Home Cerpen Thriller/Aksi Khaira Hak Milikku
Khaira Hak Milikku
NaimTamdjis
24/4/2013 17:10:13
11,633
Kategori: Cerpen
Genre: Thriller/Aksi

Akhir

Sebaik sahaja Amer balik ke rumah sewanya, beliau telah ditahan oleh pihak Polis dan pengeledahan telah dilakukan di rumahnya. Beberapa bahan bukti telah dirampas untuk membantu siasatan. Kemudian atas waran tangkap yang dikeluarkan… Amer akan ditahan selama 7 hari untuk proses soal siasat. Sebaik sahaja Khaira tahu Amer telah ditangkap. Khaira segera ke Balai Polis Bandar Baru Bangi. Tetapi Khaira tidak dibenarkan berjumpa dengan Amer. Hari kelima barulah Khaira dibenarkan berjumpa dengan Amer. Pada masa ini Amer telah dipindahkan ke lokap Ibupejabat Polis daerah Kajang…

“Amer… Khaira tahu Amer bukan pembunuh ayah! Ada orang yang cemburu dengan hubungan kita! Khaira akan mengupah Peguam yang terhandal sekali untuk membebaskan Amer! Emak Khaira sudahpun bersetuju. Nanti Khaira akan menghubungi Dato Rejab peguam keluarga kami untuk mewakili Amer” Amer menunduk. Tangannya menutup muka… Amer menitis airmata ;

“Amer… Amer. Kenapa ni? Amer tertekan yer disoal siasat polis.” Khaira memegang tangan Amer. Amer hanya mengelengkan kepala ;

“Jadi kenapa?”

“Khaira. Saya harap Khaira berlapang dada apa yang saya hendak cakap kepada Khaira. Saya sakit Khaira. Saya ada masalah tekanan jiwa. Saya yang bunuh ayah Khaira” Amer menundukkan wajahnya.

“Apa!”

“Dengar dahulu cerita saya… “ Amer menceritakan segala-galanya. Khaira terkejut dengan pengakuan Amer.

“Kamu… Kamu”

“Bukan itu sahaja. Saya juga mengaku yang sayalah membunuh ayah saya sendiri. Tapi emak saya yang mengaku dia yang bunuh ayah saya. Saya bunuh sebab dia kejam! Dia kejam! Dia cuba untuk menjual emak dan adik saya!” bentak Amer,

“Dan saya membunuh sesiapa yang cuba mendekati orang yang saya sayang! Apa yang Amer buat semuanya adalah kerana untuk Khaira yang Amer sayang! Ayah Khaira menghalang perhubungan kita! dia cuba membeli cinta kita!” Khaira bangun dan menampar pipi Amer. Amer terkedu atas tindakan Khaira.

“Sampai hati Amer membunuh Sham dan juga ayah Khaira!” Khaira berlalu pergi dengan linangan airmata.

“Khaira! Maafkan Amer!”

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

2 minggu kemudian, Amer dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kajang. Beliau didakwa atas tuduhan membunuh Dato Seri Haja Maideen dan juga Shamsuddin Bin Dato Mukhriz. Kedua-dua pertuduhan boleh membawa hukuman gantung sampai mati. Mayat Sham telah ditemui dan dikebumikan.

“Kamu tidak diwakili peguam untuk membela kamu?” Amer mengelengkan kepala.

“Baiklah… Jika begitu saya akan mengarahkan Biro Bantuan Guaman akan membela kamu.” pintu bilik persidangan terbuka… Seorang peguam masuk.

“Maafkan saya Tuan Hakim. Saya Dato Rejab mewakili defenden.” Dato Rejab pergi kea rah kamar Hakim dan menunjukkan satu surat. Tuan Hakim membacanya ;

“Kenapa lambat datang ke Mahkamah?”

“Saya baru dapat surat kuasa dari pendaftar pagi tadi”

“Baiklah. Harap Dato selepas ini tidak lewat ke mahkamah lagi” Amer memandang kea rah kerusi yang disediakan untuk tetamu. Dia melihat Khaira duduk di satu sudut. Amer tersenyum ;

“Baiklah. Memandang defenden sudah diwakili oleh peguam. Pihak Mahkamah ingin mengambil pengakuan defenden. Adakah benar kamu yang membunuh kedua-dua penama yang disebutkan” Amer memandang Dato Rejab. Dato Rejab hanya mengangguk ;

“Saya mengaku bersalah. Minta hukuman diringankan” jawab Amer.

“Pendakwaraya?” pendakwaraya berdiri .

“Tiada bantahan akan permintaan defenden.”

“Peguambela.”

“Saya mohon agar defenden dimasukkan di Hospital bahagia untuk meneliti keadaan mental pesakit. Anak buah saya mempunyai rekod sakit mental dan pernah dirawat di salah sebuah hospital kerajaan di Kedah semasa zaman remajanya dahulu. Ini surat laporan doktor. Dato Rejab bangun dan menyerahkan kepada Hakim. Satu lagi salinan diserahkan kepada pendakwaraya.

“Baiklah. Pendakwaraya?”

“Tiada bantahan yang arif.”

“Baiklah. Dengan ini pihak mahkamah akan mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikatri selama 2 minggu di hospital bahagia” Hakim mengetuk pengetuk kayunya.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

“Kenapa kamu buat semua ini Khaira?” tanya Amer sebaik sahaja Khaira berjumpa dengannya di bilik tahanan mahkamah bersama peguam.

“Saya cintakan awak. Selama ini tidak ada lelaki lain yang mencintai saya sepenuh hatinya.”

“Sham?”

“Sham hanya mengambil kesempatan di atas saya. Iya, saya mengakui saya mencintai Sham. Tetapi dia tidak mencintai saya sepenuh hatinya. Dia mempunyai ramai teman wanita yang lain.”

“Tapi awak beria-ia mencari Sham?”

“Sebab Sham telah meragut mahkota saya. Saya takut apa-apa terjadi kepada saya. Sham perlu bertanggungjawab.”

“Saya bunuh ayah awak.”

“Awak… Awak sakit. Ayah saya mahu kita putuskan hubungan kita. Saya sudah bertanya kepada emak saya. Dan emak saya mengakui tentang perancangan ayah mahu memisahkan kita. Memang benar ayah ingin menjodohkan saya dengan orang lain untuk menyelamatkan perniagaannya.”

“Keluarga awak tentu tidak boleh terima saya.”

“Memang pada mulanya mereka membantah… Tetapi mereka akur. Awak sedang sakit. Selepas ini, saya mahu awak menjalani rawatan. Selepas sihat, kita mulakan hidup baru.” Khaira mengenggam tangan Amer. Airmata Amer tertumpah jua..

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Amer menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia di Ipoh selama 2 minggu. Hasil daripada pemeriksaan doktor pakar mengesahkan Amer mengalami gangguan mental dan perlu dirawat selama 2 tahun. Pihak mahkamah membebaskan Amer dari semua tuduhan dan mengarahkan Amer menjalani rawatan selanjutnya di Hospital Bahagia.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Selepas 2 tahun… Amer disahkan sihat tetapi perlu mengambil ubat sepanjang hayat. Amer dan Khaira berkahwin di satu majlis kecil sahaja. Selepas 2 minggu berkahwin mereka berlepas ke Australia untuk memulakan hidup baru. Khaira telah menjual kesemua aset dan saham wasiat ayahnya. Dengan hasil penjualan tersebut telah dijadikan modal oleh mereka berdua memulakan perniagaan mengimport barangan halal dari Malaysia ke Australia.

Tamat 26.04.13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.