Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
912,015
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1 dan 2 sesudah diolah semula

Bab 1

Temuduga

Hani melihat jam ditangannya, sudah pukul 10 pagi. Hani masih lagi duduk di hadapan bilik temuduga menunggu gilirannya untuk ditemuduga. Setelah 6 bulan menganggur dan menamatkan Diploma Pengurusan Pejabat di UITM pada bulan 9 tahun 2012 yang lalu, baru harinilah Hani dipanggil untuk ditemuduga. Ini adalah temuduga Hani yang pertama daripada sekian banyak jawatan yang dipohon samada agensi kerajaan mahupun swasta. Mega Group, sebuah syarikat pembinaan terkemuka milik bumiputera kelas A. Pemilik bersama merangkap Pengarah Urusannya adalah Dato Zaffran. Baru berusia 40 tahun dan seorang duda yang terhangat di pasaran. Dengar-dengarnya Dato Zaffran seorang buaya darat dan selalu di gosipkan dengan artis muda yang baru hendak naik ( sebenarnya artis-artis muda yang terhegeh-hegeh dengan Dato itu.. dan Dato jenis yang melayan )

Mulanya Hani malas dan tidak mahu ke sesi temuduga Mega Group. Maklumlah jikalau berjaya Hani bakal menjadi pembantu peribadi kepada seorang Dato yang buaya darat dan suka menggatal. Tetapi mengenangkan belum ada lagi temuduga syarikat lain yang memanggil. Jadi terpaksalah Hani melangkahkan kaki  untuk menghadiri temuduga. Sekurang-kurangnya adalah benda yang hendak diceritakannya di dalam Facebook atau Twitter. Bengang juga Hani membaca status kawan-kawan yang lain yang sudah bekerja. Dapat gaji sekian-sekian, makan dan minum di restoran atau kopitiam, beli itu dan ini seperti gajet dan kereta baru, ikut majikan melawat tapak projek atau mesyuarat luar negara dan sebagainya status yang ditulis di laman sosial masing-masing.

Oh ya! Terlupa penulis hendak menerangkan latar belakang Hani selain pendidikannnya. Nama sebenarnya Hani ialah Nurhani Edora Bt Osman. Edora? Sebab ayah Hani Encik Osman kita ini memang berminat sangat dengan cerita Mira Edora. Tetapi emak Hani tidak setuju menamakan anaknya Mira Edora yang merupakan nama yang hangat pada masa itu. Jadi ayah Hani akurlah dengan tegahan isterinya. Lalu dinamakan NurHani Edora. Maka di rumah, kampung, sekolah atau di universiti dia lebih suka dipanggil Hani. Katanya manis seperti madu ( penulis novel meletakkan tangan didada.. mata ke atas ).

Hani merupakan anak kedua daripada 5 beradik yang mana hanya Hani seorang sahaja yang perempuan. Abangnya yang sulung bernama Eiman Irfan atau lebih suka dipanggil along di kalangan ahli keluarga. Kini bekerja di sebuah kilang di Johor sebagai juruteknik dan berusia 25 tahun. Adik di bawah Hani namanya Ashraff yang kini belajar di University Teknologi Malaysia di peringkat ijazah tahun pertama mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal ( berumur 19 tahun ). Adik yang keempat masih bersekolah di tingkatan 4 di Sekolah Sains Seremban manakala yang terakhir yang kini berada di tingkatan satu bernama Ikhwan belajar di sekolah menengah berhampiran rumahnya di Sentul ( Hani selalu bergaduh dengan adiknya yang kecil ini ).

Hani ini memang perwatakannya agak kasar tetapi agak gila-gila sedikit. Hani datang ke pusat temuduga pun menaiki motosikal. Katanya senang hendak mencelah dan meredah kesesakan di Kuala Lumpur ini. Hani merupakan anak jati Kuala Lumpur dan kini menetap bersama keluarganya di sebuah flat Bandaraya di Sentul ( ayahnya pemandu teksi dan emaknya pula pembantu Kantin. Mereka berdua bukannya orang tempatan tetapi berhijrah dari negeri masing-masing untuk mencari pekerjaan. Ayah hani orang kedah manakala emaknya orang negeri ).

Hani orangnya kecil molek sahaja, bertudung dan mukanya bujur sirih, berlesung pipit, berkulit cerah kemerah-merahan dan suka mengenakan solekan ringkas sahaja. Kata-katanya petah dan bijak berpidato ( bekas ahli pidato universiti ). Sangat kemas dalam mempertahankan perinsip atau idea yang beliau pegang ).

