Wan Firaz dengan
perasaan yang sangat marah. Qisha Delisa benar-benar tidak mahu bersamanya. Malah
berkahwin dengan lelaki lain.
Dia melangkah masuk
banglo yang sunyi itu. Ketika dia sampai di bilik Farisya, gadis itu baru
sahaja habis bercakap di telefon. Muka Farisya merah.
“Balik pun! Kenapa
kau tak halang perkahwinan dia? Apa guna kau ke situ? Buat sakit hati je.”
Farisya terusan membebel.
“Kau tahu nak marah
aku je. Kau tu ada buat apa-apa nak dapatkan buah hati kau...?” Wan Firaz
marah. Ingat kau je yang tahu marah.
“Patutnya kau guna
masa silam Qisha untuk mengikat kau dengan dia. Kau tak nak?”
“Benda tu? Qisha
pernah tidur dengan aku? Benda tu hanya terjadi lepas mereka bersatu. Mungkin malam
ni. Aku rasa Hadif mesti marah...”Wan Firaz dapat rasakan yang Qisha akan
diceraikan malam ini.
“Tapi Qisha tak kan
biarkan perkara ini berlaku. Dia mesti usaha mengelak dari Hadif...”
“Tapi aku rasa tak
lama...” Wan Firaz yakin. “Qisha seorang yang mudah dipujuk dan suka dibelai.”
Dia kenal sangat Qisha Delisa. Sekali lelaki itu dapat buat dia disayangi,
pasti Qisha akan melekat dengan lelaki itu macam aku dulu. Dulu! Sekarang ni
Qisha dah benci kat aku. Susahlah!
“Kalau macam tu kita
tunggu aje la.” Farisya memakai anting-anting di telinganya. Dia mahu keluar. Tekanan
yang dihadapi ini harus dibuang dengan segera.
“Kau nak ke mana?”
“Ke luar la! Tak larat
aku nak duduk rumah aje...” Farisya mencapai beg tangannya. Dia membelakangi
Wan Firaz.
Tiba-tiba Farisya
mendengar pintu biliknya ditutup kuat. Pantas dia berpaling.
“Firaz, bukan
sekarang. Aku tak ada mood...” Farisya menghampiri Wan Firaz. Dia mahu keluar
dari bilik tersebut. Tangannya pantas memegang tombol pintu tetapi pada masa
yang sama tangan Wan Firaz memegang tangannya. Kuat membuatkan pegangannya pada
tombol terlepas.
“Tapi aku tengah ada
mood ni. Kau tak boleh keluar dari sini selagi tak layan aku...” Wan Firaz
terus memeluk Farisya dari belakang.
“Jangan macam ni. Aku
tak nak...” Tolak Farisya. Nafsu Wan Firaz sangat buas. Dia tak sanggup.
Suaminya itu terlalu kasar. Dia tak rela.
“Aku peduli apa...
Kalau dulu Qisha boleh tahan dengan aku, tak kan kau tak boleh tahan...” marah
Wan Firaz apabila permintaannya di tolak mentah-mentah. Rambut Farisya yang
sudah disanggul tinggi itu ditarik kasar. Terlepas ikatan rambut Farisya.
Qisha pun tak tahan. Entah-entah
sebab tak tahan la dia tinggalkan kau... Kata hati Farisya. Tidak berani mahu
meluahkan kata-kata itu pada Wan Firaz.
“Please, Firaz...
Please.... Bukan malam ni...”
“Sekarang Qisha tengah
layan lelaki lain!” Wan Firaz dapat membayangkan wajah Qisha Delisa yang
menggoda itu sedang berpelukan mesra dengan Hadif Fayyadh. Ia cukup membuat
hatinya sakit.
“Jadi kenapa?”
“Jadi aku pun nak
rasa layanan dari seorang isteri...” Wan Firaz menarik kasar tubuh Farisya ke
katil.
Tiada apa yang dapat
Farisya lakukan. Dia tidak berdaya untuk menolak jika Wan Firaz mahukannya.
*****
Qisha Delisa tersedar
dari tidurnya. Mengejut! Matanya terbeliak. Mimpi ngeri itu datang lagi. Pantas
dia membalas pelukan yang dirasa kemas di tubuhnya.
“Eh...” Dia terkaku
tiba-tiba. Otaknya cuba imbas apa yang berlaku semalam...
