Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 47

BUNYIair terjun yang menderu-deru itu, cukup tenang ditelinga. Tenangkan fikiransekejup dengan cara keluar bersiar-siar dikampung. Nampak gayanya aku ni dahlebih kurang dengan pangkat seorang jandalah. Cuma bezanya aku masih ada suami.Emak tak habis-habis risaukan aku, tak payah risau Along wahai  mak ku yang tersayang. Zirah ni dah bolehterima semua ni. Dah ini takdir yang perlu Zirah hadapi, nak ke.. Tak nak ke..Kena hadapi jugak.

            Dah hampir dua minggu aku tak dengarlangsung khabar berita mengenai Emel. Bukan tiada langsung beritanya, cumatelinga aku ni yang tak nak dengar. Malas nak ambil tahu. Aku bukan manusiayang suka terhegeh-hegeh dengan sesuatu yang menolak. Aku redha kalau itukeputusan dia. Buat apalah aku nak susahkan diri paksa dia terima  aku? Buang masa saja. Dia memang sejak dulutak pernah ada perasaan dengan aku. Aku ni je yang buta. Tak boleh nak nilai.

            Kalau aku fikirkan balik, memang akuni buta! Tak boleh nak beza sesuatu yang jelas. Ah, aku tak kuasa nak layanmasalah ni. 

            Tapi sejujurnya aku sangat risaukankeadaan dia. Setiap hari aku doakan yang dia sentiasa sihat. Ya Allah, kalaudiberi peluang aku nak jaga dia sampai dia sihat. Tapi masalahnya, dia langsungtak bagi aku tengok dia. Keras betul hati dia. Hari-hari makan jambu batudengan belimbing besi kot gamaknya!

            “Assalamualaikum…”

            Aku terdiam namun tetap menjawabsalam tersebut. Siapa pulak ni? Aku menoleh kebelakang. Menyirap darahkumelihat Razif dihujung sana. Bala apa lagi ni? Aishh!!

            Laju saja aku bangun dari duduk.Mahu bergegas pulang kerumah. Namun kata-kata Razif membuatkan aku terdiam danlangkahku terhenti.

            “Lari kemana lagi Zirah? Kan abangdah kata, Zirah tak akan bahagia kalau tidak bersama abang.”

            Aku menoleh. Mendengar saja ayatnyaitu buatkan aku merasakan sesuatu. “Apa sebenarnya maksud abang ni?” Nak tahurasa apa? Rasa nak marah dan baling selipar! Suka hati dia je cakap macam tu.Macamlah dia yang tentukan takdir aku!

            Razif hanya tersenyum sambilmendekati Zirah. “Ditinggalkan tanpa bertali lebih perit dari menjadi seorangjanda. Betul tak?” Entah dari mana pulak Razif tahu akan berita ni!

            “Abang tak ada hak nak pertikaikan halperibadi Zirah! Abang bukan siapa-siapa pun bagi Zirah!” Marahku! Lelaki ituseolah-olah mahu menyalahkanku kerana tak mahu mengikut katanya dulu. Aku lebihrela hidup tak kahwin dari berkahwin dengan dia!

            “Memang! Memang abang bukansiapa-siapa dalam hidup Zirah. Tapi abang sayang Zirah jauh lebih banyak darilelaki tak guna tu! Abang tak akan sesekali buat orang yang abang sayang begini.Terseksa dan terkapai-kapai begini. ”

            Zirah hanya ketawa sinis. “Bagus lahtu. Bercakap sesuatu yang diri sendiri pun pernah lakukan, lepas tu belagakseolah-olah diri sendiri tak pernah buat benda yang sama. Sudahlah bang, janganbuat drama melayu kat sini. Abang pun sama je. Kalau abang betul-betulsayangkan Zirah dulu, abang tak akan lakukan sesuatu yang boleh melukakan hatiZirah. Sayang je tak cukup untuk bahagiakan seseorang!! Zirah tak mati lahkalau tak ada orang yang sayang! Terima kasihlah sebab ambil tahu pasal Zirah.Lepas ni, ada baiknya abang fikirkan masa depan abang yang masih terkapai-kapaitu. Nak menyesal dengan kesilapan dulu pun dah tak guna, sebab semuanya dahjadi. Kak Erma tu wanita paling baik dan penyabar. Kalau Zirah jadi dia, dahlama Zirah tinggalkan lelaki yang masih tergila-gila bekas tunangnya macamabang ni. Abang patutnya bersyukur dan hargai apa yang Allah bagi. Bukanmenyalahkan takdir dengan kesilapan yang datangnya dari diri sendiri.”

            “Apa pun Zirah tahu abang baik, danZirah harap sangat kalau abang jaga Kak Erma dengan baik. Peluang yang Allahbagi sekali je bang, kalau dipersiakan tak akan muncul peluang kedua. Fikirkandan selamat jalan. Oh! Lupa kirim salam mak ayah abang ye. Zirah pergi dulu.”

            Zirah terus berlalu meninggalkanRazif yang masih terdiam dan tergamam dengan kata-katanya. Entahkan kata-kataitu berkesan atau hanya angin yang berlalu saja. Walaubagaimanapun apa yang naksangat aku luah, dah aku luahkan. Lepas ni aku nak keluar dari kampung ni. Nakcari ketenangan sendiri.
Previous: Bab 46
Next: Bab 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.