“Kau tahu tak Qisha dan Wan Firaz dah pernah
berkahwin. Jadi wajarlah dia tak ada dara. Dia janda Wan Firaz. Kau tahu atau
tak tahu, Hadif!” geram Dato Malik.
“Kahwin?” Hadif Fayyadh terdiam lagi.
“Ya, dia pernah berkahwin dengan Wan Firaz lima tahun
lalu. Wan Firaz selalu seksa dia membuatkan dia menuntut cerai dan melarikan
diri dari lelaki yang akan mencari dia sehingga ke lubang cacing.”
“Patutlah Qisha tak suka Wan Firaz.” Hadif Fayyadh
mula teringat peristiwa sepanjang dia kenal Qisha Delisa. Dia tidak pernah
nampak yang Qisha Delisa menyukai Wan Firaz.
Apa yang aku dah buat ni? Qisha selalu cakap aku ni
pelindung dia. Penyelamat dia. Macam mana aku boleh cakap yang Qisha nak
kembali semula pada Wan Firaz. Sedangkan Qisha amat bencikan Wan Firaz. Wan
Firaz pun tak suka aku. Mungkin inilah salah satu rancangan dia nak pisahkan
aku dengan Qisha. Ya Allah! Kenapa baru sekarang aku sedar semua ini?
Dia sayangkan Qisha Delisa. Dia cintakan isterinya.
Aku akan cuba padamkan apa yang dikatakan oleh Wan
Firaz itu.
Hadif Fayyadh mula bersemangat. Masa lalu adalah
renungan teladan untuk melayari kehidupan seterusnya. Dia harus tabah.
Qisha Delis berlari seperti tidak cukup tanah. Dia
benar-benar terkejut dengan kehadiran Hadif Fayyadh di hadapannya. Apa yang
membuat lelaki itu mengejarnya kembali? Buat apa? Untuk menyakitkan hati aku
lagi ke?
Tetapi Qisha Delisa bersyukur kerana dia terserempak
dengan Hadif Fayyadh dan bukannya dengan Wan Firaz. Kalau dia terserempak
dengan lelaki durjana itu, dia yakin yang nasib malangkan akan terus berlaku.
“Qisha!” panggil Zaheerul. Dia sudah tersalah pilih
masa untuk meluahkan perasaannya. Kini, dia yakin yang Qisha Delisa masih
sayangkan bekas suaminya, Hadif Fayyadh.
“Dahlah. Aku dan kau tak mungkin akan bersama. Jadi
kau janganlah mengharap sangat. Aku dah anggap kau macam abang aku sendiri.
Abang yang akan melindungi aku dari bahaya. Jadi, jangan kau hilangkan perasaan
itu dan gantikan dengan perasaan benci pada kau. Tolonglah…” rayu Qisha Delisa.
Wan Firaz, Hadif Fayyadh dan kini, Zaheerul. Berapa
banyak lagi lelaki yang akan lukai hati aku. Aku tak larat dah nak fikir fasal
cinta. Hidup aku untuk ayah aku yang di rumah tu. Ayah aku.
“Baiklah. Aku jadi abang kau ye. Kau panggil aku abang
ye?” Betul kata Qisha Delisa. Zaheerul tidak mahu Qisha Delisa membencinya. Tak
apalah. Aku korbankan perasaan cinta ini. Asalkan kami selalu bersama.
“Okey.. Abang…” lega Qisha Delisa.
Seleaps itu, mereka pula.
“Terima kasih abang sebab faham aku. Aku terharu
sangat.” Ucap Qisha Delisa. Dia senang begini. Dia turun dari kereta dan
mengeluarkan bekas-bekas makanan dengan bantuan dari Zaheerul.
“Sama-sama. Abang minta maaf mengenai perasaan abang.
Doakan abang dapat jodoh cepat-cepat! Okey?”
“Qisha sentiasa doakan abang…” Qisha Delisa tersenyum.
Dia tidak sangka penerimaan Zaheerul sungguh positif tapi itu yang dia harapkan.
Dulu, selepas bercerai dengan Wan Firaz, hatinya
kosong-sekosongnya. Hidupnya tenang tanpa lelaki itu. Sekarang ini, selepas
bercerai dengan Hadif Fayyadh dirasa cinta dan hatinya hanya untuk lelaki itu
sahaja. Hidupnya rasa tidak tenang setiap kali memikirkan kemungkinan yang akan
terjadi pada Hadif Fayyadh. Dia akan rasa bimbang dan risau.
