Bab 10
Latihan
pasukan bola bawah 15 tahun
Bulan 3 tahun 2001, 2 bulan sudah aku bersekolah di sekolah elit ini. Aku
sudah membiasakan diri dengan kehidupan di asrama dan suasana pembelajaran
disini. Malah aku juga sudah berkenalan dan berkawan dengan semua pelajar
sekelas aku tidak kira lelaki atau perempuan. Semuanya agak sempoi dan juga memang
pandai-pandai belaka. Cikgunya juga ada pakar dalam bidang masing-masing dan
agak kreatif dalam menarik minat pelajar dalam mengikuti pembelajaran di dalam
kelas. Paling mengejutkan.. aku juga sudah boleh berinteraksi dalam bahasa
inggeris... ini adalah hasil usaha guru bahasa inggeris kelasku... Mr Razak
yang memang tidak menggunakan bahasa inggeris setiap kali berinteraksi dengan
kami.
Dalam sukan pula, aku
memasuki kelab bolasepak dan telah menjalani latihan sebagai persediaan untuk
perlawanan bolasepak peringkat daerah mulai bulan hadapan.. pertandingan akan
berlangsung selama hampir sebulan. Aku terpilih untuk membarisi skuad bawah 15
tahun sekolah sebagai pemain tengah menyerang ( tapi sebagai simpanan
sahaja.... jurulatih beri peluang kepada pemain lama dahulu terutama mereka
yang berada di tingkatan 3... aku ok sahaja walaupun kawan-kawan menyatakan aku
sepatutnya boleh bermain dengan skuad utama.. aku memberi alasan mungkin
disebabkan aku masih lagi kekurangan pengalaman maka aku diketepikan dahulu ).
Ketua jurulatih sekolah
kami adalah Cikgu Razif..... seorang jurulatih yang berpengalaman dan memiliki
lesen kelas B dari Persatuan Bola Sepak England. Beliau sudah 10 tahun menjadi
jurulatih sekolah dan merupakan antara panel jurulatih pembangunan persatuan
Bolasepak Negeri Sembilan. Tahun ini adalah tahun terakhir beliau menjadi
jurulatih di sini kerana khabarnya beliau akan melanjutkan pelajaran selama 2
tahun di England untuk mendapatkan lesen jurulatih kelas A. Penolongnya adalah
Cikgu Karim yang juga merupakan jurulatih bawah 18 tahun kami. Pasukan bawah 15
tahun pula dibimbing oleh Cikgu Ali ( jurulatih aku ). Disebabkan ketua
jurulatih kami Cikgu Razif mendapatkan lesennya dari England... maka corak
latihan kami juga berpaksikan corak latihan ala British. Kami dikehendaki
sekurang-kurang 3 kali seminggu ke Gim (
sekolah ini ada Gim sendiri dan peralatannya juga lengkap... malah siap sekali
jurulatih Gim sambilan yang bertugas ). Malah setiap hujung minggu, kami akan
ke kompleks renang sekolah Chan Hwa untuk melakukan latihan di dalam kolam (
latihan menguatkan otot dan juga pernafasan ).
