Home Cerpen Seram/Misteri KISAH SERAM MALAM JUMAAT ; RUMAH HANTU
KISAH SERAM MALAM JUMAAT ; RUMAH HANTU
NaimTamdjis
18/8/2016 17:28:55
12,362
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

“Yahooo!” Karen melompat kegembiraan.

Dia memeluk rakan baiknya Janna. Mereka baru sahaja keluar dari dewan peperiksaan Universiti Kebangsaan Malaysia bersama sama pelajar lain. Janna hanya tersenyum apabila dipeluk oleh rakan karibnya.

“Akhirnya selama 4 tahun habis juga pembelajaran kita di sini Janna,” kata Karen.

Hally mendapatkan mereka.

“Kemain suka kau Karen. Macam memang loteri.”

“Mestilah suka. Penat lelah kita selama 4 tahun belajar akaun akhirnya tamat pada hari ini. Orang lain belajar 3 tahun, kita belajar 4 tahun. Ambil costing, mengadap Prof Zabidi yang memang susah nak faham apa dia nak ajar. Bapak kedekut nak bagi markah. Akhirnya kita lepas peperiksaan akhir! Aku lega sangat sangat.”

“Baru lepas peperiksaanlah. Belum tahu keputusan lagi. Kalau kita gagal...”

“Choi! Mulut tu jangan celupar! Nanti masin!” bantah Karen,

“Mulut Hally ni memang masin. Ada darah tinggi,” sampuk Janna yang dari tadi mendiamkan diri.

Dia tersenyum melihat telatah kawan kawannya.

“Hahaha. Sudah... Apa kita nak buat untuk meraikan hari terakhir kita di universiti. Lusa kita nak balik dah ke rumah masing masing. Konvo nanti baru kita jumpa balik,” kata Hally.

Masing masing mendiamkan diri.

“Kita tengok wayang nak?” cadang Janna.

“Aduyai. Takde ke cadangan yang lebih ekstrem? Asyik tengok wayang. Lepas tu makan makan. Boring. Cari yang ekstrem sedikit,” bantah Hally.

“Takkan kita nak panjat bukit. Main paintball lagi. Atau pergi cari hantu macam sudah sudah.”

“Ye tak ye jugak. Kita nak balik rumah. Taknak penatkan badan,” sokong Janna.

Hally mendiamkan diri.

“Apa kata kalau kita pergi fun fair di Banting,” cadang Karen.

“Fun Fair? Fun Fair Banting World yang terkenal dengan rumah hantunya tu?” tanya Janna inginkan kepastian.

“Yelah,” Karen mengiyakan.

“Tapi ada kawan kawan kita histeria apabila masuk ke dalam rumah hantu tu. Malah ada yang kena berubat kampung semata mata nak buang semangat jahat yang masuk ke dalam tubuh mereka yang dirasuk. Ada yang buat rawatan psikatri. Taknaklah,” bantah Janna.

“Sayapun sudah lama kepingin pergi ke situ. Tapi ada sahaja halangan. Jomlah kita pergi Janna. Saya dengar tempat tu dah tak ramai orang pergi. Tempat itu bukan macam rumah hantu biasa. Ada barang barang mistik. Sudah lama nak tengok barang barang tu. Jomlah Janna. Kita bertiga buat momen di situ sebelum balik ke rumah.”

Janna mendiamkan diri. Dia memikirkan baik buruk.

“Baiklah,” katanya akur.

“Yeyyy,” mereka bertiga berpelukan.

Pelajar yang satu kelas dengan mereka tersenyum. Mereka kenal sangat dengan 3 stooges Kolej Burhanudin Helmi. Berkawan baik sejak mendaftar diri ke kolej. Janna orang Melayu, Karen Cina manakala Hally orang Bidayuh. Kemana mana mereka bertiga tidak pernah berenggang. Malah kelaspun sentiasa berada bersama sama.


Pukul 8 Malam

Ah Fatt sudah berada di dalam rumah hantu miliknya yang terang benderang diterangi cahaya lampu. Dia melihat balang kaca yang mengandungi janin bayi.

“Sudah 6 bulan wa punya bisnes manyak lugi. Ini lumah hantu tala selam lagi. Wa manyak susah ati. Isteri gua kena kanser mau ubat. Apa macam mau kasi ini rumah antu naik balik?