“Terima kasih. Abang pergi dulu! Assalamualaikum…”
Zaheerul melambai ke arah Qisha Delisa dengan senyuman yang seikhlas hati.
“Elok-elok memandu. Waalaikumusalam…” Qisha Delisa
menjawab dengan senyuman. Dia melihat sehingga kereta yang dipandu Zaheerul
menghilang dari matanya.
Selepas itu, dia mengangkat bekas makanan seorang
diri. Itulah rutinnya setiap hari minggu. Hari biasa dia akan menjahit dan
duduk di dalam rumah. Dia takut mahu keluar. Takut terserempak dengan Wan
Firaz.
Tanpa disedari Qisha Delisa, Hadif Fayyadh memerhati
dari jauh.
Hadif Fayyadh bernasib baik ketika dia mahu masuk ke
dalam keretanya, dia ternampak kereta Zaheerul ketika itu Qisha Delisa bersama
lelaki itu. Dia mengekori kereta tersebut sehingga sekarang.
Qisha, sungguh mulia hati kau Qisha. Kau tak memilih
pun untuk tinggal di mana pun. Aku! Aku yang salah sebab lepaskan kau. Kerana marah
melihat jantan-jantan tak guna itu datang ke rumah aku, aku ceraikan kau. Qisha, maafkan aku…
Sungguh Hadif Fayyadh menyesal sehingga kini. Sepatutnya
ketika itu, dia menyelamatkan Qisha Delisa dari terus mengganggunya tetapi
Qisha Delisa pula di marahi olehnya. Ah! Aku suami yang tak guna!
Penyesalan berterusan apabila Hadif Fayyadh
terserempak dengan Wan Firaz di mahkamah. Ketika itu Qisha Delisa baru sahaja
diceraikannya. Lelaki durjana itu bersandar di keretanya. Makin membuak-buak
marahnya. Masih dia ingat lagi kata-kata lelaki itu.
“Bercerai juga kau orang berdua. Aku dah agak! Tak akan
bertahan lama hubungan kau orang. Rapuh sangat! Baru di duga sedikit, sudah
melatah sehingga bercerai.” Wan Firaz ketawa kecil. Dia lucu melihat wajah
kusut Hadif Fayyadh.
“Kau diam!” Ketika itu Hadif Fayyadh tidak sedar yang
Wan Firaz sudah memberitahu satu rahsia yang dia sudah tahu jawapannya.
Wan Firaz beranjak dan bersandar pada pintu kereta
tempat pemandu. Dia masih mahu bercakap dengan mamat penyibuk. Penyibuk dalam
hubungan dia dengan Qisha Delisa.
“Kau tepilah! Aku nak balik ni!” marah Hadif Fayyadh.
Mukanya serabut.
Selepas lafaz cerai dibuat olehnya. Satu penyesalan
dirasainya. Kesal sangat dia lepaskan Qisha Delisa. Sepatutnya semarah mana pun
dia, dia tidak perlu menceraikan Qisha Delisa. Dia hanya perlu membawa diri
jauh-jauh. Selepas hatinya tenang, dia akan bersama Qisha Delisa semula. Ah! Aku
menyesal!
“Aku nak bagi tahu kau rahsia. Mungkin rahsia ini akan
membuat kau makin sakit hati. Kalau hati kau tak sakit, mungkin jantung kau
yang akan sakit.” Wan Firaz mahu sakitkan hati Hadif Fayyadh. Biar lelaki itu
rasa bersalah seumur hidupnya. Senyuman sinis dipamerkan. Dia berpeluk tubuh.
“Kau ni penipu! Aku tak kan percaya cakap kau! Disebabkan
kata-kata kau di Langkawi tu. Hubungan aku dan Qisha retak. Aku sepatutnya
lebih percaya isteri aku bukan kau!” geram Hadif Fayyadh.
“Ops! Bekas isteri dan dia pun bekas isteri aku juga!”
Wan Firaz tersenyum makin lebar. Tahulah hati Hadif Fayyadh tengah sakit. “Mesti
kau baru tahu yang aku dan Qisha pernah kahwin kan? Alahai, kasihannya. Kenapa Qisha
tak bagi tahu kau sendiri ye? Aku pun pelik.” Dia gelengkan kepalanya.
