Home Novelet Seram/Misteri PROJEK SERAM PULAU - Puaka Belutut
PROJEK SERAM PULAU - Puaka Belutut
NaimTamdjis
1/7/2016 14:06:51
13,430
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 5

Sebaik sahaja Mika berlalu untuk melepaskan hajat, Jirin mengambil kad memori salah satu kamera yang digunakan oleh Mika untuk merakam video perjalanan ke kubu. Tidak apa-apa yang pelik di kebun... tetapi sebaik sahaja Mika mengambil video ke arah kubur, Jirin perasaan satu kelibat berlari keluar dari kubur sebelum menghilang. Jirin mengulang lihat. Semakin dizoom... semakin jelas kelibat seseorang berpakaian askar kolonial yang berlari laju. Jirin tersenyum.

“Bingo!”

Mika mencari semak untuk melepaskan hajat. Entah kenapa perutnya tiba-tiba memulas. Sebotol air mineral dibawanya. Akhirnya Mika menjumpai kawasan yang sesuai untuk memerut. Dia segera masuk ke dalam semak. Pandangannya terarah ke salah satu pintu gerbang kubu.

“Apa yang aku makan ni. Takkan mi hailam kedai tadi. Aku dah kata jangan pedas sangat. Aku makanpun tak rasa pedas. Ini kenapa tiba-tiba sakit ni.”

Jirin terkejut apabila dia melihat sesusuk tubuh di atas salah satu kubur. Hanya sekejap videonya kerana Mika segera menukar arah lensa kameranya. Jirin cuba untuk memainkan semula rakaman secara gerak perlahan. Pada saat lembaga itu muncul, Jirin menekan butang henti. Dia mengamati gambar yang terpampang. Sah, sesusuk tubuh berpakaian askar Belanda berdiri di tepi kubur dengan kepalanya hancur seolah-olah terkena bom. Jirin berasa terkesima melihatnya.

“Hihihihi...” kedengaran satu suara dari luar kubu.

Jirin segera mengitari pemandangan sekitar kubu untuk mencari dari mana arah suara yang didengarinya tadi. Kelihatan kelibat kepala dengan kepala yang hancur seperti yang dilihatnya di dalam video sebentar tadi. Jirin menelan air liur. Kini entiti askar Belanda seperti yang dimomokkan oleh beberapa pengunjung kini benar-benar wujud. Jirin membatukan diri. Dia tidak mahu kelibat itu perasaan akan kehadirannya.

“Ini peluang aku. Ini peluang aku. Pertama kali entiti askar Belanda berjaya dirakam secara langsung. Pasukan paranormal termasuk seekerspun tak berjaya. Jelas pula tu. Aku perlu rakam! Aku perlu rakam! Ini satu sejarah!” jerit hati Jirin.

Entiti wajah yang hancur itu sudah melangkah untuk meninggalkan kubu.

“Alamak. Mana pula Mika ni. Berak batu ke? Nak kejar lembaga tu. Kalau lambat habislah.”

Lembaga itu semakin jauh meninggalkan kubu. Tanpa berfikir panjang... Jirin mengambil kamera dan terus mengikuti langkah lembaga itu dengan meninggalkan Napi keseorangan.

Mika yang sedang memerut melihat Jirin keluar dari pintu gerbang kubu.

“Jirin... jirin! Kau nak pergi mana?” panggil Mika.

Jirin seolah-olah tidak mendengar kata Mika. Dia terus berlari seolah-olah mengejar sesuatu dengan kamera sedang mengambil gambar. Wajahnya nampak teruja. Tentu Jirin nampak sesuatu.

“Jirin!” panggil Mika lagi.

Jirin sudah jauh menghilang memasuki hutan belantara.

“Mana pula mamat tu pergi. Ini mesti ada bahan best. Aku kena ikut ni! Mana boleh aku ketinggalan. Makan seorang Jirin.”

Napi terjaga dari lenanya. Napi menguap. Wajahnya masih lagi ditutup dengan selimut. Napi memasang telinga untuk memastikan samada Jirin dan Mika sudah tiudr ataupun belum. Atau masih berjaya untuk menangkapvideo atau berjumpa dengan hantu. Napi terasa sangat sunyi seolah-olah tiada orang di sekelilingnya. Dia segera membuka sedikit selimut. Sah! Jirin dan Mika tidak ada disamping.

Musibat! Mereka berdua ini kenakan aku ke? Tinggalkan aku seorang diri di sini. Cis! Marah Napi di dalam hati. Napi melihat jam tangannya. Waktu menunjukkan sudah menghampiri 2.30 pagi.

Memang banganglah kalau kau kenakan aku. Ke dari rancangan seekers? Saja letak aku seorang diri kat tempat macam ini... nak tengok reaksi aku? Memang haram j betullah. Marah Napi lagi. Dia menurunkan selimut itu sedikit untuk melihat samada ada kamera yang diarahkan kepadanya. Kamera di hadapannya masih lagi fokus ke perigi buta. Tidak ke arahnya. Napi segera meliputi matanya dengan selimut semula.