Ini antu semua mau usik manusia sampai pengsan. Sampai histeria. Mau darah. Wa manyak pening,” rintihnya seorang diri dengan telo Bahasa Melayu Cinanya yang pekat.

“Itulah! Kau degil! Mereka semua sudah lama tak mengusik dan merasuk manusia. Tapi kau tak benarkan! Lupakah kau kegemilangan pesta ini dulu? Setiap malam orang beratur panjang semata mata nak masuk rumah hantu kau?” kata seseorang bergema dalam rumah hantu tanpa dilihat oleh seseorang.

“Tapi susah. Ramai orang komplen.”

“Orang komplen sebab mereka tak mahu tengok kau senang. Malam ini malam Jumaat. Kau izinkan kami berkuasa malam ini sahaja. Selepas ini kau lihatlah. Pesta yang kau buat ini akan kembali menjadi buah mulut orang. Duit akan berkoyan koyan masuk dalam kocek kau. Kau nak ubatkan isteri kau ke Chinakan? Izinkan kami berkuasa!” kata suara itu lagi.

Ah Fatt mengelengkan kepala. Dia bergerak ke arah keranda lama cina Dinasti Ming.

“Tala boleh ooo. Aku kasihan sama mereka. Diamkan kau di sana,” kata Ah Fatt lalu keluar dari situ.

Lampu semua dipadam oleh Ah Fatt. Maka keluarlah sama sama cahaya dari keranda.



Mereka bertiga sudah berada di luar pintu masuk Fun Fair Banting World. Keadaan agak suram dengan pengunjung.

“Mak ai. Takde orang... Sudahlah jalan masuk ke sini memang tiada kereta lalu lalang. Seram betul tempat ni.”

“Ha itulah. Baru thrill,” kata Hally

“Jom masuk. Tak sabar pula nak masuk rumah hantu,” ajak Karen.

Mereka bertiga terus masuk ke dalam Fun Fair. Mereka menuju terus ke rumah hantu yang terletak di hujung kanan tapak pesta. Dari jauh, mereka dapat melihat bangunan Rumah Hantu yang agak besar dan lebar.

“Pertama kali saya lihat rumah hantu sebesar ini. Selalu kecil sahaja,” kata Karen yang kagum dengan rekabentuk rumah hantu tersebut.

“Kalau nak tahu... Rumah hantu itu ada bahagian khas menempatkan artifak artifak yang dikatakan seram. Artifak asal tau... Bukan tipu,” balas Hally yang nampak teruja.

“Artifak asal? Contoh?” tanya Janna.

“Janin bayi yang dipuja. Keranda kayu dinasti Ming yang dikatakan berpuaka. Rambut pontianak...”

“Sudah sudah. Seram pula mendengarnya,” Janna mencelah.

Dia sebenarnya memang tidak kuat semangat terutama mendengar atau menghadapi perkara perkara mistik ni.

“Janganlah takut. Kitakan ada. Selama ni kita pergi hantu kamu ok sahaja.”

“Itu siang. Tapi ini malam. Malam Jumaat pula tu. Menurut kepercayaan orang Melayu, pada waktu Malam Jumaat... Makhluk makhluk itu aktif,” jelas Janna.

“Ala relakslah. Kami ada... Jangan takut. Doa kepada Tuhan ya agar tiada apa apa yang berlaku,” kata Karen.

Janna mengangguk. Mereka menuju kaunter tiket.

Ah Fatt mengeluh. Baru sebentar tadi anaknya telefon isterinya muntah muntah lagi.

“Haiya. Mana mau cari luit.”

Dari jauh dia melihat 3 orang gadis sedang menuju ke arahnya.

“3 olang baru 30 linggit. Mahu bayar pekerjapun tak lepas.”

“Ah Fatt. Lepaskan kami. Kami akan membawa keuntungan kepada kamu. Ingat Ah Fatt. Isteri kau sakit.”

“Saya Sulah janji dengan Ustaz Zaher. Tak mau bikin kacau lagi.”

“Janji yang membawa kau kepada kemiskinan Ah Fatt. Janji manusia Ah Fatt. Bukan seagama dengan kaupun. Cepat Ah Fatt. Malam ni atau kau akan terlepas peluang nak bantu rawat isteri kau. Cepat Ah Fatt!” kata kata yang tengiang ngiang dia cuping telinga Ah Fatt.

“Susah ini macam.”