“Qisha cintakan....
abang...” suara itu terngiang-ngiang di pendengarannya.
Selambanya aku
katakan. Abang... Memang seronok dapat panggil suami dengan panggilan itu
tetapi ada je yang tak suka dipanggil begitu. Tak semua manusia sama...”
Kejap! Matanya
memandang Hadif Fayyadh yang tidak bergerak itu. Tidur mati kot.
Hadif peluk aku? Dan
aku... Aku pun sedang peluk dia...?
Qisha Delisa keliru.
Pantas dia memejam semula matanya. Mana tahu ini semua mimpi ke dua selepas
mimpi ngeri tadi.
Dia pun membuka
matanya semula. Bukan mimpi... Kena test ni. Tarik pipi. Kalau tak sakit, aku mimpi.
Kalau sakit... Maknanya aku tak mimpi dan aku dalam dunia realiti. Aku kena
terima kenyatan yang aku dan Hadif sedang berpelukan.
Perlahan-lahan dia
menarik pipi.
“Auch!!!” Hadif
Fayyadh terkejut. Pipinya merah. Benar-benar sakit.
“Tak mimpi...” Qisha
Delisa makin yakin dengan apa yang dirasai.
“Apa ni Qisha? Main cubit-cubit
pipi aku di pagi-pagi hari ni...” marah Hadif Fayyadh. Tidurnya benar-benar
lena. Lena bertemankan Qisha Delisa. Rasa malas sangat mahu tersedar tetapi
pipi yang dicubit kuat terpaksa dicelikkan mata ini.
“Qisha cuma nak test
yang ini mimpi atau tak?” Qisha Delisa tersenyum. Pipi Hadif Fayyadh benar-benar
lembut. Sedap je cubit.
“Qisha ingat pipi
suami awak ni benda testing ke? Bahan uji kaji ke?” marah Hadif Fayyadh yang
masih bersisa.
“Itu pun nak marah. Kalau
nak marah, tak payah peluk la...” Qisha Delisa bangun. Dia pun baru bangun
tidur. Sensitif betul kalau orang marah-marah dirinya yang baru bangun tidur.
Hadif Fayyadh
terkesima seketika. Dia baru perasan keadaan mereka berdua. Pantas dia ketatkan
pelukannya.
“Kejap! Kejap!” pinta
Hadif Fayyadh.
“Apa dia?” nada Qisha
Delisa sedikit kasar.
“Tunggulah kejap
lagi. Baru bangun...”
“Tak nak!”
“Please...” rayu Hadif
Fayyadh.
Qisha Delisa
mendengus geram tetapi dia biarkan mereka begitu.
“Qisha...”
“Ya...”
“Kejap lagi kita akan
bincang pasal game love tu...” Sebenarnya, sudah lama dia menyimpan dokumen
yang tercatat mengenai game love tetapi dia biarkan sahaja. Semalam dia sudah
bertanya pada Qisha Delisa berkahwin atas dasar apa....
Jawapan daripada Qisha
Delisa amat menyakitkan hatinya tetapi dia tetap syukur yang perkahwinannya
berjalan lancar. Qisha Delisa sudah sah menjadi isterinya.
“Game love...” Qisha
Delisa mengulangi kata-kata Hadif Fayyadh. Sebenarnya dia suka jadi isteri Hadif
Fayyadh. Rasa disayangi. Dimanjai. Semalam tidur pun ada orang tolong kipaskan.
Tak pernah dia dapat layan istimewa daripada seseorang.
“Kenapa? Nada suara
tu macam nak tarik diri je?” soal Hadif Fayyadh. Dia berharap sangat gadis itu
menjawap ya.
Ya... Nak je jawab
macam tu tetapi tiba-tiba Puan Ego datang dalam hati. Susahlah macam ni. Qisha
Delisa merenung Hadif Fayyadh. “Teruskan sahaja, Hadif...”
Suasana yang sedikit
gelap itu menyembunyikan segala raup wajah yang sedih. Tiada sesiapa dapat
membaca isi hati sendiri.
Tiba-tiba lampu
terpasang.
“Dah ada elektrik!”
Qisha Delisa gembira. “Saya pergi mandi dulu!” Dia terus bangun dan menuju ke
bilik air.
Hadif Fayyadh hanya
mampu menggelengkan kepala.
p/s: idea semakin kurang....oh idea....datang padaku sekarang juga... gurauan atau arahan? ini arahan......hihihihihi