“Ya, aku baru tahu! So, what?” Hadif Fayyadh sabarkan dirinya. Kalau dia tidak fikirkan
yang dia berada di kawasan mahkamah, sudah lama muka Wan Firaz di tumbuknya.
“Garangnya. So…
Maknanya, Qisha tu bukan pelacur. Dia perempuan yang suci. Menyerahkan maruahnya
untuk orang yang berhak sahaja. Itu yang membuat aku jatuh cinta padanya. Dia pandai
jaga maruah dirinya. Hanya yang layak sahaja dapat memiliki tubuhnya yang
cantik. Ah! Rindunya aku untuk bersama Qisha.”
Dalam fikiran Wan Firaz, dia membayangkan saat malam
pertama mereka dulu. Qisha Delisa sangat muda ketika itu. Cantik dan menggoda. Hanya
untuk dirinya.
Dada Hadif Fayyadh berombak-ombak. Menahan marah yang
berkumpul dalam hatinya. Tangannya digenggam sesama sendiri. Dia tidak mahu
penumbuknya terlepas dari genggaman.
Dia teringat akan kata-kata arwah datuknya, Tok
Sulaiman.
“When someone
does something to hurt you, make a promise to yourself and to Allah S.W.T that
you will never do the something to anyone else.” Aku akan bersabar. Korek seberapa
banyak rahsia. Hadif Fayyadh membuat muka marah supaya Wan Firaz rasa dia sudah
berjaya membuakkan rasa marah dalam dirinya. Perasan!
“Jadi, kau tipu aku masa kat Langkawi!”
“Aku tak salahkan kau sebab kau tertipu. Salah Qisha
juga sebab dia tak cakap pada kau fasal perkahwinan dia dengan aku. So, nak
salahkan siapa ye? Salah diri sendiri sebab tidak sabar dan tidak mahu percaya
pada isteri sendiri.”
Wan Firaz tersenyum. Hari ini hidupnya gembira. Dia
gembira kerana berjaya singkirkan Hadif Fayyadh dari hidup bersama Qisha
Delisa.
“Kau…”
Hadif Fayyadh menahan diri. Dia tahan sangat-sangat. Cuba
tak nak malukan mama dan papanya lagi. Kes penceraiannya pun sudah memalukan
keluarganya. Dia ceraikan isterinya selepas dua bulan kahwin. Nampak sangat
siapa yang teruk sekarang ini. Tambahan pula, Qisha Delisa keguguran di
sebabkan dia. Argghhh! Jerit batinnya.
“Kau dah habis cakap ke? Kalau dah habis cakap, aku
nak balik.”
Hadif Fayyadh cuba mengawal dirinya.
“Eh, ada banyak aku nak cakap ni! Kau tunggu la kejap.
Aku nak cakap yang Qisha akan jadi milik aku tak lama lagi. Aku akan buat dia
terikat dengan aku selamanya. Kau bukan lagi pelindungnya. Kau bukan lagi
penyelamatnya. Kau ingat tu!”
Wan Firaz berlalu pergi. Dia puas hati dapat berkata
begitu.
Hadif Fayyadh masuk ke dalam kereta dan pulang ke
rumah dengan perasaan bersalah pada Qisha Delisa. Dia berjanji akan merebut
semula hati dan cinta gadis itu.
Dia tersedar apabila terdengar bunyi pagar pintu ditutup.
Qisha Delisa sedang menutup pintu pagar.
“Ayah…” Qisha Delisa tersenyum melihat Dato Darwish
yang keluar dari rumah sewa mereka.
“Qisha, biarlah ayah tutup pagar ni. Dah berkarat dan
ketat sikit tu. Berat. Qisha dah penat berniaga kat pasar. Biarlah benda kecil
ni, ayah buat.” Dato Darwish rasa tidak selesa jika tidak dapat membantu Qisha
Delisa.
“Tak apalah. Ayahkan tak sihat. Ayah masuk dalam dulu.”
“Baiklah Qisha…”
Hadif Fayyadh yang memerhati dari jauh terkejut. Datin
Farhana mencari Dato Darwish seperti orang gila. Mereka bercerai dengan
tiba-tiba. Tiada sesiapapun yang tahu puncanya. Rupanya di sini Dato Darwish. Bersama
dengan anak kandungnya.