“Dulu sebelum kau berjanji dengan Ustaz Zaher berapa semalam kau dapat? 3-4 ribu Ah Fatt. Kini kau nak bayar gaji pekerjapun tak lepas! Lepaskan kami Ah Fatt.”

Ah Fatt mengelengkan kepala. Gadis bertiga semakin hampir dengan kaunter. Ah Fatt memaniskan mukanya.

“Ya adik. Mau masuk lumah hantu ka?” tanya Ah Fatt ramah.

“Berapa tauke?” tanya Hally.

“RM 30 untuk 3 orang,” jawab Ah Fatt.

Gadis bertiga mengambil wang di dalam beg tangan masing masing. Semuanya sama pattern berwarna pink. Ah Fatt mengambil wang dihulurkan dan memberi resit.

“Semoga terhibur,” kata Ah Fatt kepada mereka.

Gadis bertiga itu tersenyum lalu masuk ke dalam rumah. Telefonnya berbunyi, Ah Fatt melihat skrin. Anaknya menelefon lagi.

“Ada apa lagi ma! Wa manyak sibuk!” marah Ah Fatt kepada anaknya.

“Apa! Mama pengsan lagi! Tunggu tunggu. Papa balik. Telefon ambulans cepat!” katanya cemas.

Dia segera menamatkan panggilan dan mengambil walkie talkie.

“Amat! Jaga kaunter! Saiya mahu balik! Isteri saya pengsan!” katanya lalu terkocoh kocoh meninggalkan kaunter.

“Ah Fatt! Isteri lu sakit! Mesti mahu pakai duit lagi masuk hospital!Apa tunggu lagi! Lepaskan kami!”

Ah Fatt memandang ke arah rumah hantunya. Dia begitu runsing. Betul juga! Dia perlukan duit. Masuk hospital tentu perlukan duit lagi sedangkan wang simpanannya makin habis.

“Jangan fikir fikir lagi Ah Fatt. Kami semua janji akan beri banyak lagi duit kepada kau macam dulu. Kau boleh bawa bini kau ke China. Malam ini sahaja Ah Fatt peluangnya,” kata kata yang cuba meracun Ah Fatt.

Ah Fatt melihat ke arah penjuru pagar di mana benda itu ditanam oleh Ustaz Zaher.

“Gua perlukan duit. Maafkan gua ustaz,” katanya lalu berlalu menuju ke arah tempat di mana botol ditanam.

“Ya Ah Fatt. Teruskan. Teruskan Ah Fatt. Bila kami kau lepaskan. Kami janji banyak duit yang kami akan beri. Kau boleh rawat isteri kau!” kata kata yang masih tengiang ngiang di cuping telinga Ah Fatt.

Apabila sampai dia mengorek tanah menggunakan kedua belah tangannya. Ah Fatt telah dikuasai oleh hawa nafsu. Baginya apa yang penting adalah wang. Walaupun tanah itu keras, tapi seolah olah ada satu kuasa yang membantunya mengali tanah dengan tangannya.

Ah Fatt merasai botol besar yang ditanam. Dia segera mengorek tanah. Matanya bersinar sinar. Akhirnya dengan kudrat yang ada botol itu berjaya dikeluarkan.

“Buka sahaja penutup botol itu. Kami akan kembali ke asal kami. Jangan takut, kami tidak akan menganggu kamu dan pekerja kamu. Kami cuma nak mengusik mereka yang nak mencari kami,” bisik satu seorang.

Ah Fatt segera membuka kambus penutup botol. Apabila kambus dibuka sepenuhnya, kelihatan asap keluar dari botol tersebut dan berlalu menuju ke arah rumah hantu miliknya. Ah Fatt segera membuang botol dan berlari menuju ke keretanya. Apabila sudah masuk di melihat ke arah rumah hantu. Di atas bumbung, segerombolan makhluk mistik dengan wajah yang mengerikan melambai ke arahnya.



Amat, Suzi dan Jani sedang duduk melepak di ruangan khas berhampiran pintu keluar. Mereka bertiga memakai kostum menyeramkan untuk menakutkan pengunjung yang ingin keluar dari rumah hantu. Amat memakai kostum zombie, Manakala Suzi memakai kostum pontianak dan Jani memakai kostum hantu lompat cina.

“Bosan betul. Takde pelanggan. Kalau macam ni. Kita sudah boleh cari kerja lain,” kata Jani.