Latihan di padang akan
dijalankan 3 kali seminggu yang dipantau oleh Cikgu Razif sendiri. Boleh dikatakan
setiap minggu ada sahaja perlawanan persahabatan yang diatur dengan sekolah
lain di sekitar Seremban atau di lembah kelang. Paling aku rasa bangga sekali,
Cikgu Razif memberikan arahan kepada pemain di tepi padang menggunakan bahasa
inggeris. Walaupun bagaimanapun jurulatih aku, Cikgu Ali lebih suka menggunakan
bahasa melayu sahaja (maklumlah.. guru bahasa melayu). Cikgu Razif bukan sahaja
memantau latihan kami.. malah memantau dengan ketat pemakanan kami. Di asrama,
kami tidak dibenarkan makan makanan yang berminyak dan juga berlemak. Kami
makan mengikut makanan yang disyorkan oleh pakar pemakanan sama seperti akademi
bolasepak di England. Bayangkan setiap pagi kami hanya dibenarkan makan
Sandwich ataupun roti sahaja ( pelajar lain di asrama semuanya makan mi dan
nasi lemak.. aduhai ). Malah Cikgu Razif akan ke kantin setiap kali rehat untuk
memantau makanan yang diambil oleh pemain-pemainnya. Malah jika ada pemain yang
ditangkap merokok, maka Cikgu Razif akan terus mengugurkan pemain itu dari
pasukannya tanpa kompromi. Kalau nampak kami makan benda yang dilarangnya, maka
kami akan disuruh ke gim pada petangnya atau berlari 8 pusingan padang untuk
membuang lemak.
Aku sangat kagum dengan
pengetahuan taktikal dan juga mengasah bakat seseorang pemain yang ada pada Cikgu
Razif. Cikgu Razif pandai mengubah taktikal pasukan dan juga membaca corak
perlawanan lawan. Malah pasukan kami main lebih kepada bercorak terbuka dan
agak fizikal persis seperti pasukan di liga inggeris. Malah dia menasihati aku
supaya menambahkan berat badan dan ketinggian serta menguatkan otot-otot. Dia
mengesyorkan aku mengambil banyak protein dan juga kalsium.. aku mengikuti
sahaja saranannya. Setiap pagi aku akan minum susu tepung segelas bersama
dengan roti sandwich... masa rehat aku akan memesan milo. Makan tengahari aku
akan mengambil hanya semangkuk nasi dan tapi melebihkan sayur sayuran dan juga
protein. Petangnya pula aku akan minum susu bersama 2 biji telur separuh masak
( Cikgu Razif belikan aku telur sepapan setiap bulan... dia tidak minta duitpun
dari aku ). Malam aku makan nasi seperti mana tengahari.. lebihkan sayur dan
protein. Hasilnya emak aku terkejut melihat perubahan fizikal aku bila dia
melawat aku minggu sudah di asrama... katanya aku semakin berisi dan berotot.. tidak
macam dulu kurus kering. Aku hanya katakan aku pergi ke Gim untuk bersenam.
Malah aku juga semakin bertenaga dan tidak cepat pancit apabila bermain bola
selama 90 minit.
Kata Cikgu Razif, dia
buat semua itu kerana beliau nampak potensi besar pada diri aku. Katanya aku
persis Paul Scholes apabila membuat hantaran pendek tetapi persis David Beckham
apabila membuat hantaran jauh atau semasa mengambil set piece. Katanya jika aku
mengikut nasihat dan regim latihan serta pemakanan yang ditetapkan olehnya... aku
boleh menjadi pemain berkelas antarabangsa. Sebab itu aku ikut segala syornya
kerana dia berjanji akan menempatkan aku di dalam pasukan utama pada tahun
hadapan apabila semua pemain tingkatan 3 akan bermain untuk pasukan bawah 18
tahun kelak. Walau bagaimanapun sekali sekali, Cikgu Ali akan menurunkan aku
semasa perlawanan persahabatan. Beliau selalu menurunkan aku di bahagian sayap
kiri... katanya aku sesuai ditempatkan disitu kerana kemahiran mengelecek dan
hantaran jauh yang tepat. Selalunya tugas aku adalah mengkucar-kacirkan
pertahanan lawan dan membawa bola kepada penyerang. Selalunya 2-3 orang juga
mengawal pergerakan aku bila aku bermain ( dan selalunya mereka yang berbadan
besar akan diarahkan oleh jurulatih lawan untuk menewaskan aku secara fizikal
).
Selama 2 bulan aku di
sekolah ini, aku berkawan baik dengan 4 orang itulah... Sofian, Joe, Ah Loy
dengan King. Keempat mereka juga sangat aktif bersukan. Joe masuk sukan
taekwando dan juga marching band. Ah Loy sukan Badminton manakala King masuk Ragbi.