Kita kembali semula kepada Hani. Hani melihat jam di tangannya.. sudah pukul 11 pagi. Maknanya sudah 3 jam dia menunggu. Hani melihat perempuan muda disebelah kanannya yang turut menunggu giliran. Raut wajahnya nampak gelisah, seperti baru lepas sekolah gayanya. Raut wajahnya nampak gelisah. Dia tidak perasaan Hani memandang.. memang sejak dari tadi mereka tidak bertegur sapa. Hani memandang pula mereka yang duduk di sebelah kirinya. 2 orang wanita yang berpakaian dan mempunyai muka persis model sedang berbual sesama mereka. Berpakaian skirt dan agak seksi. Ini hendak kerja pembantu peribadi atau model? Gumam Hani di dalam hati. Hani memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka ;

“Kau rasa Dato itu hendak mengambil kita bekerja?” tanya salah seorang daripada mereka. Nampaknya mereka ini kawan baik dan sama-sama sedang mencuba nasib menghadiri temuduga Mega Group.

“Mestila. Kau tahulahkan test Dato-Dato ini terutama yang duda. Mestilah hendak pembantunya yang lawa, seksi, urban, sosial dan yang ada rupa macam kita ni” jawab kawannya yang berambut perang… perasaan.

“Tapi Dato itu hendak seorang sahaja sebagai PA dia. Antara kau dan aku siapa yang layak?” tanyanya kawan si rambut perang.

“Entahlah. Tengok taste Dato itulah. Tapi aku rasalahkan, kawan sebelah kita yang bertudung ini awal-awal Dato reject” katanya perlahan sambil diiringi tawa kecil mereka berdua. Wah! Kau ingat aku ni pekak ker?sempat lagi mengata orang masa saat genting macam ni?Ini sudah lebih. Ingat aku tunggul ke?

Helo cik akak. Saya belum pekak lagi ok? Ingat saya tak dengar apa akak-akak ini cakap? Salah ke kalau saya bertudung dan bekerja dengan Dato Zaffran? Saya bertudung ikut suruhan Allah. Bukannya seksi meksi untuk dapat kerja ok. So… please watch your mouth and shut up!” kata Hani marah.

“Ok. Kita tengok siapa yang dapat kerja ini. Samada ustazah atau yang urban ok. Plizlah” kata rambut perang. Hani menoleh ke hadapan semula. Geramnya aku… hendak sahaja aku cili-cili je mulut kau. Gediknya kau. Sabar Hani… sabar. Tempat orang ini… jangan buat kecoh. Hani beristifar beberapa kali.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Pukul 11.30 pagi, Hani dipanggil ke bilik temuduga oleh seorang wanita. baru sahaja Hani berdiri ;

“Ok Ustazah. Jalan baik-baik ya. Jangan lupa baca apa-apa yang patut. Dan jangan lupa baca surah mengelakkan lelaki hidung belang” kata Si rambut perang. Hani mendiamkan diri sahaja. Aku tidak pedulikan hal lain.. sekarang aku perlu hadapi temuduga ini.. Ya Allah berikanlah aku kekuatan.


Bab 2

Temuduga yang hampas

Masuk sahaja ke dalam bilik temuduga, Hani duduk di kerusi yang disediakan. Dihadapannya kini 2 orang ahli panel yang bakal menemuduganya. Seorang lelaki dan juga seorang perempuan. Lelaki itu Hani kenal ( dan siapa yang tidak kenal ). Dato Zaffran pemilik dan juga bakal majikannya yang artis muda yang baru hendak naik tergila-gila dan berlumba-lumba hendak diraih cintanya. Orang persis angkasawan negara, Sheikh Muzaffar. Badannya tegap,, ada otot dan nampak berwibawa. Kulitnya tidaklah terlalu cerah dan berpakaian segak bersut hitam. Dato hanya berpeluk tubuh dan memandangku dengan pandangan yang agak nakal. Kemudian beliau tersenyum. Senyuman yang bias mencairkan hati mana-mana gadis. Sungguh manis senyuman Dato. Aku membalas senyumannya. Kemudian penemudaga perempuan yang dia rasakan seorang anak dara tua bercermin mata berhenti mencatatkan sesuatu dan memandang Hani;

“Nama awak NurHani Edora Bt Osman” tanya perempuan tersebut serius.

“Ya saya” jawab Hani yakin.

“Saya Cik Hayati Bt Khairul. Saya adalah pengurus besar sumber manusia syarikat ini. Salam perkenalan” betullah dia ni anak dara tua…. Nampak macam sudah 40 tapi masih cik.Sempat lagi Hani mengata.

“Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk ditemuduga di syarikat yang gah ini” kata Hani berbasa basi.

“Ok kita mulakan dengan awak mempekenalkan diri awak dahulu” kata Cik Hayati. Jadi Hani pun mulalah menjual dirinya. Hani awal-awal lagi sudah berlatih dihadapan cermin semalam. Hani menuturkan kata-kata dengan sopan dan kemas tapi penuh keyakinan. Sebaik sahaja Hani habis memperkenalkan diri Cik Hayati mula bertanya pelbagai soalan tentang dirinya sehinggalah kepada kemahiran berbahasa inggeris, pendidikan dan pengalaman. Dato Zaffran tidak menyampuk atau bertanya apa-apa semasa Cik Hayati menyoal Hani. Dia hanya melihat resume Hani dan sesekali memandang Hani. Setelah hampir 20 minit ditanya oleh Cik Hayati, Cik Hayati memandang Dato Zaffran;

“Ok Dato Z. I rasa sudah cukup I bertanya. Dato ada apa-apa soalan?” Dato Zaffran mengangguk dan memandangku;

“You memang pakai tudung ker?” nampaknya benarlah kata-kata 2 orang minah gedik itu tadi. Dato mesti hendak pembantu peribadinya yang seksi meksi.

“Ya. Sejak dari sekolah saya pakai tudung Dato” jawabku jujur.

“Bukan fesyen?”

“Bukan. Saya pakai kerana tuntutan agama. Dalam Islam dituntut agar menutup aurat Dato dengan bukan muhrim. Bukan untuk berfesyen.” Wah! Sempat lagi aku kenakan Dato.

“Syarikat ini urban… metro. Internasional. Kamu lihat saya. Saya berpakaian urban.. metro. Mengikut perkembangan semasa. Mana saya ada pakai kopiah ke pejabat. Pakai jubah. Kalau kamu dapat bekerja di sini, boleh tak kamu buka hijab kamu?” Wah! Ini sudah melebih. Agama dipersendakan!!!

“Maafkan saya kalau tindakan dan kata-kata saya ini bersifat kurang hajar dengan Dato. Saya rela tidak menerima tawaran kerja dari syarikat Dato jika saya perlu ikut polisi syarikat yang tidak membenarkan pekerja wanita bertudung” Hani menahan marah. Kalau di depan dia sekarang bukan orang besar, sudah lama kena penampar daripada Hani.

“Come on Nurhani. Kita sekarang sudah maju.. urban…. Wawasan 2020/ Kamu tahukan syarikat ini sudah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. Jadi pekerja-pekerja di syarikat saya perlulah berpersonaliti yang internasional juga. Sebelum jumpa saya, mereka akan jumpa awak dulu. Persepsi itu penting Nurhani” jelas Dato. Worldlah sangat, makan belacan juga!

“Baiklah. Jika itu tanggapan Dato. Saya rasa sampai disini sahajalah , saya tidak sanggup lagi Dato memperlekehkan saya. Memperlekehkan agama saya.” Hani mengemaskan fail-failnya.. hatinya geram. Sebelum dia hilang kawalan baik dia pergi dahulu.

“Eh! Sabar dulu Cik Nurhani. Saya belum habis bercakap lagi” kata Dato Zaffran. Hani bangun dan mahu segera meninggalkan sesi temuduga;

“Saya rasa, saya tidak perlu meneruskan sesi temuduga ini Dato. Saya memang tidak menepati ciri-ciri yang Dato mahukan. Dato mahukan seorang pembantu peribadi yang seksi, urban, tidak berhijab dan sosial. Saya tidak menepati ciri-ciri tersebut Dato. Jadi saya tidak mahu membuang masa saya. Maafkan saya” Hani mula meninggalkan ruang temuduga. Apabila dia membuka pintu… Hani berpaling kepada Dato Zaffran ;

“By the way Dato. Selepas saya ada dua orang calon yang saya rasakan sesuai untuk Dato. Saya tidak akan gadaikan agama dan maruah saya untuk Dato. Assalaimualaikum” Hani terus keluar dari bilik temuduga. Beliau melepasi 2 orang perempuan seksi yang tergelak-gelakkannya. Hani bengang ;

“Oi! Kau 2 orang diamlah! Walaupun aku ini tidak dipandang mulia oleh Dato atau korang berdua, tetapi aku berharap aku dipandang mulia di sisi Allah!” lantas meninggalkan bangunan Mega Group.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.