“Qisha,
mari ikut mama. Mama dah sediakan blous meletup untuk Qisha. Qisha jangan
risau, tak seksi pun. Mama nak Qisha pakai.” Datin Marissa tersenyum.
“Mama,
Hadif serahkan Qisha pada mama. Pastikan meletup tau.” Sejurus Hadif Fayyadh
berkata begitu, dia terus menghilang.
Qisha
Delisa dan Datin Marissa menuju ke bilik tetamu. Sudah lama dia menanti.
“Macam
mana? Qisha dah jumpa dengan ayah Qisha?” soal Datin Marissa. Kebetulan pula, ayah
Qisha Delisa iaitu Encik Sulaiman itu, kawan arwah suaminya. Lelaki itu yang
banyak menceritakan tentang Qisha Delisa tanpa pengetahuan gadis itu sendiri. Lebih
banyak dia tahu mengenai Qisha Delisa, lebih banyak kasih sayangnya untuk gadis
malang ini.
Qisha
sudah banyak menderita. Aku tidak mahu dia merasai semua ini lagi. Biarlah aku
membantunya memandangkan aku tiada anak perempuan. Qisha, mama akan bantu Qisha
tapi lebih baik jika Qisha berkahwin dengan Hadif. Mungkin lagi erat
perhubungan kita. Itulah angan Datin Marissa sejak dia mengenali gadis ini dua
tahun yang lalu.
“Kenapa
mak cik tanya pasal ayah. Dia kan dah ada bini muda yang meletup tu. Dia tak
perlukan Qisha pun.” Angin Qisha Delisa berubah. Sebut mengenai ayah membuatkan
dia teringat lelaki durjana itu.
“Masih
marah pada ayah ke?” Datin Marissa bertanya lagi. Dia simpati dengan apa yang
menimpa keluarga Qisha Delisa.
“Marah?
Sudahlah mak cik. Mana bajunya?” soal Qisha Delisa yang ingin topik di ubah.
“Okey. Kita
lupakan itu semua. Ini bajunya!” Datin Marissa mengeluarkan sepasang jubah yang
tergantung elok di dalam almari.
“Jubah...?”
Mata Qisha Delisa terkelip-kelip.
Hadif
Fayyadh yang baru sahaja bangun tidur mula menuju ke dapur untuk makan tengah
hari. Dia ternampak Qisha Delisa yang sedang mengacau sesuatu dalam periuk.
“Wanginya...”
hidungnya bergerak-gerak.
“Apa
wangi-wangi?” geram Qisha Delisa. Sesedap hati sahaja mak cik kecik tu suruh
aku masak. Sekarang ni anak mak cik tu pula nak menyibuk.
Dia teringat
akan kata-kata Datin Marissa.
“Mama
tahu yang Qisha pandai masak. Jadi, mama harap Qisha sudi masak untuk makan
tengah hari.” Senyuman bahagia Datin Marissa membuatkan Qisha Delisa berasa
geram.
Tapi...
satu sahaja yang aku ingat pesan mak. Kalau kita nak masak untuk orang, kita
kena ikhlas dan tersenyum. Pasti masakan itu menjadi sedap dan semanis senyuman
kita. Jadi, aku kena la masak dengan perasaan rela hati.
“Wangilah
bau gulai lemak kau ni.”
“Ala
gulai lemak telur je. Bukannya sedap sangat.” Kata Qisha Delisa.
“Kegemaran
aku tu...” Hadif Fayyadh berkata.
Qisha
Delisa sedikit terkejut. Patutlah mak cik kecik tu suruh aku masak gulai ni. Untuk
memikat hati si Hadif ni. Lantaklah! Aku pun suka gulai lemak ni. Rindunya kat
mak...
Beberapa
minit kemudian, semua makanan sudah terhidang atas meja makan.
“Mama
tak sabar mahu rasai makanan Qisha...” Datin Marissa paling teruja dengan
masakan bakal menantunya ini.
“Me
too, Mama...” Hadif Fayyadh sendiri tidak sabar.
“Ini
nasinya mama...” Qisha Delisa menghulurkan pinggan yang sudah terisi nasi.
“Nasi
untuk aku?” soal Hadif Fayyadh.
“Isi
sendiri!” kasar Qisha Delisa.
Automatik wajah Datin Marissa muram. Dia tidak suka
jika Qisha Delisa berkasar begitu dengan anaknya. Lagipun permintaan Hadif
Fayyadh bukanlah besar sangat. Cuma meminta Qisha Delisa mengisikan nasi
untuknya.
Qisha
Delisa yang perasan perubahan air muka
Datin Marissa, tiba-tiba rasa bersalah. Dia tidak pernah kurang ajar pada orang
tua.
“Nah
nasi kau!” Qisha mengalah. Tidak sanggup melihat air muka Datin Marissa yang
hodoh itu. Dia rasa lebih suka melihat wajah yang suka memaksanya. Hatinya senang.
Dia seperti diberi perhatian yang penuh.
Barulah
senyuman Datin Marissa terukir.
“Thank...”
ucap Hadif Fayyadh. Dia tahu yang Qisha Delisa mempunyai hati yang lembut. Itu sebab
dia senang berada di sisi gadis itu. Kadang-kadang dia akan jatuh cinta dengan
sikap Qisha Delisa.
“Your
welcome...”
“Baca
doa, Hadif...” arah Datin Marissa. Tiga insan menadah tangan tanda mensyukuri
nikmat Allah ini.
Mereka
berdua makan penuh berselera. Begitu juga Qisha Delisa. Melihat Datin Marissa
dan Hadif Fayyadh yang tidak bercakap ketika makan membuatkan dia rasa senang
dan tenang.
Tiba-tiba
ketenangannya terganggu apabila Hadif Fayyadh bersuara...
“Kenapa
rasa dia macam ni?” berkerut-kerut dahi Hadif Fayyadh memandang Qisha Delisa.
Qisha
Delisa tersentak. Kenapa pulanya?
P/s: macam2 la mereka berdua... inilah masalah jika mereka tiada cinta antara satu sama lain...bergaduh dan bergaduh sahaja....tunggu sambungan bab 3 pula....