Home Novel Cinta PLAYBOY PALING ROMANTIK
Bab 9 - Part 1

Qisha Delisa bersiap-siap. Dia merenung wajahnya di cermin. Lengkap bertudung. Qaseh harap sangat dia bertudung selepas berkahwin.

Nampaknya aku kena study balik pasal agama yang dah lama aku tinggalkan tapi...

Wajahnya sedih.

“Kenapa ayah tak datang? Kenapa? Hina sangat ke nak nikahkan aku? Ayah, aku membencimu sejak ayah tinggalkan aku dan ibu tetapi untuk saat ini, aku tanam rasa kasih pada ayah agar aku dapat merasai kasih sayangmu.”

Air matanya hampir mengalir tetapi ditahannya.

“Ayah, aku dambakan kasih sayangmu yang telah ayah abaikan selama ini...”

“Qisha... Dah sedia ke?” Qaseh muncul.

“Dah...” Pantas Qisha Delisa tersenyum. Dia tidak mahu Qaseh tahu yang dia sedang bersedih.

“Mari! Aku bantu kau turun bawa. Kaki tu masih berbalut.” Qaseh memegang lengan Qisha Delisa. Kukuh!

“Terima kasih, Qaseh. Mujur kau ada...” Qisha Delisa tersenyum.

“Qisha, dah siap ke?” Datin Marissa pula yang muncul.

“Sudah mak cik...”

“Eh, dah nak kahwin dengan Hadif pun masih panggil mak cik? Panggil la mama...”

“Mama...” sepatah sahaja Qisha Delisa menyebutnya. Dia terlalu penat berfikir hari ini. Badannya cukup letih.

Selepas turun, dia duduk ditempat yang disediakan. Dari jauh dia nampak Hadif Fayyadh yang segak berbaju melayu. Dan dari jauh dia nampak kelibat Wan Firaz yang berdiri tiba-tiba. Begitu menonjol kemunculannya. Lelaki itu merenung tajam padanya. Cukup menakutkan.

Pantas Qisha Delisa larikan pandangannya.

“Semua sudah bersedia?” soal tok kadi.

“Ya...”

“Mari kita mulakan...”

Tiba-tiba lampu terpadam. Ramai yang terkejut.

“Kenapa gelap ni?”

Hati Qisha Delisa bergetar hebat. Rumah ini benar-benar gelap apabila tiada cahaya lampu.

“Qaseh...” Qisha Delisa menghubungi telefon bimbit Qaseh.

“Kau duduk diam-diam kat situ. Nanti aku datang. Aku kat dapur ni...” Qaseh juga cemas. Mujur saat ini dia berada di samping suami, Shahril.

Datin Marissa sudah lama berdiri lalu menghampiri suaminya. Mereka bersama-sama melihat di peti elektrik.

“Pelik...” berkerut dahi Dato Malik.

“Kenapa abang?” Soal Datin Marissa.

“Rasanya siang tadi okey sahaja. Abang rasa ada orang yang usik suiz kat sini. Tak boleh buat apa. Abang pun tak reti nak baiki. Kena panggil yang pakar ni...” Dato Malik tidak mahu mengambil risiko. Tambahan pula hujan tiba-tiba. Kilat pun ada sekali.

“Assalamualaikum semua, saya minta maaf dengan kesulitan yang berlaku. Disebabkan peti elektrik ada masalah. Ditambah dengan hujan lebat dan kilat ni, kami tidak mahu ambil sebarang risiko untuk membaikinya. Jadi minta jasa baik tetamu yang hadir untuk hidupkan lampu suluh di telefon bimbit anda. Kita kena menyokong pasangan yang berusaha membina masjid ini.” Dato Malik mendapat idea itu disaat akhir.

Maka, semua tetamu yang datang memasang mood lampu suluh di telefon bimbit.

“Pak Kassim, pergi beli lilin. Hati-hati memandu tu...”

“Baiklah Tuan!” Pak Kassim, pemandu Dato Malik terus keluar dari rumah.

Dengan izin Allah, ruang tamu yang gelap kini menjadi cerah.

Qaseh dan Qisha Delisa hanya mampu tersenyum. Walau bagaimanapun, hati Qisha Delisa tidak tenang. Dia yakin yang semua ini berlaku atas perbuatan Wan Firaz.

“Qisha, saiz dokumen tu.....” kata Qaseh apabila melihat sahabatnya itu termenung.

Kini, Qisha Delisa dan Hadif Fayyadh sah menjadi suami isteri.

Hadif Fayyadh tersenyum lebar. Impiannya tercapai. Tangan yang haram disentuhnya itu kini menjadi halal. Betapa bahagianya apabila menyentuh yang halal.

“Hadif...” panggil Qisha Delisa tetapi berbisik.

“Kenapa Qisha...?”

