Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 6.1

PERGHH!Besarnya halaman rumah ni. Mampus aku! Macam manalah Pak Mat bekerja ye? Takpatah tulang ke? Ni yang buat aku tiba-tiba rasa putus asa ni!

            Keluasan halaman rumah tu aku rasalebih kurang satu padang bola sepak yang ada dekat luar Negara tu! Besar kot!Kawasan tersebut terbahagi kepada lima bahagian iaitu, kolam renang yang adadibelakang rumah. Kolam ikan yang terdapat dikeliling rumah! Kebun kecil yangdisekalikan dengan kebun bunga dikeliling pagar rumah. Dan taman kecil yangmempunyai sebuah gazebo dan perjalanan berbatu. Hah! Aku suka taman ni, bilamasuk je rasa macam kat Jepun! Sawadikap! Eh, itu Thailand. Silap pulak, apa yeselamat datang dalam bahasa Jepun? Entah! Aku pun tak tahu!

            Rumah ni memang cantik! Sangatcantik! Rumah ni kebanyakkannya dibuat daripada batu dan kaca. Kolam ikan katsekeliling rumah tu dari luar nampak macam kolam, tapi kat dalam rumah kolam tujadi lantai disekeliling ruang tamu. Hebat tak?! Boleh ke korang bayangkan? Hu..hu!

            Pandang pulak kat rumah tu, urmm..Banyaknya tingkat! Setakat ni aku baru sampai tingkat dua.  Itupun sebab pergi ke bilik Anis nak bergosippasal novel. Sempat jugaklah aku meneroka sekeliling tingkat dua tu. Cumatingkat tiga aku tak tahu ada apa! Nampak dari luar macam best je tingkat tigatu!! Tak apa, masa panjang lagi.. he..he.

            “Dik! Datin dah pergi ke?” Tiba-tibategur seorang wanita yang sebaya dengan mak aku! Berpakaian seperti seorang nurse.

            “Dah. Dah lama dah.” Jawabku agakkelam kabut! Ingatkan mak tadi! Terkejut patik!

            Wanita itu tersenyum sambilmemandangku. Aku hanya tersengeh, dan tiba-tiba je mulut aku berkata. “Mak ciksaya perempuan tau! Bukan lelaki.”

            Wanita itu mengerutkan dahinya.“Lah, bila masa pulak aku cakap kau lelaki! Walaupun cermin mata aku ni power dia tinggi, tapi aku masih dapattengok dengan jelas. Meh  ikut aku, kamuni mesti pekerja baru kan.” Ditarik tanganku masuk kedalam.

            Lah, kita bagitahu je. Bukan apa,kang ada lagi salah faham yang tak faham aku dibuatnya! Aku mengikut sajakemana arah mak cik tu.

            “Mak cik nak bawak kita kat mana ni?Kita baru nak sedut udara segar tau.” Rungutku.

            “Alah, dalam rumah ni pun anginsegar jugak. Tolong ambikkan besen dan tuala kecil.  Bagi kat Bibik. Suruh dia hantar kat bilikAmmar tau. Eh lupa nak kenalkan diri, Mak Cik..Gayah. Rogayah Maimun Mat Sam.Panggil Mak Gayah. Kalau kamu nak panggil JLO pun tak apa, Mak cik suka!Nama  kamu apa?” Soalnya sambil tangannyaligat mengeluarkan beberapa barang dari dalam beg.

            “Kita Zirah. Nur Ainul Nazirah. Kitakerja tukang kebun kat sini.” Jawabku sambil tersenyum.

            Terlepas botol kecil dari tangan MakGayah. Dipandangku tanpa kelip! “Kamu ni sihat ke tak?”

            Berkerut dahiku. Kenapa pulak tanyaaku sihat ke tak? Tahulah mak cik ni nurse.“Kenapa pulak?”

            “Orang perempuan mana pernah jaditukang kebun.” Ujarnya dengan wajah terkejut.

            “Sebab tak adalah, nak diadakan ni.Manalah tahu satu hari nanti saya jadi wanita pertama yang jadi tukang kebun berjaya!”Jawabku dengan rasa penuh teruja dan bersemangat. Yeah! Itulah impianku! Maknantikan Along dipintu rumah membawa kejayaan!

            Mak Gayah hanya mampumenggelang-geleng. Banyak sangat berangan budak ni. “Nak jadi tukang kebun berjayatu, tak berapa nak percaya. Tapi kalau nak jadi tukang kebun dihati seorangsuami tu, Mak Gayah yakin kau mesti cemerlang!” Jawabnya dengan senyuman danterus berlalu.

            Aku pulak terkebil-kebil tak fahamapa yang dicakapkan oleh mak cik tu. Kita nak jadi tukang kebun lah mak cik,bukan tukang kebun hati orang. Ayoyoo!

Previous: Bab 6
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.