Sebaik sahaja sampai di rumah. Dia segera
menghubungi Qaseh, sahabat baiknya.
“Qaseh, dia dah muncul! Dah muncul!” tanpa
salam. Tanpa bertanya khabar, Qisha Delisa terus bercakap begitu.
“Assalamualaikum... Sabar, Qisha. Kenapa ni? Cakap
satu-satu...” Qaseh dihujung talian pun cemas mendengar suara sahabatnya itu.
“Waalaikumusalam. Abang Wan dah muncul. Aku takut
dia kacau aku! Aku tak nak!” Qisha Delisa yakin lelaki itu akan mencarinya
sebab.... Sebab aku yang tinggalkan dia dulu. Aku tinggal dia kerana dia dah
lukai aku.
“Sabar Qisha...”
“Kau tahu kan... Sebab dia aku jadi macam ni.
Aku lupa agama. Aku lupa segalanya...” Qisha Delisa mula dikuasai oleh emosi.
“Qisha, dah banyak kali aku nasihat pada kau.
Apa yang kau buat selama ini silap! Berdosa! Kau sepatutnya kawal marah kau. Kau
tak nak lawan emosi kau sendiri. Kau rela tunduk dengan perasaan sedih dan
terluka kau itu.” Qaseh tidak pernah jemu menasihati sahabatnya itu. Dia tidak
mahu Qisha Delisa terus hanyut dengan rasa sedih dan lukanya.
“Qaseh, aku...” Qisha Delisa tidak pasti mahu
membalas apa.
“Qisha... Bila hati kau terluka, bermakna
Allah sedang menguji kau. Kau kena yakin pada-Nya. Lagi pun kita hidup bukan
untuk dosa, Qisha. Kita bukan hidup untuk sentiasa membenci orang lain dan
biarkan emosi mengawal kita. Kita hidup kerana Allah, Qisha... itu yang aku
selalu nasihatkan kau...” Berbuih mulut Qaseh menasihati sahabatnya itu. Dia tahu
Qisha Delisa seorang orang baik hati. Dia juga marah pada Wan Firas yang
melukakan hati Qisha Delisa.
“Aku tak kuat Qaseh. Semua yang abang lakukan
pada aku, sangat menyakitkan hati. Aku sakit hati Qaseh... Sakit sangat...”
“Kau lawan perasaan sakit itu. Lawan! Ubah perasaan
sakit itu jadikan kau lebih kuat bukannya dendam.”
“Qaseh, kau tidur kat rumah aku malam ni...
bolehlah!” pinta Qaseh.
“Nanti aku minta izin dengan Shahril.”
“Kau sebut je nama aku. Pasti Shahril bagi. Kalau
tak, aku belasah dia nanti...” gurau Qisha Delisa.
“Sedapnya nak belasah suami orang...” Qaseh
berkata.
“Yelah! Aku yang satukan kau orang tahu.”
Qisha Delisa mula berubah kepada ceria.
“Itu sebab aku tak nak kau terus hanyut
dengan dunia kau. Kau dah bagi aku bahagia hingga ke syurga. Insya Allah...
Jadi aku nak juga kau rasa apa yang aku rasa. Erti sebuah perkahwinan yang
penuh dengan kurnia Allah.” Sayu suara Qaseh.
“Qaseh... Aku...” Tersentuh hati Qisha Delisa
mendengarnya. Qaseh, suatu hari nanti aku akan berubah kerana Allah.
“Dahlah Qisha. Abang Shahril dah izinkan. Dia
faham tiap kali kau mahukan seseorang. Kejap lagi dia akan hantar aku...”
“Okey! Terbaik! Thank...” Talian ditamatkan.
Setengah jam kemudian.
“Qaseh, suami kau tak nak balik ke?” Qisha
Delisa pelik melihat Shahril masih dalam kereta dan elok sahaja kereta myvi
merahnya di letakkan di bawah pokok depan rumahnya.
“Katanya dia risaukan aku.” Qaseh tersenyum.
“Risaukan apa pula? Bukannya aku lesbian
ataupun nak apa-apa kan kau...” geram juga dengan sikap Shahril ni.
“Bukan macam tu. Adalah! Biasalah orang baru
kahwin. Kau ni macam tak faham-faham aje.” Qaseh tersipu malu.
“Kau suruh je laki kau tu balik. Kasihan tidur
dalam kereta tu...” Qisha Delisa rasa tidak
selesa pula.
“Dia tak nak balik. Aku dah suruh tadi.”
Qaseh berkata sambil melangkah masuk ke dalam rumah Qisha Delisa. Dia
menanggalkan tudung labuhnya.
“Takut rindulah tu...” usik Qisha Delisa.
“Kau ni, kalau dapat usik aku, lupa semua
masalah ye? Bukan ke kau ada masalah besar tadi...” Qaseh bertanya sambil
mengerakkan keningnya berkali-kali.
“Okeylah Ustazah! Masalah aku memang besar. Kalau
aku jumpa lelaki tu lagi, aku nak buat apa? Cuba kau ajar aku sikit...” pinta
Qisha Delisa.
“Bereh je! Aku terror pasal benda macam ni...”
Malam itu mereka berdua tidur lewat.
Qisha ni bila beremosi memang jadi orang lain
ke? Sikapnya benar-benar berubah ke? Hadif Fayyadh berfikir sejenak. Dia duduk
di ruang tamu. Pening kepalanya memikir.
“Qisha macam mana?” soal Datin Marissa.
“Eh, mama! Tak tidur lagi ke?” Hadif Fayyadh
bertanya.
“Macam mana nak tidur. Mama risaukan Qisha. Tadi
mama nampak dia menangis. Kenapa Hadif?” Datin Marissa ingin tahu sangat.
“Oh, mama skodeng kamu ye?”
“Sudah! Jangan nak tukar topik. Jawab soalan
mama tu...”
“Ala, mama... Kekasih lama dia muncul semula... Itu yang buat dia sedih...”
“Apa? Nama dia Wan Firaz ke?” Datin Marissa
terkejut.
P/S: nama wan firaz, wan firas ni masih dalam kepeningan tapi dalam citer ni dia orang yg sama... kadang tertukar ejaannya...nanti ria edit...ria masih keliru nak guna nama yang mana... hmmm mama Hadif ni semuanya tahu...habislah...mesti si hadif nak korek rahsia nanti....tunggu bab 5 pula...