Home Novel Cinta JODOH TAKDIR
Bab 1

Masuklah anak uit, sejak bila pulak mak bagi gaji kat kamu suruh jaga tanggarumah tu?” Mak Imah sudah  mulamembebel-bebel melihat anaknya itu.

            Buat sekian kalinya aku mengeluh!Penat betul tunggu anak dara  mak yang sorangtu. Buat apa entah lama sangat kat dapur? Ish, kalau aku dapat.. Akudodoi-dodoikan dia dalam sampan bocor Pak Latif.

Dengan penuh rasa geram gadis itu membentangkan sehelaikain batik milik maknya dan disumbat-sumbat pakaian-pakaian yang lainkedalamnya. Kemudian diikat kemas-kemas kain batik tersebut seperti ‘sup bunjutAdabi perisa sup tulang’. Dengan longlainya diangkat kebahu kain bunjut itu danterus mendaki tangga menuju keruang tamu. Ada operasi lain yang perludilangsaikan. (Bajet macam batman je) Ha..Ha..!

“Dagang pak malau, dagang jual lada hitam. Biarlahhamba pergi dari sini. Hamba sudah tawar hati dengan kampung Desa Cik Putri ni.Hamba mahu membawa hati yang lara ke..”

Ketepeeekk!!! Hah, ambik kau.

“Adoi, sakit lah mak.Ni kalau kena kepala boleh bocor tau.” Aku mengambil botol mineral yangdibaling oleh Mak Imah sambil menggosok-gosok kepala yang terasa benar biulnya.Nasib baik tak ada air, kalau penuh botol ni dengan air. Jangan kan bocor, berlubang dah semestinya. Makni, orang baru nak bermadah ala-ala filem klasik. Dia  muncul pulak jadi watak Ibu Mertuaku.

“Hah, itu makan dia. Apa kamu merepek ni Long? Ninak kemana pulak ni? Siap bungkus kain baju pulak ni? Kut iya pun sedih sangat,janganlah buat keputusan terburu-buru macam ni.” Terlukis riak kasihan diwajahMak Imah melihat anak sulungnya itu.

“Apa mak cakap ni? Keputusan apanya?” Terpinga-pingaaku jadinya. Mak pun nak cipta dialog jugak ke?

“Tu.. ‘Sup bunjut’ tu kamu nak bawak kemana?” Muncungmak sudah ditala kearah kain bunjut dibahuku.

“Owh.. Biarkan Dang Wangi membawa diri bonda. DangWangi sudah tidak tahan benar dengan..” Ketepeekk!! “Adoi!” Digosok lajupehanya yang diketuk dengan botol kosong oleh mak. Sakit woo~

“Hah, main-main lagi dengan aku. Orang tanyabetul-betul dia main-main pulak. Tak cukup botol kosong, ni lesung batu kattangan ‘bonda’ ni ada. Anytime bolehmelekat kat pipi kamu.”  Mak Imah sudahbercekak pinggang. Tumbukan sambal belacannya tergendala dari tadi dek keranamelihat sikap pelik anak sulungnya itu.

“Mak ni, serius sangat. Along nak pergi lipat kainni hah.. Tadi masa along angkat kain kat ampaian, along suruh anak kesayanganmak si Jihah tu ambil bakul. Sampai sekarang tak sampai-sampai bakulnya.Terpaksa la along bunjutkan kain mak ni.  Agaknya dia tengah mengayam bakul kat dapur tugamaknya.” Bebelku, geram pulak dengan adik aku yang sorang tu. Kalau dapatbaca novel, hilang semua ingatan!

“Lah! Bertuah punya anak. JIHAH!!!!!”

Aku yang sedang dalamperjalanan ke ruang tamu hampir-hampir saja terduduk  di atas lantai disebabkan gegaran momentumsuara mak menjeritkan nama Jihah. Fuh, semangat. Tak payah susah-susah nak belimicrofon! Loadspeaker ni lebih power!!!



Next: Bab 1.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham