Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 12

HAH!Tercungap-cungap aku seketika. Peluh yang menitik deras didahi aku seka. Tiduryang lena tadi dikejutkan dengan mimpi aneh dan menyesakkan hati. Astagfirullahal’azim!  Aku mengucapkannya berkali-kalisambil mengurut dada.

            Mimpi tadi bukan mimpi ngeri ataumenyeramkan. Cuma mimpi tadi buatkan hati aku rasa sesak dengan rasa..er..rasa.Entah, aku pun tak tahu macam mana nak cakap. Yang penting aku cuma terkejutbila ada seorang lelaki memeluk aku erat. Sayangnya aku tak sempat nak tengok muka dia.

            Melihat jam disebelah, masih pukul 3pagi. Mata pulak dah tak boleh nak tutup balik. Macam kena renjatan elektrikpulak! Mungkin Allah kejutkan aku agar aku bersolat memujinya dipagi hari ni.Alhamdulillah, aku insan terpilih malam ni.

            Perlahan aku ke bilik air mengambilwuduk dan kembali kebilik untuk menunaikan solat tahajud dua rakaat. Setelahselensai, aku berdoa dan  berzikir. Tiba-tibaaku terpanggil untuk melakukan sesuatu. Aku tersenyum, pantas aku mencapaiAl-Quran yang berserta terjemahannya keluar dari bilik tanpa menanggalkantelekung.

            Sampai saja ditingkat tiga, akuterus menarik kerusi menghampiri katil Ammar. Dah hampir dua minggu aku asyikberkomunikasi dengan Ammar tanpa disedari sesiapa pun penghuni rumah ni. Akumasuk bilik ni pun bila orang lain tengah sibuk dengan kerja merekamasing-masing.

            “Awak. Tadikan kita mimpi tau, tukita terjaga ni. Kita tiba-tiba teringin nak bacakan awak terjemahan Al-Quranni. Kita bacakan, nanti kita sama-sama cerita maksud ayat ni. Nak?” Akutersenyum.

            Surah pilihanku adalah Al-Qalam.Surah ini mempunyai maksud yang sangat baik kalau kita faham. Surah inimengajar dan mengingatkan kita bahawa setiap sesuatu itu semua milik Allah.Allah berhak memberi, dan mengambilnya kembali. Segalanya dibawah kekuasaannya,subhanallah maha suci Allah pemilik sekelian alam.

Surah Al-Qalam ayat 17-32 yang mengisahkan tuanpemilik kebun yang baru berniat tidak akan memberikan sedekah kepadaorang-orang miskin pada esok hari.  Merekadengan megah mengatakan bahawa hasil dari kebun mereka itu adalah hasil daripadausaha mereka tanpa mengucapkan syukur kepada Allah yang memberi segala nikmat.Mereka merancang untuk mengutip hasil itu pada keesokan harinya. Mereka terlaluyakin semua hasil itu adalah milik mereka dan boleh dikutip pada keesokkanpaginya tanpa mengucapkan ‘Insyallah’.

Dengan takdir Allah yang maha mengetahui setiapsesuatu, pada malam hari itu seluruh kebun mereka habis terbakar. Lantas Allahmemberikan bala bencana pada kebun mereka dengan menjadikan kebun merekaseperti arang pada malam itu (ketika mereka sedang tidur nyenyak). Tidak tinggalsedikit pun. Keesokkan paginya ketika mereka mahu mengutip hasilnya, merekaterkejut melihat kebun mereka hangus terbakar. Barulah mereka menyesal danmenyedari bahawa segala yang ada dilangit dan dibumi adalah milik Allah. Wajibuntuk kita sentiasa bersyukur dan bergantung harap kepada Allah pada setiapsesuatu. Subhanallah, moga kita tidak digolongkan dikalangan orang-orang yangrugi.

            “Sodakallah hul azim..” Akutersenyum. Aku meletakkan Tafsir Al-Quran kecil itu keatas meja. Gaya akumenerangkan ayat ini macam bercerita dengan budak kecil je. Aku tahu diadengar.