“Betullah. Dulu masa rumah hantu ni tengah hangat. Sampai pukul 2 pagi kita jadi hantu. Dulu kita ada enam orang. Ini tinggal kita bertiga. Aduyai. Silap silap gaji bulan ni miss soru kita,” sokong Amat.

“Kan. Zaman kegemilangan kita, memang tak menang tangan,”

“Hapa korang kata ni? Kata ni latihan nak jadi pelakon seram yang disegani. Relakslah,” kata Suzi.

“Hahaha. Itu janji Ah Fatt. Katanya ada link dengan produser filem hantu di Malaysia En. Dave Tio. Tapi sampai ke sudah haram. Panggil ekstra je,” balas Jani.

“Sabarlah... Lagipun..”

“Kamu bertiga. Ada 3 orang pelanggan. Sedia sedia,” kata Ah Fatt melalui Walkie talkie.

“Adapun.”

Mereka melihat skrin CCTV. Kelihatan 3 orang gadis sedang masuk ke dalam ruangan barangan mistik.

“Hehehe. Mangsa!”

“Macamana mekap aku?” tanya Suri.

“Terbaik doh. Ini malam malam kau mekap macam ni... Bukan kata aku je lari. Laki kaupun berlari tak cukup tanah.”

“Jilake. Depan laki aku aku mekap cantik cantiklah sengal. Apa hal aku nak mekap macam ni!” marah Suri.

“Amat! Jaga kaunter! Saiya mahu balik! Isteri saya pengsan!” kata Ah Fatt melalui walkie talkie.

“Alamak! Tauke ni potong betullah. Baru nak takutkan awek awek ni dah panggil jaga kaunter.”

“Pergilah. Tauke tengah kecemasan tu. Takkan kau tak tahu isteri dia sakit.”

“Adui. Bosan betullah.”

“Amat! Cepatlah! Saya mau balik!” kata ‘suara’ persis Ah Fatt yang agak garau di Walkie talkie.

“Adui tauke aku ni tak sabar betul. Baru nak cuci mata.”

“mestilah. Siapa nak jaga depan tu. Pergilah!” arah Suri.

“Yelah yelah,” akur Amat lalu keluar dari bilik tersebut.

“Cantik..”

“Apa?”

“Cantik. Macam orang Sarawak.”

“Aku rasa Iban atau Bidayuh. Kau nak ngorat ke?”

“Boleh aku takutkan diorang kat depan. Tak thrill kat pintu keluar.”

“Suka hati kau. Tapi jangan berlebih lebih.”

“Jangan risau.”

Jani berdiri. Dia membetulkan kostumnya.

“Macamana mekap aku? Macam hantu cina?”

“Yup! Tengoklah siapa yang mekap? Akukan?”

Jani melompat lompat beberapa langkah.

“Memang macam hantu. Dahlah. Lompat kat awek sana.”

Jani tersenyum dan terus melompat hingga keluar dari bilik tersebut.

“Sengal!”



Mereka bertiga sudah masuk ke dalam bahagian alatan dan cerita mistik. Beberapa alat atau perabot dipercayai mempunyai kemistikannya sendiri dipamerkan ke bahagian ini. Antaranya gaun pengantin berwarna putih yang dipakaikan ke atas sebuah patung. Karen memegang tudung gaun pengantin tersebut.

“Cantik,” katanya perlahan.

“Ada keterangan tentang gaun ni.Gaun pengantin klasik yang dipercayai berhantu ini dulunya merupakan baju milik gadis kaya raya bernama Anne Baker. Sebagai putri Elias Baker, tokoh terkemuka dari Blair County pada 1800-an, Anna memiliki segalanya. Ayahnya melimpahi Anna dengan perhiasan dan semua benda mewah. Tetapi Anna kemudian jatuh cinta kepada seorang pekerja biasa di perusahaan ayahnya. Ia bahkan berniat menikahi pemuda itu dan sudah memilih sebuah gaun pengantin bersama ibunya.Tetapi tentu saja ayah tak setuju dengan pilihan hatinya yang hanya orang biasa. Anna pun memutuskan bahawa jika dia tidak akan menikah dengan lelaki yang dicintainya, dia tidak akan menikah selamanya.