Malah mereka berempat bakal mewakili sekolah di dalam sukan kegemaran
masing-masing mulai bulan depan. Kemana sahaja kami akan bersama berempat
samada ke perpustakaan, ke Bandar ( outing ), makmal ataupun makan di kantin.
{{{{{{{{{{{{{{{
Perlawanan pertama peringkat daerah bandar Seremban menemukan sekolah kami
dengan sekolah SMK Mambau. Selain sekolah tersebut, terdapat 3 lagi sekolah di
dalam kumpulan yang sama iaitu pertama Sekolah St Paul ( musuh ketat ), SMK
Bukit Mewah dan SMK Rahang. Perlawanan pertama di tempat lawan dimenangi oleh
sekolah kami dengan jaringan 3-1. Aku turut bermain tetapi bermula sebagai
pemain simpanan sahaja. Pada minit ke 70 barulah aku masuk mengantikan pemain
senior. Malah aku menjaringkan gol ketiga melalui sepakan percuma di hadapan
pintu gol yang terus menerobos gawang gol ( kawan aku yang berempat itu ada
juga datang bagi sokongan.. bila aku masuk sahaja.. mereka menjerit Andy Cole!!
Andy Cole!!!! Siot jer ). Seterusnya berikut adalah keputusan perlawanan yang
melibatkan pasukan kami;
Perlawanan 1 : KGV 3 lawan Mambau 1
Perlawanan 2 : Paul 2 lawan KGV 2
Perlawanan 3 : KGV 3 lawan Mewah 0
Perlawanan 4 : Rahang 2 lawan KGV 5
Perlawana 5 ; KGV 4 lawan Rahang 1
Perlawanan 6 ; Mewah 1 lawan KGV 4
Perlawanan 7 ; KGV 1 lawan Paul 1
Perlawanan 8 ; Mambau 2 lawan KGV 4
Dengan 6 kemenangan dan 2
kali seri.. pasukan aku telah berjaya menerajui carta daerah bandar Seremban
buat kali pertama selepas 6 tahun ( sebelum ini dikuasai oleh sekolah St Paul
sahaja ). Aku bermain sebagai pemain simpanan sahaja pada semua perlawanan dan
yang paling membanggakan aku dapat menjaringkan satu gol bagi setiap perlawanan
dimana 3 daripadanya adalah gol daripada sepakan percuma. Cikgu Razif dan Cikgu
Ali sangat bangga dengan persembahan yang ditunjukkan olehku. Malah untuk
pengetahuan juga gol yang dijaringkan olehku menyamai gol yang dijaringkan oleh
penyerang utama kami Amin ( pelajar Senior kami yang kini berada di dalam
tingkatan 3, beliau juga adalah pemain utama bawah 15 tahun negeri.. nama orang
putihnya adalah Man ).
Menjadi juara kumpulan
daerah melayakkan kami ke peringkat seterusnya iaitu bertanding ke peringkat
Negeri. Daerah Seremban diwakili oleh 5 buah iaitu sekolah aku, St Paul,
Sekolah Tunku Ampuan Durah ( projek ), SMK Senawang dan juga SM Agama Labu.
Kemudian sekolah dari daerah lain menghantar satu wakil juara ke pertandingan
tersebut menjadikan 12 pasukan bertanding ke peringkat akhir negeri bawah 15
tahun. 12 pasukan ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan
mengandungi 3 buah sekolah. Hanya juara kumpulan yang layak ke peringkat
separuh akhir dimana tahun lepas sekolah kami terkandas di peringkat tersebut..
kalah kepada sekolah projek.. SMK Tunku Ampuan Durah ( panggil STAD sahaja ).
Pertandingan dijangka bermula pada bulan bulan 5 tahun 2000.