“Aku dapat kamu berdua... memang musibatlah aku kerjakan!”

Jirin mengikut lembaga itu berjalan ke arah kubur. Dari skrin kamera, dia dapat melihat dengan jelas susuk tubuh askar itu terakam oleh kamera. Jirin tersenyum puas. Jirin perasan lembaga itu menuju ke dalam kawasan kubur. Jirin mencari semak untuk bersembunyi dan merakam aktiviti paranormal di kawasan kubur.

Sementara itu Mika sudah hilang jejak Jirin. Dia kini berada di dalam hutan berbukit. Tadi dia perasaan Jirin masuk ke dalam hutan.

“Mana pula si Jirin ni. Jirin! Jirin!” panggil Mika.

Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran.

“Tadi aku rasa dia masuk ke dalam hutan ni. Mana pula dia? Takkan laju benar larinya”

Mika menyuluh kawasan sekitar.

“Jirin! Jirin!” panggil Mika lagi.

“Aioooooooo...” kedengaran bunyi serigala menyalak di puncak bukit.

Mika menelan air liurnya.

“Macam-macam binatang dalam hutan ni. Bunyi burung hantulah. Ni serigala pula. Baik aku kembali semula ke kubu... mungkin Jirin dah kembali ke sana.”

Napi masih lagi menyelimuti dirinya dengan selimut. Berpeluh dahinya. Dia masih lagi terjaga. Hatinya masih menyumpah seranah Jirin dan Mika yang meninggalkan dirinya keseorangan di dalam kubu.

“Tok! Tok ! Tok!” bunyi tapak berjalan kedengaran.

Jantung Napi berdebar-debar.

Siapa pula yang datang tu? Jirin ke atau Mika. Tanya Napi di dalam hati. Bunyi langkah kaki tiba-tiba terhenti. Napi memberanikan diri menurunkan selimutnya. Napi melihat sesusuk tubuh perempuan sedang berada di tepi perigi.

“Siapa pula tu? Nampak macam perempuan” gumam Napi.

Sekali lagi Napi memincingkan pandangannya ke arah susuk tubuh tersebut. Kali ini Napi jelas melihat seorang gadis muda yang memakai persalinan gaun zaman victoria sedang mengambil air di perigi. Napi cuba mencuri pandang wajah gadis tersebut.

“Mak ai. Lawanya. Macam Celine Dion masa muda-muda dulu. Tapi! Itu manusia ke? Mana ada manusia ambil air perigi malam-malam? Napi kembali berselubung. Tengkuknya meremang.

Debush!!!

Bunyi timba yang jatuh ke dalam perigi kedengaran.

Aik! Ada pula air periginya. Bukan kering ke? Tanya Napi di dalam hati. Napi memandang semula ke arah perigi. Dia melihat dengan susah payah gadis itu cuba untuk menaikkan timba.

Kata orang... kalau hantu tengok kakinya. Kalau kaki tak jejak tanah. Maknanya bukan manusialah tu. Baik aku tengok kakinya. Getus hati Napi lagi. Napi melihat kaki gadis tersebut. Ternyata tapak kakinya menjejak tanah. Apabila gadis itu mengjungkit untuk menarik timba... Napi terlihat kulit kakinya yang putih dan licin.

Kasihan pula aku tengok gadis tu seorang diri menimba air. Dahla lawa. Baik aku tolong. Lagipun kakinya jejak tanah... bukannya hantu. Manusia tu. Maka Napi terus bangun dan menyingkap selimutnya dan serta merta bangun.

“Aaaaaa,” gadis itu menjerit kerana terkejut.

Tali timba yang sedang ditarik dilepaskan. Timba jatuh kembali ke dalam perigi.

“Tuan hamba siapa?” tanya gadis tersebut.

Tuan hamba? Pandai pula awek ni cakap orang putih.

“Maafkan saya. Saya tertidur tadi di sini. Lepas itu saya dengar orang ambil di perigi. Sebab itu saya tegur.”

“Saya ingat siapalah tadi. Sekarang timba saya dah jatuh. Siapa nak ambil?”

“Kenapa ambil air malam-malam buta di sini?”

“Memang saya selalu ambil air malam-malam begini. Siang ramai yang melawat. Saya malu.”

“Nama saya Hanafi. Tapi boleh panggil Napi. Nama kamu? Tinggal di mana?”

“Nama saya Eli Otto Van. Panggil Eli. Saya tinggal tidak jauh dari sini.”

“Eli Otto Van? Cantik namanya. Seindah wajahnya.Setahu saya tidak ada rumah di kawasan sekitar.”