“Baguslah. Ada juga yang tolong jagakan Qisha. Tak lah
dia bimbang jika apa-apa yang berlaku.” Hadif Fayyadh menghidupkan enjinnya. Dia
mesti mulakan rancangan untuk memikat hati Qisha Delisa. Mungkin dulu dia
gunakan game love untuk berkahwin dengan Qisha Delisa tetapi kali ini dia akan
guna cara yang bersama tetapi berbeza.
Dia terus tinggalkan kawasan perumahan ini.
Qisha Delisa keluar semula dari rumah. Dia memerhati
kereta yang baru sahaja berlalu itu. Tak pernah pula aku tengok kereta ni kat
kawasan ini. Lantaklah. Janji pagar aku dah manga.
Selesai manga, dia menutup pintu rumah.
“Susah-susah sahaja ayah masak.” Qisha Delisa
menanggalkan tudungnya. Barulah dapat bernafas dengan selesa. Penat hari ini. Cuaca
agak panas dan… Dia terserempak dengan Hadif Fayyadh.
“Tak susah pun Qisha. Masak nasi, dah ada periuk
elektrik. Lepas tu goreng ikan dan sedikit sayur. Tak susah pun. Lagi pun ayah
tak tahu nak buat apa kat rumah ni”
Dato Darwish tersenyum. Dia menceduk nasi dan diisi dalam
pinggan. Dia tahu anak perempuannya lapar. Kasihan anak aku. Bekerja seharian
demi menjaga aku. Menyara hidup kami anak-beranak.
“Ayah, Qisha tak kisah. Qisha bahagia ada ayah di
sisi. Terima kasih, ayah.” Kata Qisha Delisa. Aku lagi-lagi akan bahagia kalau
Hadif ada di sisinya. Rindunya.
Dia teringat pertemuan seketika tengah hari tadi. Hadif
Fayyadh nampak lain. Dia juga terkejut kerana terserempak dengan bekas suaminya
di situ. Tiba-tiba dia teringat peristiwa ketika dia bersama Hadif Fayyadh
dahulu.
“Qisha!” Hadif Fayyadh mencium pipi Qisha Delisa. Ketika
itu mereka sangat bahagia. “Masak apa tu?”
“Hari ni, mama suruh masak gulai lemak telur. Kau kan
suka…” kata Qisha Delisa. Dia mengacau gulai lemak tersebut.
“Memang aku suka dan aku suka yang kau masak sahaja…” Hadif
Fayyadh mencium pipi sebelah lagi satu.
“Ish, kau ni! Tak ada kerja lain ke? Duk cium aku je.”
Qisha Delisa tak kisah kalau suaminya mahu mencium pipinya tetapi dia kan
tengah masak ni. Kang ada yang cium periuk gulai nanti… Geram Qisha Delisa.
“Ala, kau suka kan aku cium kau. Peluk kau. Sebab kau
ni suka dimanja…”
“Kau dah janji nak manjakan aku kalau aku kahwin dengan kau. Ingat tak? Masa kat
hospital dulu.” Qisha Delisa rasa malu. Malu sehingga rasa nak hempuk-hempuk
muka Hadif Fayyadh.
“Hahahaha Aku ingat la…”
Mereka berdua ketawa gembira.
“Qisha…” panggil Dato Darwish.
Qisha Delisa tersentak. Hilang terus ingatan yang
bahagi itu. Walaupun mereka sering bergaduh. Dia rasa bahagia. Dapat membuat
lelaki itu marah manja-manja pun, dia rasa mahu tersengih. Lelaki itu marah
nampak comel. Dia mengeluh.
“Makanlah. Ayah tahu yang ayah masak tak sedap.” Dato
Darwish merendah diri.
“Eh, taklah! Sedap ni! Qisha makan ye…”
Mereka berdua makan penuh rasa bersyukur dengan rezeki
yang diberi.
p/s: Assalamualaikum... maaf sebab mengambil masa yang lama untuk update bab kali ini... hihih sebab fokus pada manuskrip KDH...alhamdulillah...dah siap...so sekarang nak fokus pada manuskrip GAME LOVE pula...harap dapat disiapkan dalam masa terdekat...nak hantar kat penerbit BP...hihih semoga dipermudahkan urusan...Amminn... doakan terbaik untuk karya saya yang kali ini... maaf lagi sekali atas segala kekurangan dalam enovel kali ini...