Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 1.2

Razif memandangku lama. Raut wajahnya seolah-olah menggambarkan hatinya yang sedang sedih. Tapi kenapa?? Kenapa tak cakap jeterus terang? Sukalah tengok kita ni macam orang gila asyik  meneka apa yang bermain kat fikiran awak kan?

“Kenapa abang pandang Zirah macam tu? Owh, abangtengok rambut Zirah pendek lagi eh? Sorry,Zirah tak suka rambut panjang. Nanti dah ada anak tiga baru Zirah simpan rambutpanjang-panjang sampai ke lutut eh.” Aku tersenyum. Memang sejak sekolah lagirambut aku ni tak pernah panjang. Asal panjang je potong. Tapi hensem apa! Macampelakon Korea tau rambut aku ni! Ha.. ha!

Razif ketawa. Perangai Zirah yang gila-gila danjujur ini lah yang membuatkan hati lelakinya terpikat. Meskipun ramaikawan-kawan aku tak percaya yang aku mampu melembutkan hati seorang perempuanyang bernama Nur Ainul Nazirah Abdul Malik. Bukan aku nak berbangga, cumamungkin sayang dan cinta tu yang membuatkan hati gadis dihadapan aku ni lembut.

Perkenalan sejak ditingkatan 4, yang dimulai denganrasa benci. Akhirnya bertukar sayang. Itulah hukum karma yang sehingga sekarangaku sendiri pun tak pasti kenapa jadi macam tu. Tapi sayangnya, hingga kesaatini sayang aku pada Zirah memang kuat. Cuma… Haihh! Aku tak tahu nak mulakandari mana.

“Zirah sihat? Mak sihat?”  Razif tersenyum hambar. Hampir setengah tahuntak berjumpa. Masa bertunang dulu pun aku tak dapat nak balik disebabkan perlubertugas di Sabah. Alhamdulillah, sekarang aku sudah ditukarkan ke sekolahdinegeriku sendiri. Mungkin disebabkan faktor aku nak berkahwin kut, dapatpulak rezeki nak mengajar di sini.

Zirah tersenyum manis. Terselah lesung pipit dipipikirinya. “ Alhamdullilah sihat. Abang sihat ke? Susut je badan abang.Hari-hari  panjat Gunung Kinabalu ke?”Usik Zirah.

Razif tersenyum. “Banyaklah Zirah ni. Abang nak naikbukit pun termengah-mengah, ada hati pulak nak panjat Gunung Kinabalu. Kalaudengan Zirah tak apalah jugak. Tiang elektrik pun abang sanggup panjat.” Raziftersenyum lagi.

Memerah pipi Zirah. Ish! Dia buat kita blushing lah pulak! Hilang ‘hensem’ aku.Hu..hu. “Ada apa abang nak jumpa ni? Zirah tak boleh lama sangat, mak sorangkat rumah tu.” Alasan suruh dipercepatkan pertemuan. Aku ni kalau dah kenapenyakit blushing ni boleh kalut takingat dunia. Cakap pun boleh merepek! Hu..Hu!

Razif ketawa. Arif benar dengan sikap malu-maluZirah ni. “ Zirah, sebenarnya.. urmm.. Abang nak bagi tahu ni..  ermm..” Rasa berat sangat ayat itu keluardari mulutnya.

Zirah hanya tersenyum dari tadi. Jantungnya dahasyik berdebar-debar sejak nak datang ke sini. Rasa tak sedap hati pun ada. Tapibila terpandang je muka Razif yang tenang dipandang ni, buatkan dia rasa urmm~tenang.

“Abang nak cakap apa? Abang ada masalah eh? Tak nakkongsikan dengan Zirah ke?”

Razif masih menunduk. Seolah-olah takut benar untukdia berhadapan dengan situasi ini. Namun walaubagaimana pun, kenyataan iniperlu Zirah tahu. Tak akanlah dia nak teruskan semua ni sedangkansegala-galanya bukan seperti dulu!

“Abang!  Lamalagi ke pun!! Kak Erma dah merungut, lama sangat tunggu kat rumah tu!!” JeritMilah dari arah belakang kami, atau lebih mesra dikenali sebagai Tasya. Adikkedua Razif, nada suara Tasya tu seakan benci benar dia melihat abangnyaberjumpa dengan aku. Sementellah, dia memang bencikan bakal kakak iparnya sejakdulu lagi! Entah kenapa, aku pun tak tahu. Baling dengan selipar ni kang nak?!

Aku kembali memandang Razif yang sudah berpeluh,panas sangat ke? Rasanya kita masih dibawah pokok. Erma? Siapa pulak wataktambahan ni? Dengan pandangan penuh dengan pertanyaaan aku tetap memandangRazif. Aku tak akan bertanya siapa Erma, sebab aku tahu Razif akan menjawabsoalan aku meskipun aku tak bertanya melalui suara. Sejak mengenali Razif, satusikap Razif yang susah baginya bila berhadapan dengan aku. Iaitu menipu!

Previous: Bab 1.1
Next: Bab 1.3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.