Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
912,005
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 12 ; Gaji pertama

Bab 12

Gaji pertama

Bulan ini… genaplah sebulan Hani bekerja dengan syarikat Mega Group… hari itu adalah hari gajinya. RM 2,400 bersih ditolak dengan KWSP tetapi ditambah pula dengan kerja lebih masa dan juga elaun kerja luar daerah ( ikut Dato ke tapak projek di Johor, Negeri Sembilan dan juga Perak serta Kedah ). Hani memberi RM 200 kepada ayah dan ibunya manakala adiknya yang sedang belajar diberi RM 30 ringgit setiap orang. Hani juga membeli barang-barang dapur bernilai RM 200 seperti minyak masak, telur sepapan, bawang, garam, gula dan pelbagai lagi barang-barang kering dan juga basah. Inilah masanya untuk beliau membantu keluarganya pula yang susah payah membanting tulang empat keringat membesarkan beliau dan adik-adiknya. Kekadang beliau kesian melihat bapanya yang keluar pagi dan bekerja hingga ke jauh malam membawa teksi semata-mata untuk mencari pendapatan lebih. Emaknya pula bekerja dari pagi hingga ke petang di Kantin sekolah ( sekolah tersebut mempunyai 2 sesi ) untuk membantu ayah. Ialah… hidup di Kuala Lumpur ini kosnya agak tinggi.. jika gaji tidak sampai RM 2000… memang tidak cukup. Hani tidak membeli kereta kerana beliau rasakan tiada keperluan untuk membelinya… lebih senang untuk menaiki motosikal ke tempat kerja… malas dia hendak menghadap jalan di Kuala Lumpur ini yang sentiasa sesak. Besok Hani bakal ke Ipoh dengan Dato Z untuk melwat tapak projek di sana…. malam itu selepas makan malam.. ketika Hani sedang berbual-bual dengan emaknya ;

“Betul ke kamu ada hubungan dengan bos kamu Dato Z tu” ini mesti emak sudah terdengar gossip aku dengan Dato Z yang berlegar sekitar flat.

“Emak… dalam sebulan ini.. saya baru tumpang kereta Dato sekali sahaja. Itupun disebabkan oleh kerana tayar motor saya pancit. Dan apatah malang nasib saya hari itu… kak Joyah terlihat Dato Z menolong hantarkan saya ke rumah. Takkan emak tidak tahu mulut dia tu” jelas Hani.

“Entahlah… tapi emak tak suka gossip-gosip begitu. Satu flat kita ini sudah tahu,,, mereka semua tanya emak.. betul ke tidak.”

“Takpelah emak… biarlah mereka bercakap benda tidak betul pasal kita. Biarlah mereka mendapat dosa kering.. kita dapat pahalanya. Kalau ada orang tanya.. emak berterus teranglah. Benda yang betul emak.. lepas itu mana ada lagi Dato Z hantar saya balik. sekali itu sahaja.. lama-lama diamlah mereka tu.”

“Besok pagi kamu ke Ipoh ke dengan Dato Z?”

“Iya emak.. melawat tapak projek”

“Kamu berdua sahaja?”

“Iyalah… sayakan pembantu peribadi dia. Tentulah saya berdua pergi dengan Dato ke tapak projek. Kenapa emak?”

“Emak risaulah… Dato Z itukan terkenal dengan reputasi buaya darat. Gosip dengan artist itu.. pelakon tu” emak Hani meluahkan kebimbangannya.

“Emak.. emak ingat saya layan ker Dato Z… sorilah saya hendak layan gatalnya tu. Kalau dia cuba buat apa-apa kat saya.. siaplah dia. Takkan emak tidak tahu saya ini macamana? Adakah saya ni suka melayan jantan? baru jantan hendak tanya nama sahaja.. saya sudah sembur dia.”

“Hahahahahaahahaha. Emak cuba mengingatkan sahaja. Kamu berhati-hati sedikit.. Dato itu sudahlah hensem… berharta pula.. duda pulak lagi.”

“Emak janganlah bimbang.. saya ke sana disebabkan kerja. Sekurang-kurangnya dapat juga elaun kerja luar kawasan. Lagipun saya kena buat laporan untuk diberikan kepada Pengerusi.”

“Terimakasihlah belikan emak barang-barang dapur, bagi duit lagi.. banyak pula kamu beri.”

“Sudah jadi tanggungjawab saya mak.. ringankan sikit beban keluarga kita. Hendak harapkan abang long.. bagi sebulan seratus.. gaji juruteknik lebih kurang gaji saya… OT lagi banyak. Apa salahnya bagi banyak sedikit” ngomel Hani.

“Kamu tahulah abang kamu tu kuat merokok. Minta sangat bikin kereta… tukar enjin.. tambah itu.. tambah ini. Bila emak cakap… dia marah.”

“Entahlah.. saya malas hendak bertekak dengan dia tu. Balik sebulan sekali.”

“Sibuk… masa inilah dia hendak mencari duit. Dengar cerita abang kamu sudah ada teman.”

“Iya… siapalah gadis tu yer?”

“Emak tanya dia.. katanya sama tempat kerja.”

“Iya… baguslah” kemudian pintu rumah kami diketuk… ayah Hani baru pulang dari membawa teksi. Hani melihat jam… sudah pukul 10.00 malam… kesian ayahnya… bawa teksi sampai malam. Hani mencium tangan ayahnya..

“Lambat ayah balik hari ini” tanya Hani.

“Ayah baru balik dari Negeri Sembilan.. hantar orang.”

“Abang hendak makan dulu” tanya emak Hani lembut.

“Abang hendak mandi dulu… belingas badan abang” ayah terus masuk kedalam biliknya. Kemudian adik bongsunya yang baru balik dari tuisyen pula yang balik kerumah.

“Emak… nasi ada lagi ker?” tanyanya.

“Aik… engkau dah melantak nasi sebelum pergi tuisyen tadi tak kenyang-kenyang lagi?” perli Hani.

“Laparlah kak” adiknya membuat muka kesian.

“Mengada… manjalah sangat. Duduk asrama taknak.. hendak sangat sekolah dekat sini… hendak duduk bawah ketiak mak” leter Hani.. benar.. adiknya ada menerima tawaran MRSM Melaka.. tapi beliau menolaknya… atas alasan hendak dekat dengan emaknya.. anak manja!

“Ala… orang malaslah duduk di asrama… lagipun sama juga… sini sekolah.. sana pun sekolah. Apa yang bezanya.”

“Alah.. sebenarnya kau tu anak manjakan?” ulang Hani.

“Kakak jeles ker?”

“Sudahlah tu…. dah.. kamu berdua ini selalu hendak bergaduh. Ada nasi lagi… kamu makanlah.”

“Sayang mak” dia berlalu ke dapur mengambil nasi…

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.