Dia hidup sebagai perawan tua hingga meninggal.Sepeninggal Anna, gaun pengantin yang sempat ia beli namun tak pernah dipakai dulu dipamerkan di muzium Blair County Historical Society di Baker Mansion yang dulu adalah kediaman keluarga Baker. Gaun itu disimpan di kotak kaca di kamar tidur Anna. Saat malam konon gaun itu bergoyang. Beberapa pegawai muzium percaya kalau hantu Anna sedang mencoba gaun pengantinnya dan memunculkan dirinya,” panjang lebar Janna membaca nota keterangan.

“Serammnya...” kata Hally.

“Cinta sejati,” sampuk Karen.

“Cinta sejati membawa ke seram. Hish...Seriaulah,” balas Janna.

Kemudian mereka beralih ke satu lagi barang yang dipamerkan yang terletak bersebelahan.

“Katil bayi berpuaka Mic. Katil bayi ini milik keluarga Hudson yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Katil ini mula dibeli oleh keluarga Hudson pada tahun 1890 di sebuah kedai di Kent Britian. Kemudian apabila diperturunkan kepada piutnya bernama steven pada tahun 1990. Satu kejadian pelik telah berlaku. Kamera litar secara tidak sengaja telah merakam katil ini diayun oleh satu entiti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar setiap kali anaknya menangis. Anaknya diam dan akan tergelak setiap kali selepas menangis malam seolah olah ada seseorang yang memujuk banyinya. Maka katil ini telah dijual kepada peminat mistik,” cerita Karen apa yang dibacanya.

“Perghhh!Gila seram barang barang dalam muzium ni,” kata Jannah lalu memegang tangan Hally.

Dia sudah mula rasa semacam. Karen tergelak.

“Relakslah. Barang dalam ini bukan betulpun. Semuanya hanya barang tiruan menyerupai barang sebenar. Mana mungkin taukenya mampu beli barang yang sebenar,” sanggah Karen.

“Betul ke?Mana kau tahu?” tanya Jannah.

“Aku tahulah Tengok lukisan tu. Baby Cry. Lukisan itu katanya mistik. Tapi hanya ada satu lukisan yang betul betul mistik. Dikatakan lukisan Baby Cry tidak akan terbakar bila kita bakar. Dan ada bunyi menangis pada malam tertentu. Itu kata pemiliknya. Tapi apabila disiasat itu hanyalah pembohongan semata mata,” jelas Karen.

“Perghhh. Pandai kau...”

“Itulah jangan percaya sangat....”

“Hek hek hek!”

Kedengaran tawa bayi yang datang entah dari mana. Semakin lama semakin jelas kedengaran.

“Bunyi apa tu?” kata Hally yang mula cuak.

Dia memegang erat tangan Janna. Tiba tiba katil bayi perlahan lahan diayun. Janna dan Hally berpelukan. Karen terpaku memandang katil bayi yang berayun perlahan dan semakin laju.

“Uwa...Uwa...Uwa...Uwa.”

Kedengaran suara bayi merengek. Kini mereka bertiga berpelukan.Bunyi berkeriuk katil bayi diayun semakin jelas kedengaran.

“A...A...Apa kita nak buat sekarang?” soal Janna.

“Ki...Ki...Ki...Kita keluar dari bilik ni,” jawab Karen.

Perlahan lahan mereka berjalan mencari jalan keluar.Katil bayi masih lagi berayun. Apabila mereka keluar sahaja dari ruangan bersebelahan

“Hantuuuuuu!!!!” Serentak mereka menjerit ketakutan apabila melihat seseorang melompat di dalam samar samar kegelapan.

Mereka terduduk di atas lantai. Makhluk itu semakin galak melompat ke arah mereka sambil mendepakan tangan.

“Haiyo...Jangan kacu saya!Saya janji tak buat lagi!Ni mulut banyak cabul!” rintih Karen.

Makhluk itu semakin mendekat. Mereka bertiga berpelukan dan menutup mata. Apabila makhluk itu berada berhadapan mereka, dia memandang tepat Hally.

“Cantik,” katanya perlahan.

Hally yang terdengar kata kata itu membuka matanya perlahan lahan.Dia melihat makhluk itu memandangnya dengan wajah tersenyum.

“Oi! Manusialah!Dia sahaja takutkan kita!” marah Hally.

Karen dan Janna membuka mata mereka.

“Jilake!” marah Karen lalu mengambil begnya memukul badan Jani.

“Hahaha. Hahaha. Masing masing pucat!” Jani ketawa terbahak bahak.

“Ingatkan hantu tadi. Rupanya manusia!” marah Hally.