            “Bestkan baca Al-Quran?Kadang-kadang bila kita baca boleh jadi ketagih tau. Asyik teringat-ingat nakbaca je. Subhanallah moga Allah kekalkan rasa tu. Mesti awak pelikkan kenapasaya suka bercakap dengan awak. Nak tahu sebab apa? Sebab awak tak akan balassetiap apa yang saya cakap! Itu yang besttu. Kalau saya kutuk awak depan-depan pun awak tak akan marah punya kan?” Akuketawa perlahan.

            “Kadang-kadang saya teringin naktahu kenapa awak jadi macam ni. Cuma saya tak berapa berani nak bertanya katdorang semua. Saya takut kalau soalan saya ni buat dorang makin sedih. Apapun,saya nak satu hari nanti awak sihat! Umi dan Walid sayang sangat dengan awak.Apatah lagi adik awak si Anis tu. Emel? Urmm, itu saya tak tahu. Sebab saya takpernah jumpa manusia yang tak berperasaan macam dia! Dan buat pengetahuan awak,saya tak suka dia sejak pertama kali saya jumpa dia! Huh! Sangat meloyakan!Ish, tak baik kutuk orang kan? Astagfirullah al’azim. Tak boleh kawal pulakmulut ni. He..he…” Aku menekup mulut sambil tersenyum. Wajah yang kaku ituhanya terkaku tanpa riak. Eh, mestilah. Dah nama pun koma, kalau dia tiba-tibatersenyum aku rasa.. Aku pulak yang koma kut kat sini.

            Aku kembali menunduk. Tiba-tiba sayuje hati ni. “Kita rindulah kat mak dengan Jihah. Kita nak balik, tapi kesianpulak Pak Mat kerja sorang-sorang. Lagipun, ada ke patut kita talifon mak kita.Mak kita cakap jangan balik selagi belum raya. Sedih tau. Walaupun mak gurauje, tapi kita rindu nak ‘bergaduh’ dengan dia. Rindu sangat.. Eh, tiba-tiba nakbuat drama air mata pulak kan? Hu..hu..” Aku mengelap airmata yang tiba-tibanak menitis.

            “Awak tahu tak, Umi dengan Walid tutersangatlah best! Kadang-kadang kita rasa macam ada family baru pulak. Untungawak, ada keluarga yang bahagia macam ni. Kalau awak sihat, saya rasa mungkinlagi seronok. Kadang-kadang saya selalu tengok muka Umi awak sedih bila tengoksaya dan Anis bergelak ketawa dan bergaduh bersama Emel. Mungkin dalam hati diarasa kalau awak ada, alangkah baiknya. Awak tak kesian ke tengok Umi macamtu?  Walid awak tu walaupun nampak kuatdan macho sentiasa, dia tetap sentiasa rasa  kehilangan. Kita tahu, sebab kita selalu dengar Walid awak sebut nama ‘Along’. Awak takrasa awak dah menghukum dorang ke?”

            “Ye, kita tahu ini semua takdir.Tapi kita rasa, awak sekarang boleh bangun! Cuma awak terlalu lemah dan takyakin pada diri awak sendiri. Awak anggap semua ni lebih baik berlaku pada diriawak. Awak terlalu menyerah pada takdir. Selain kekuasaan Allah, kekuatan hiduptu terletak pada semangat kita. Insyallah dengan izin Allah, awak boleh bangundari koma ni kalau awak betul-betul rasa yakin yang awak mampu.” Aku merenunglagi wajah itu. Aku tak tahu berapa lama Ammar diatas katil ini. Aku tak tahuapa sebab dia disini dan begini. Aku tak tahu apa yang berlaku sebelum ini.Tapi,  yang dapat aku rasakana dia sedangberputus asa. Dan terlalu menyerah pada takdir.

Previous: Bab 11B
Next: Bab 12A

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.