“Kau cengkam tangan aku kuat sangat. Sakit la...” marah Qisha Delisa tetapi perlahan suaranya. Walaupun suasana gelap sedikit, gambar kahwin tetap diambil oleh jurukamera yang diupah.

Lilin yang dibeli oleh Pak Kassim sudah tiba. Mereka berdua duduk dikeliling cahaya lilin yang comel.

“Mana Pak Kassim dapat lilin macam ni...?” bisik Dato Malik.

“Datin Marissa yang suruh saya beli yang mahal ni.”

Dato Malik memandang isterinya. Wajah isternya benar-benar ceria. Cerialah sebab dapat juga dia menantukan si Qisha ni...

“Abang, kenapa pandang Mar macam tu?” soal Datin Marissa.

“Minta tangan...” Dato Malik tersenyum.

“Tangan? Nah!” Datin Marissa menghulurkan tangannya dengan muka yang keliru.

“Saja, nak pegang...” Dato Malik berkata.

“Ish, abang ni! Macam kita pula pengantinnya. Abang ni mengarut je...” kata Datin Marissa. Sebenarnya dia rasa malu pula.

“Mengarut apanya. Anak tunggal kita tu dah kahwin. Jadi tak ada yang nak kacau kita dah...”

“Eh, kenapa pula? Mereka akan tinggal dengan kita kan?” soal Datin Marissa. Kalau boleh dia mahu Qisha Delisa dan Hadif Fayyadh tinggal bersamanya. Dia tidak akan mengizinkan mereka berdua pindah.

“Mereka ada kehidupan mereka sendiri, Mar. Biarkan mereka berdikari. Hidup tanpa kita.” Dato Malik menasihati isterinya tetapi wajah mencuka Datin Marissa sahaja terpamer.

*****

Qisha Delisa dan Hadif Fayyadh tersenyum manis. Walaupun suasana sedikit gelap tetapi ramai tetamu yang terdiri daripada saudara mara Hadif Fayyadh belum beranjak pulang. Dia rasa segan pula.

Tangan Qisha Delisa pula tidak pernah terlepas dari pegangan Hadif Fayyadh.

“Qisha, duduk diam-diam. Ramai yang ambik gambar kita.” Hadif Fayyadh berbisik.

“Kau tu. Asyik pegang tangan aku. Naik kebas dah...” geram Qisha Delisa.

Lantas Hadif Fayyadh melepaskan tangannya dari terus memegang tangan Qisha Delisa. Tetapi tangan itu memeluk bahu isterinya pula.

“Hadif...” makin geram Qisha Delisa. Dia kurang selesa pula.

“Biarlah. Dah lama aku nak peluk bahu kau ni...” bisik Hadif Fayyadh lagi.

“Baiklah semua. Memandangkan elektrik tak ada. Majlis habis awal. Jadi sebelum pulang, jamahlah sedikit makanan yang telah kami sediakan...” kata Dato Malik.

Dato Malik mempersilakan tetamu ke luar rumah. Pak Kassim dan beberapa orang pembantu sudah meletakkan lilin di sekeliling tempat tersebut. Rumah itu bercahaya. Cantik sekali.

“Hadif, sini kejap?” Shahril memanggil Hadif Fayyadh. Sejak berkenalan ni, mereka menjadi rapat.

Selepas Hadif Fayyadh bangun, Qaseh mengambil alih tempat Hadif Fayyadh.

“Romantiknya majlis akad nikah kau. Bertemankan cahaya lilin.” Qaseh sukakannya.

“Romantik ke macam ni?”

“Abang yang buat suasana ini romantik macam ni...” muncul Wan Firaz. Lelaki itu masih berada di majlisnya.

Qisha Delisa mengintai Hadif Fayyadh tetapi lelaki itu sudah ke luar rumah. Mujur ada Qaseh.

“Cukuplah abang Wan. Qisha dah jadi isteri orang. Kenapa nak kacau dia lagi?” Qaseh kasihan melihat temannya. Kadang-kadang itu trauma dibuatnya. Dia tak sanggup tengok Qisha Delisa begitu.

“Qisha, selagi aku tak memiliki kau macam dulu, selagi itu aku akan kacau kau. Ingat! Kalau suami kau tahu pasal kita, aku tak teragak-agak cederakan dia.” Sengaja Wan Firaz berkata begitu.

“Apa kau nak buat hah?” geram Qisha Delisa. Dia tahu yang Wan Firaz akan lakukan apa sahaja. Dia yakin!

“Adalah...”

“Qaseh, kalau kau cuba bantu Qisha, kau dan suami kau pun akan masuk list aku juga...”

Qaseh terkejut mendengar ugutan Wan Firaz.

“Qaseh tak takut dengan abang. Qaseh cuma takut Allah je.” Qaseh beranikan diri.


p/s: Mujur ada Qaseh.....menemani Qisha....akhirnya mereka berkahwin juga....apa yang akan berlaku dalam perkahwinan mereka ye??

Previous: Bab 8 - Part 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.