“Awak bila marah cantiklah,” puji Jani.

“Dah.Jangan nak menggatal. Awak pekerja sinikan?” tanya Karen.

“Ya. Pekerja di sini. Tugas saya menakutkan awak semua. Adui!Dah tahu penakut nak juga masuk ke dalam rumah hantu. Lepas itu takut. Apara!”

“Hello...Awakpun makan duit orang penakut macam kami tau. Ini nak tanya, katil tu kerja awaklah ya?”

“Memanglah. Mungkin bos saya dah pasang peranti beri buai itu beralun. Atau mungkin Kak Suri yang berada di bilik kawalan pasang lagu mistik. Biasalah lah tu efek khas nak takutkan kalian. Anyway...Nama saya Jani,” katanya lalu menghulurkan tangan kepada Hally.

Hally memuncungkan bibirnya dan tidak menyambut salam Jani.

“Haram...” tegur Janna.

“Aik.”

“Dengar tu kata kawan saya. Haram!” kata Hally tegas.

“Hahaha. Maaf.”

“Bilik apa ni?”

“Ini ruangan mistik dunia Melayu.Banyak barang barang mistik dan misteri disimpan di sini.”

“Jadi memandangkan awak takutkan kita. Boleh tak awak terangkan barang yang ada di sini?” pinta Karen.

“Demi adik manis yang ini...Saya sanggup.”

“Gatal!Siapa suka dia. Kalau awak buat apa apa. Saya jerit! Kawan saya Karen ada taekwando tau!” gertak Hally.

“Taekwando?Hahaha. Mana taekwando awak tadi?Semua tutup mata,” perli Jani.

“Ingat hantu.Kalau manusia memang saya taekwando tadi.”

“Hahaha. Lawak lawak. Ok jom saya jadi tour guide.Sayapun takde kerja ni. Ok...Pertama bahagian senjata mistik. Contoh meriam ni...Katanya darah anak dara sunti akan dibasahkan kepada bahagian ni.Maka...”



Sementara itu di bilik CCTV dan kawalan Suri terpempan seketika.

“A...A...aku tak tekan suis apa apa. Siapa yang gerakkan katil bayi. Siapa yang tekan suis bayi menangis dan merengek. Siapa yang buat?” katanya perlahan.

“Aku!” kata seseorang di belakang.

Suri menelan air liur. Perlahan lahan dia menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh berpakaian sepertinya tersenyum sinis memandang. Suri berundur ke belakang.

“Si...Si...si...A...pa....apa kau?” tanya Suri,

“Tanya lagi?Bukankah kau nak menjadi seperti aku?Berpakaian dan berlakon seperti aku?” kata makhluk itu sinis.

“Te te...Te...Te...”

“Syhhhh.Anak aku nak tidur. Lalalala.Alalalal. Anak emak lemas ye dalam ni. Nanti emak dodoikan ya sayang. Sian dia,” kata makhluk itu lalu mengangkat sesuatu yang disorokkan tadi.

Botol yang mengandungi janin bayi itu dibuka. Bau bahan awet yang kuat dapat dihidu oleh Suri. Makhluk terkutuk itu memasukkan tangan ke dalam botol dan mengeluarkan janin tersebut. Tangan kanan memegang janin tersebut.

“Syhhhhh. Bangkit ya nak.Lama dah tidur. Bangkit ya,” kata makhluk tersebut lalu menepuk nepuk manja janin tersebut.

Suri tidak tahu apa yang mahu dilakukannya. Dia terasa mual melihat perlakuan tersebut.Baru beberapa kali janin tersebut ditepuk, janin itu terbatuk batuk. Suri terperanjat. Jantungnya laju. Matanya terbuntang.

“Uwek! Uwek! Uwek!” janin itu menangis.

“Syhhhh.Diam nak.Emak upah susu,”

Suri terjelepok jatuh kerana pengsan.

“Dalam botol ni dipercayai toyol yang ditangkap dan dikurung. Tak tahu macamana bos saya dapat toyol ni,” jelas Jani lalu menunjukkan botol kaca yang didakwa menyimpan toyol.

“Ada ke toyol dalam tu?Tak nampak apapun?” tanya Karen.

“Ada. Semua barang yang ada dalam rumah hantu ni ori tau. Bukan replika.”

“Betul ke?”

“Betul le. Tauke saya si Ah Fatt tu peminat barang barang mistik ni. Beratus ribu habiskan duit nak beli benda ni semua.”

