumpa dengan papa. Mana papa?” tanya Asraff”

“Asraff. Kakak ini akan bawa kamu berdua berjumpa papa” jelas Puan Kamelia sambil membetulkan baju anaknya.

“Ooooo… kenapa mama tidak hantar kami jumpa papa?” tanya Kisha manja.

“Kisha.. mama sibuk.. kan hendak Raya ini. Banyak tempahan dan orang datang ke butik” Puan Kamelia memberi alasan.

“Ala… takpelah… nanti Mama ikut sekali yer. Akak nama siapa?” katanya anak Dato yang debab.

“Panggil Kak Hani sahaja.”

“Ooooo.. Kak Hani yer” sampuk anak perempuannya pula.

“Ok.. cepat pergi… nanti lambat pula….” Hani melihat jam.. sudah hampir pukul 9.00.

“Jom” ajak Hani.. mereka semua keluar rumah.. sampai di kereta Hani..

“Adik… akak. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap kak Hani dan juga papa ok” pesan Puan Kamelia kepada anak-anaknya.

“Baik mak” mereka bersalam.. Puan Kamelia mencium kedua-dua.. Hani melihat ada titisan air mata… selepas mereka masuk kedalam kereta.. Hani membuka tingkap belakang sedikit.

“Bye-bye mama” mereka berdua melambai-lambai kepada Puan Kamelia. Setelah jauh meninggalkan rumah Puan Kamelia.

“Kita hendak jumpa ayah di mana kak?” tanya si debab.

“Kita jumpa di Berjaya Times Square.”

“yahoo!!! Situ ada Roller Coaster” Ashraff bersorak.

“EEEeeee.. kita tak sukalah naik Roller Coaster.. pening” kata kakaknya pula.

“Ada Aiman kisah” Hani ketawa melihat gelagat mereka berdua. Hani sampai di Berjaya Times Square pada pukul 10.10 pagi.. Hani menelefon Dato.. Dato sudah sampai.. dia menunggu di Lobi berdekatan dengan StarBuck.. Hani memimpin anak-anak Dato ke tempat yang dijanjikan.. sampai sahaja berhampiran Starbuck.. Hani melihat Dato memandang di luar.. mungkin menunggu Hani.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.