Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 9 - Part 2

“Kau tengoklah nanti...” Wan Firaz tidak suka dengan kata-kata Qaseh. Pandangannya semakin tajam.

“Hey Wan Firaz... Dah makan ke? Kalau belum makan, pergi makan dulu sebelum balik...” Hadif Fayyadh muncul. Dari jauh dia nampak mereka berbual dengan wajah yang sangat serius. Dia sendiri tidak pasti apa yang dibualkan.

“Okey...” Wan Firaz terus berlalu pergi.

“Qisha, aku balik dulu. Tak larat rasanya dah...” Jam di dinding menunjukkan angka 10. Lewat sangat dah ni...

“Tidurlah sini...”

“Tak bolehlah Qisha. Shahril tu jenis lelaki yang rumahku syurgaku. Dia lebih suka duduk di rumahnya sendiri.” Qaseh kenal sangat dengan suaminya itu.

“Untunglah suami suka duduk di rumah...” Sempat Qisha Delisa menjeling ke arah Hadif Fayyadh.

“Jangan jeling-jeling sebab lepas ni abang punya moto hidup, Qishaku syurgaku....” gurau Hadif Fayyadh. Dia tersengih.

Qaseh ketawa kecil. “Macam tu pula. Okey. Apa-apa aku wish kau orang tahniah. Semoga kekal bahagia ke syurga.”

“Amminn...” balas Hadif Fayyadh.

“Terima kasih Qaseh...”

Aku tahu yang aku kahwin dengan Hadif hanya semata-mata game love dan aku mahu dia melindungi aku. Sedikit perasaan cinta tiada untuknya kerana hati aku sememangnya kosong tetapi aku tidak pernah terfikir mahu berpisah dengan Hadif. Biarlah masa yang menentukan...

Qaseh dan Qisha Delisa berpelukan. Itulah hubungan persahabatan yang erat. Orang yang bodoh sahaja yang tidak menghargai sahabatnya sendiri.

******

“Jom!” Hadif Fayyadh menarik tangan Qisha Delisa ke tingkat atas.

“Eh, kau ni! Kau tarik aku macam aku boleh jalan cepat. Berlari-lari macam cerita hindustan tu ke?” geram Qisha Delisa. Rasa sakit kakinya berdenyut-denyut.

“Lupa pula. Maaf!” lantas Hadif Fayyadh mengangkat tubuh itu dan menuju ke kamar biliknya.

Qisha Delisa hanya biarkan sahaja. Lagi pun dia memang tak larat nak naik tangga tersebut. Tak larat.

Ketika itu, sudah ramai tetamu balik. Syukur... Ada juga rehat.

Mereka pun masuk ke dalam bilik Hadif Fayyadh.

Terkesima Qisha Delisa melihat cahaya lilin yang cantik memenuhi bilik tersebut. Hatinya berdebar. Sungguh! Ia sangat romantik. Dia sukakanya tetapi lain pula mulutnya berkata.

“Hadif, kau nak bakar rumah kau ke? Situ lilin. Sini lilin. Kang terpijak macam mana?” Qisha Delisa terusan membebel.

Hadif Fayyadh terkejut dengan respons yang diberikan oleh Qisha Delisa.

Eh, aku ni bekas playboy! Tapi nak tawan hati Qisha ni payah betul. Kalau perempuan lain, mesti kata... Romantiknya... tapi bebelan yang aku dapat...

“Tak terbakar la...” kata Hadif Fayyadh lalu meletakkan tubuh Qisha Delisa di atas katil.

Terbakar? Risau juga.... Akhirnya Hadif Fayyadh padam semua lilin dan tinggal lima batang lilin sahaja.

Hati Qisha Delisa kecewa. Ingatkan dia boleh berada dalam suasana romantik ini lebih lama tetapi Hadif Fayyadh cepat-cepat pula padam lilin itu.

Itulah Qisha... kerana mulut, hati binasa. Hati juga yang merana.

“Qisha, tak panas ke?” soal Hadif Fayyadh.

“Panas juga...” Qisha Delisa membuka tudung yang dipakainya.

“Meh aku kipaskan kau...” Hadif Fayyadh sudah berdiri mencari surat khabar untuk di jadikan kipas.

“Eh, tak payah la! Kau bukannya kuli aku. Kau tu suami aku...”

“Suami? Kalau suami, apa tugas seorang suami?” sengaja Hadif Fayyadh bertanya. Dia menghampiri Qisha Delisa semula lalu di kipas perlahan. Dia juga rasa panas.

“Tugas seorang suami melindungi isterinya....”

“Tugas seorang isteri pula?” Hadif Fayyadh tersenyum.

“Taat pada suaminya...”

“Taat ni macam mana? Cuba Qisha jelaskan...” Hadif Fayyadh bertanya. Dia mahu Qisha Delisa tahu apa itu tanggungjawab seorang isteri.

“Taat tu, dengar cakap suami.... kot...” sengaja Qisha Delisa tambah kot dibelakang ayatnya.