“Tak pernah kacau kerja macam ni?”

“Tak arghh!!!”

“Bedebuk!” bunyi sesuatu yang jatuh.

Mereka bertiga memandang ke arah bunyi yang didengari.

“Bunyi apa tu?”

“Dengarnya dari bilik kawalan. Kenapa dengan Suri?” kata Jani.

“Hehehehe.”

Kedengaran suara perempuan mengilai.

“Kak Suri!” panggil Jani.

Jani berlari ke satu arah.

“Ikut dia!” arah Karen.

Mereka bertiga mengikut langkah pantas Jani yang berlari anak. Mereka melepasi bahagian rumah hantu yang sebenarnya. Disebabkan tumpuan mereka lebih ke arah Jani..Maka mereka bertiga tidak mempedulikan hantu yang menyergah mereka di sepanjang perjalanan.

Jani membuka satu pintu di dalam ruangan rumah hantu. Dia menarik nafas lega apabila melihat Suri sedang duduk membelakangkan Jani termasuk mereka bertiga.

“Suri...Kamu ok? Siapa menjerit tadi? Dengar jatuh terduduk?” tanya Jani.

Suri memusingkan kerusinya. Gugur jantung Janna dan Hally apabila melihat wajah Suri. Suri seolah olah sedang mengendong sesuatu.

“Si...Si.Siapa ni?” tanya Karen yang turut terkejut melihat Suri.

“Saya perkenalkan. Ini Kak Suri...Atau Suri. Dialah ketua kami bahagian usik mengusik ni. Kak Suri...Ni pelawat kita.”

“Tapi macam hantu betul. Pucat...Mata memerah. Wajah mengerikan.Pandangannya tajam,” kata Karen lagi.

Matanya tidak lepas memandang wajah Suri.

“Hahaha. Mekap Suri memang menjadi. Dialah mekap kami semua. Memang macam hantu betul.”

“Tepuk amai amai...Belalang kupu kupu. Tepuk anak tepuk ibu upah susu,” suri menyanyi dengan perlahan.

“Suri.Dahla tu nak takutkan orang. Mereka ni pelawat saya.”

“Tepuk amai amai...Belalang kupu kupu. Tepuk anak tepuk ibu upah susu,” nyanyi Suri sambil menepuk nepuk bayi dikendongnya.

“Suri ok ke? Apa benda yang kau kendong tu?” tanya Jani yang sudah mula merasakan sesuatu.

“Anak aku!” marah Suri.

“Anak Suri? Biar betul Suri. Kau mana ada anak lagi walaupun dah kahwin.”

“Hehehe. Heheheh. Kaupun tak percaya ini anak aku?”

“Mana anak kau. Tunjuk,” pinta Jani.

“Hehehe...”

Suri berdiri lalu menunjukkan apa yang dikendongkan.Keempat empat mereka terkejut melihat apa yang dikendong oleh Suri.

“Janin!” jerit Jani.

Bau busuk janin mula dihidu oleh mereka berempat.

“Hahaha. Hahaha. Inilah anakku.! Hahaha.”

Tiba tiba sahaja Suri terbang dan terawang awan hingga kepala mencecah siling.Rambutnya mengerbang seolah olah ada angin yang bertiup.

“Uwek... Uwekkk...Uwek!”

Bayi dalam dukungan makhluk itu menangis. Malah kelihatan kaki janin bergerak.

“Sabar ya nak. Sabar. Jangan menangis. Nanti emakpun menangis.”

Ketiga ketiga sahabat itu berpelukan manakala Jani terpaku.

“Mana Suri?” tanya Jani.

“Hahaha. Dia pengsan tengok aku.Tu dia!” kata makhluk tersebut lalu menunjukkan ke arah Suri yang sebenarnya yang telah pengsan.

“Karen... Karen.Help me?” tegur seseorang dari belakang.

Keempat empat mereka menoleh ke belakang. Kelihatan Anne Baker yang lengkap berpakaian gaun pengantin semakin dekat dengan mereka.Anne Baker tersenyum memandang mereka berempat. Di belakang Anne Baker menyusul beberapa jenis hantu dunia Melayu. Karen sudahpun terjelepuk pengsan.

“Where my love?Do you’ll know?” tanya Anne Baker.

“Hantu!!!!” jerit mereka bertiga serentak.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.