“Memanglah tiada. Saya datang melancong... sudah 3 bulan saya dan papa tinggal di sini.”

“Awak seorang diri mengambil air?”

“Apa yang ditakutkan?”

“Orang secantik awak bahaya keluar malam-malam buta. Dunia sekarang ini bukannya boleh percaya. Jenayah di mana-mana.”

“Malam-malam ada tak yang datang kemari? Kecuali awak sahajakan? Adakah awak seorang penjenayah?” soal gadis itu kembali.

“Ye tak ye. Memanglah saya bukan seorang penjenayah. Tapi kalau penjenayah yang jumpa awak bagaimana?”

“Tahulah saya mengajarnya! Awak ingat saya nak menyerah begitu sahaja bulat-bulat?”

Perghhh garangnya. Cantik tapi garang. I like!

“Kenapa awak di sini?”

“Saya? Saya tak tahu kenapa saya boleh ikut 2 orang pencari benda paranormal. Saya rasa saya sudah terkena. 2 orang kawan saya meninggalkan saya seorang diri di sini. Mungkin sebab nak takutkan saya.”

“Awak tak takutkan saya?”

“Orang tua-tua kata.... kalau kaki jejak tanah. Manusialah tu.”

“Jadi awak tengok kaki saya jejak tanah atau tidak?”

Napi tersengih.

“Gatal! Nasib baik awak ni nampak macam orang baik. Awak boleh tolong saya?” nada Eli berubah lembut.

“Tolong apa?”

“Awak boleh ambil timba saya?”

Napi melihat ke dalam perigi. Nyata nampak berbalam balam timba dan air perigi.

Eh! Berair pula perigi ni. Boleh tahan dalamnya.

“Boleh tak?”

Napi memandang Eli. Eli yang membuat mimik muka kasihan. Comelnya muka dia ni.

“Baiklah. Tapi macamana saya nak turun? Dalam perigi ni.”

“Ini ada tali. Saya ikat pinggang awak... awak turun,” cadang Eli.

Napi mengangguk bersetuju. Eli mengambil tali dan mula merapatkan dirinya kepada Napi. Mata bertentang mata. Jantung Napi berdebar-debar. Harum badan Eli dihidu oleh Napi. Eli mula mengikat tali di pinggang Napi. Napi membiarkan sahaja tindakan Eli. Inilah pertama kali seorang perempuan berada hampir dengannya.

“Sudah siap. Rasanya kuat kot. Cubalah.”

Napi memegang tali yang diikat dipinggangnya. Napi berasa ikatannya kuat.

“Ok ni. Siapa nak pegang tali ni?”

“Sayalah yang pegang.”

“Eh! Kuat ke?”

“Boleh.”

“Ish. Macam tak percaya je. Kasihan awak.”

“Percayalah cakap saya. Boleh.”

“Baiklah. Hati-hati ya. Kalau apa-apa berlaku siapa yang susah. Saya juga.”

Eli tersenyum. Napi memanjat tembok perigi. Kemudian dengan penuh berhati-hati melekap ke dinding perigi.

“Hati-hati ya. Licin tu,” nasihat Eli.

Napi mengangguk. Dia mula menuruni perigi sedikit demi sedikit. Napi berasa kagum keupayaan Eli memegang dan menarik tali. Kuat betul tangan eli ni. Makan besi ke apa? Mesti selalu workout ni.Napi menoleh ke bawah perigi. Nampaknya memang dalam perigi Belanda ni. Ini kalau jatuh... memang lemas ni. Kata hati Napi. Napi turun ke bawah lagi... apabila hampir mencecah permukaan air... Napi memandang ke permukaan perigi.

Napi tidak melihat lagi wajah Eli. Eh! Kemana pula Eli ni? Tanya Napi. Lalu Napi mengambil timba.

“Eli! Eli!” panggil Napi.

Tiada jawapan.

“Eli! Eli!” panggil Napi lagi.

“Hihihihi...” kedengaran bunyi suara perempuan menyengih.

Alamak. Bunyi apa tu?

Tiba-tiba tali dipinggangnya dilepaskan. Napi panik. Dia terus jatuh berdebuk di dasar perigi. Perigi yang tadinya ada air tiba-tiba kering.

“Adui! Sakitnya buntut aku. Cilaka punya Eli. Main lepas je tali. Eh! Mana pergi air?”

Napi melihat keadaan di dalam perigi yang gelap. Hanya ada banyak daun-daun kering di dasar perigi. Napi melihat tali yang mengikat pinggangnya... hanya dahan kayu yang mengikat pinggang.

“Eli! Eli!” panggil Napi.

“Hihihihi.”

Bunyi suara perempuan mengilai masih kedengaran.

“Eli?”

Napi memandang permukaan perigi.

“Heeeeeeeeeeeee...”

Eli menunjukkan wajahnya yang mengerikan. Napi yang terlalu terperanjat terus pengsan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.