“Lor, kenapa ada kot kat belakang ayat? Tak yakin...” Kibasan Hadif Fayyadh terhenti.

“Gurau aje la. Cuak la tu...” Qisha Delisa ketawa kecil...

Ting... tong...

Bunyi mesej di telefon bimbit Qisha Delisa masuk.

“Kejap... Mungkin Qaseh...” Qisha Delisa membuka peti mesej. Hatinya berdebar kencang. Dia memandang Hadif Fayyadh.

Hadif Fayyadh pula menyambung mengibas. Panas.

Apa yang dia ni nak dengan aku? Mana pula dia dapat nombor telefon aku ni? Perlahan dia membuka mesej tersebut.

Jangan terlalu gembira. Qisha ingat, dengan perkahwinan ni akan halang abang dari terus memiliki Qisha. Qisha Silap! Abang akan tuntut hak abang –Wan Firaz

Tersentak hati Qisha Delisa membacanya.

“Qaseh ke?” soal Hadif Fayyadh. Lama sangat isterinya diam...

“Ha’ ah! Qaseh. Dia kata jangan nakal-nakal...” bohong Qisha Delisa. Segera dia padam mesej tersebut.

“Nakal-nakal la best...” Hadif Fayyadh tersenyum.

“Hadif, aku tak telan ubat lagi. Boleh tolong ambilkan ubat aku?” pinta Qisha Delisa.

“Boleh je...” Hadif Fayyadh bangun dan menuju ke tepi katil. Ada meja lampu di situ. Dia membuka laci meja dan keluarkan ubat Qisha Delisa.

Selepas telan ubat, Qisha Delisa terus berbaring.

“Boleh aku tidur?” Tanya Qisha Delisa.

“Qisha tak boleh tidur selagi tak bahasakan diri tu Qisha. Mulai saat ini, tak mahu dengar aku kau lagi.”

“Ya bos!”

Hadif Fayyadh tersentak. Ikutlah pula arahan aku. Ini yang buat aku rasa pelik.

“Qisha tidur dulu boleh tak?” mata Qisha Delisa makin kuyu. Dia benar-benar tak larat. Apa sahaja permintaan Hadif Fayyadh dia akan ikut. Yang penting dia boleh tidur dengan lena.

“Cakap yang Qisha cintakan Hadif dulu...” cepat-cepat Hadif Fayyadh berkata.

“Qisha cintakan... abang...” Qisha Delisa terus terlena. Dia tidak ingat apa-apa lagi.

“Abang?”

Mata Qisha Delisa tertutup rapat.

“Abang Wan ke?” Hadif Fayyadh rasa sedih sangat. Qisha Delisa masih ingat pada bekas kekasihnya.

Hadif Fayyadh tidak mahu melayan perasaan sedihnya di malam pertama mereka. Dia bangun untuk membuka sedikit tingkat agar angin malam dapat masuk ke dalam bilik tersebut. Tidaklah panas sangat.

Sekembalinya di sisi Qisha Delisa, dia terus mengangkat kepala isterinya dan diletakkan atas lengannya. Kalau boleh dia mahu Qisha Delisa tidur setiap malam atas lengannya.

Tangan lagi satu digunakan untuk mengibas Qisha Delisa. Suasana sedikit panas.

“Qisha...” Hadif Fayyadh hentikan kipasannya. Dia merenung setiap inci wajah isterinya itu. Wajah itu nampak penat sekali. Kasihan dia...

Tiba-tiba telefon bimbit Hadif Fayyadh berbunyi. Perlahan dia letak kepala Qisha Delisa di bantal.

“Hello....”

“Hadif, sampai hati you buat I macam ni. I sayangkan you...” kata Farisya.

“Apa kau cakap ni? Tak cukup lagi kau huru-harakan hidup aku? Kau pukul isteri aku! Itu yang kau panggil sayang...” Tiada kelembutan dalam nada Hadif Fayyadh.

“I buat semua itu sebab I sayangkan you. Perempuan itu perampas. Dia rampas you dari I.” Marah Farisya.

“Hey, kau dengar sini! Aku cintakan Qisha. Aku nak hidup dengan dia selamanya. Aku tak nak perempuan lain. Aku nak Qisha. Kalau Qisha tak ada pun, tiada orang boleh ganti dia dalam hati aku. Kau faham tak!” geram Hadif Fayyadh.

“Please, Hadif. Terima aku kembali...” rayu Farisya.

“Itu tak mungkin!”

Hadif Fayyadh pantas tamatkan talian. Dia padamkan telefon bimbitnya. Dia tidak mahu diganggu malam ini. Dia mahu tenang bersama isterinya.

“Qisha, abang sayang Qisha...” Akhirnya kipasannya terhenti lalu dia memeluk tubuh isterinya lalu tertidur kepenatan.

P/S: Penulis sendiri masih tak faham, mengapa Hadif boleh tiba2 sayang sangat pada Qisha....kena buat satu babak yang penyebab dia suka qisha sgt...tak kan sebab cemburu je..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.