Jadi sementara hendak menunggu
pertandingan.. aku fokuskan semula tumpuanku kepada pelajaran. Tapi selama ini
aku tidak pernah meninggalkan pelajaran, aku hanya bermain bola mengikut jadual
yang ditetapkan.... hari minggupun aku jarang keluar outing kerana menelaah
pelajaran. Mujurlah kawan aku yang empat orang itu juga seorang yang ulat buku
terutama Joe. Dialah yang banyak membantu aku di dalam menelaah pelajaran..
alhamdulillah peperiksaan bulan Mac haritu, aku mendapat yang agak memuaskan...
malah aku berada di dalam kedudukan 15 dari 40 pelajar. Oklah tu beb..... semua
pelajar di kelas aku pandai-pandai belaka... beza peratus kedudukan pun sedikit
sahaja. Tapi yang dapat nombor satu Joelah..... semua A dan hampir kesemua
markahnya melebihi 90 markah. Aku pula mendapat 5 A sahaja...... kemudian 3B...... diantara kami.. King yang paling
rendah.. di kedudukan 28 dari 40 pelajar.... tapi masih boleh mencapai 3A dan
5B. Bukannya ada yang gagal pun. Cuma budak disini pandai-pandai belaka.
Emak menerima keputusan
peperiksaan aku.... baginya keputusan aku bagus kerana tidak ada yang gagal.
Aku juga berterus terang dengan emak yang aku mewakili pasukan bolasepak sekolah...
emak tidak menghalang selagi pelajaran aku bagus.. Cuma emak memberi amaran aku
meminta aku menarik diri dari bermain bola jika pelajaran merosot. Sebab itulah
sejauhmana aku sibuk berlatih atau bermain bola.. aku akan tetap mengulangkaji
pelajaran. Aku takut keputusan aku merosot.... nanti emak jumpa cikgu tidak
mahu aku bermain bola lagi.
{{{{{{{{{{{{{{{
Pada awal bulan 5, aku mengambil keputusan untuk balik ke kampung.....
sejak aku masuk pasukan bola sekolah, setiap hujung minggu aku jarang balik ke
rumah. Aku hanya memberi alasan aku sibuk dengan aktiviti sekolah dan
pelajaran. Tapi sebenarnya aku sibuk dengan perlawanan bola dan juga latihan.
Sebelum balik aku singgah di kedai buku.. aku membelikan angah buku-buku umum
dan juga majalah yang dia mahukan ( wang saku dan elaun pertandingan bola yang
aku perolehi selama bermain bola.. adalah sikit ). Selepas itu aku terus
menaiki bas ke Mantin.. di Mantin ayah akan menjemput aku ( kebetulan cuti hari
buruh pada Isninnya.. maka lamalah sikit aku balik kampung kali ini ). Sampai
di rumah, aku emak aku belum pulang dari tempat kerjanya ( kata ayah emak ada
kes kecemasan... malam nanti baru emak balik dari kerja ). Jadi perkara pertama
aku buat apabila sampai di rumah adalah memberi angah buku dan majalah serta
makanan ringan ( balik kampung sahaja aku dapat merasa makanan ringan ) yang
dibeli di Seremban tadi;
“Banyak beli long?” tanya
angah.
“Ala.. adalah sikit.”
“Sikit.. banyak ni..
along habiskan duit biasiswa ker?” kata adikku.
“Abang setakat ini tak
usikpun duit biasiswa tau.”
“Habis itu.. along pakai
duit mana?”
“Duit elaun main bolalah.”
“Wah.. kaya sekolah abang
tu.”
“Kamu jangan tak tahu...
pasukan sekolah abangpun ditaja tau oleh bekas pelajar sekolah. Dalam 30 ribu
orang itu taja... itu belum termasuk penajaan baju dengan seluar. Sebab itu
sekolah abang mampu beri elaun kepada pemain dan jurulatih. Lagipun sekolah
abang itu sekolah inggeris... sekolah lama.... bekas pelajarnya banyak yang
sudah berjaya dan menyumbang kembali kepada sekolah” jelasku.
“Untunglah... kat Taiping
dulu abang dapat duit juga ker?”
“Duit? Dapat elaun duit
makan 3 ringgit.. setiap kali latihan dapatlah seringgit. Tapi besar juga tu,”
‘Abang dapat berapa kat
sekolah tu?”
“Sebab abang baru lagi..
elaun latihan sehari dalam 5 ringgit. Elaun perlawanan 10 ringgit... elaun
prestasi 5 ringgit jika abang dapat jaringkan satu gol. Baru-baru ini...
pasukan abang juara kumpulan.. seorang dapat 30 ringgit duit. 30 ringgit tulah
abang beli buku dengan makanan ni ha,”
“Boleh tahan juga tu..
agaknya kalau abang main sampai tingkatan 5.. banyak lagi abang dapat
agaknyakan.”
“Abang dengar cerita..
senior abang tahun ini dapat elaun seorang 30 ringgit setiap perlawanan. Tahun
lepas mereka juara peringkat negeri.. seorang dapat bonus dalam 200 ringgit
seorang. Perghhhhhhh.. boleh beli walkman tu.”
“Mak bagi ker?”
“Apa tak bagi pulak..
bukan haritu angah ada sekali ke masa along minta izin along main bola. Malah
siap berjanji tidak abaikan pelajaran.”
“Ye tak ye jugak.. kalau beginilah
duit abang dapat.. angah pun nak minta main bolalah balik.”
“Dah... kamu jangan
hendak mengada. Angah anak kesayangan
mak... baca buku tu. Kemas semua buku-buku dan majalah ni... nanti mak nampak
pula.”
“Mak sekarang sudah takde
masa hendak kemas dan menyelongkar bilik kita long... mak dah naik pangkat jadi
ketua jururawat ni... makin sibuk pula mak... selalu balik lewat.”
“Mak naik pangkat.. along
tak tahupun.”
“Alongkan sekolah sana...
mana along hendak dengar khabar berita.. balikpun sebulan sekali.”
“Heheheheheeh.. sudah
kemas cepat” angah mengeluarkan makanan ringan dan juga majalah serta buku dari
begku... angah menyimpannya di dalam almari. Kamu membuka coklat dan terus
memakannya. Kemudian aku mandi dan makan malam ( dimasak oleh ayah.. emak masih
belum pulang lagi ). Malamnya aku hanya duduk di bilik dan membuat kerja
sekolah yang diberikan oleh guru sambil berbual-bual dengan adik ( dan tentunya
kami makan makanan ringan yang dibeli oleh aku tadi ). Pukul 10 malam ayah
memberitahu ingin keluar menjemput emak di kem. Pukul 11 suku kedengaran bunyi
kereta balik... aku dan angah cepat-cepat meyorokkan kembali makanan dan
majalah yang sedang kami baca dan berlakon kami sedang membuat kerja sekolah.
Emak yang masih beruniform masuk ke dalam bilik kami;
“Emak lambat balik? Wah
dah jadi ketua jururawat emak sekarang... itupun angah beritahu” kataku dambil
bersalaman dengan emakku.
“Ada kes tadi long.....
kamu dah makan?”
“Dah mak.... makan nasi
ayah masak”
“Maaflah.. mak tak sempat
lagi hendak masak.. tapi mak janji besok mak masak untuk kamu. Lauk kesukaan
kamu ye”
“Mak tak kerja ke besok?”
“Mak dapat cuti.. harini
mak kerja sampai malam. Jadi bos emak bagi cuti,”
“Oooooo”
“Takpelah... mak gi mandi
dulu.... nanti besok kita borak-borak lagi” aku mengangguk.. kemudian emak
keluar dari bilikku.