Akhirnya sesi soal
jawab berakhir.
Muka selamba Hadif
Fayyadh ditatap oleh Qisha Delisa. Geram sungguh dengan mamat ni. Mulut murai!
Setahu aku kasanova ni mulut manis tapi kau ni eloklah digelar mulut murai.
Banyak cakap! Kutuknya di dalam hati.
Pengumuman
pertandingan tersebut akan diberitahu selepas seminggu kemudian. Lamanya. Dia
hanya melihat Hadif Fayyadh yang masih memakai baju rekaannya.
“Jom makan! Aku
belanja. Lapar pula...” ajak Hadif Fayyadh.
Qisha Delisa tidak
kisah. Sudah ramai lelaki yang keluar bersamanya. Dia juga digelar playgirl
tetapi dia tidak kisah. Pipinya pernah ditampar kerana berkasih dengan suami
orang. Sejak itu dia akan pastikan orang yang bersamanya bukan suami orang. Dia
tidak mahu meruntuhkan masjid orang lain.
“Okey je. Kau
belanja. Kiranya aku tak payah bayar apa-apa kan?” soal Qisha Delisa. Dia
setuju kerana dia sudah cukup letih.
“Tak payah. Kau nak
makan apa?” soal Hadif Fayyadh pada Qisha Delisa yang kini berada di sebuah
restoran mahal.
Kaya rupanya mamat
ni.
“Apa-apa sahaja yang
boleh di makan.” Jawab selamba Qisha Delisa. Dia amat lapar.
“Okey...” Hadif
Fayyadh memesan beberapa jenis makanan termasuk minuman. Dia agak sahaja apa
yang wanita di hadapannya ini suka.
Sebaik sahaja semua
makanan di hidang, terbeliak mata Qisha Delisa. Banyak makanan tetapi dia tidak
kisah. Perutnya benar-benar kosong.
“Banyaknya...”
“Memanglah banyak.
Tak habis tak apa. Aku nampak muka kau macam dah cukup kebulur.” Sengaja Hadif
Fayyadh berkata kasar sedikit.
“Memang aku kebulur.”
Selepas membaca doa makan, dia mula makan. “Jemput makan...”
Hadif Fayyadh
tersenyum.
Tiba-tiba telefon
lelaki itu berbunyi.
“Hello. Ada apa
Shira? I tak boleh jumpa you. I tengah makan dengan client I. Jumpa you esok.
Bye....”
Qisha Delisa dapat
mendengar perbualan Hadif Fayyadh dengan begitu jelas.
“Kau tak makan?”
soalnya kerana Hadif Fayyadh asyik tersenyum tanpa menjamah makanan tersebut.
“Kau makan dulu...”
“Okey...”
Telefon bimbit Hadif
Fayyadh berbunyi lagi.
“Hello. Ada apa Mira?
Oh, I tak boleh jumpa you. I tengah makan dengan client I. Jumpa you esok.
Bye...” Talian di putuskan.
Banyak betul call
dia. Dari perempuan pula tu. Dia ni memang playboy la. Qisha Delisa baru sedar.
“Aku ada dengar kisah
kau. Qisha Delisa seorang playgirl.” Hadif Fayyadh mula berbicara.
“So...” Qisha Delisa
masih berselera untuk makan. Dia tidak kisah mengenai gelaran tersebut.
“Aku ni playboy. Bila
seorang playgirl bercinta dengan playboy, apa yang akan jadi ye?” Hadif Fayyadh
memandang Qisha Delisa penuh minat. Tidak dinafikan yang gadis ini memiliki
raup wajah yang cantik dan menggoda.
“Jadi huru-hara la.
Tak kan tak tahu...” Qisha menjawabnya.
“Bukan jadi suami
isteri?” duga Hadif Fayyadh lagi sambil tangannya ingin memegang tangan Qisha
Delisa.
Pantas ditepis oleh
Qisha Delisa. “Memang aku playgirl tetapi yang berjaya tawan hati aku sahaja
boleh pegang tangan aku!” suara Qisha Delisa kedengaran tegas. Dia menyambung
makan. Sikit pun tidak memantutkan selera makannya.
“Menarik!”
Tiba-tiba telefon
bimbit Hadif Fayyadh berbunyi lagi.
“Hello... Qisha!”
wajah Hadif Fayyadh tidak tenang seperti tadi. “Qisha, I dengan client I. Kalau
you nak jumpa I sekarang, I boleh datang...” Dia berkata lagi.
“Okey. I datang!”
“Kita akan berjumpa
lagi Qisha Delisa. Kita akan berjumpa lagi! Aku dah bayar semua ni. Jadi, kau
makan aje semua...” Hadif Fayyadh terus bangun dan meninggalkan Qisha Delisa.
Beberapa hari
kemudian, keputusan pertandingan rekaan itu sudah keluar. Dia rasa sedih sebab
nasib tidak baik. Dia hanya mendapat tempat ketiga sahaja. Syukur.
“Dah menang tu,
belanja aku makan?” tiba-tiba Hadif Fayyadh muncul.
“Tak ada maknanya.”
Qisha Delisa malas mahu melayannya.
“Hey Qisha!” panggil Hadif
Fayyadh sambil mencengkam lengan gadis itu.
“Apa?” Qisha Delisa
menjeling Hadif Fayyadh.
“Kenapa kau sombong
sangat dengan aku?” Hadif Fayyadh mendekatkan wajahnya di muka Qisha Delisa.
Dia geram melihat gadis itu.
“Suka hati aku la! Lepaslah!”
geram Qisha Delisa.
“Apa guna kau digelar
playgirl tapi tak macam playgirl?” Hadif Fayyadh masih tidak berpuas hati
dengan Qisha Delisa.
“Bukan aku yang nak
sangat gelaran tu. Jangan kacau aku boleh tak?” Qisha Delisa cuba melepaskan
pegangan Hadif Fayyadh di lengannya tetapi tidak berjaya.
“Aku akan terus kacau
kau selagi kau tak mengaku yang kau suka aku...” Hadif Fayyadh tersenyum. Playboy
macam aku ni tidak akan berpuas hati selagi ada perempuan yang tak sukakan
dirinya.
“Okey. Aku suka
kau...” Terus Qisha Delisa berkata begitu.
“Kalau macam tu, cium
aku...” cabar Hadif Fayyadh.
“Okey...” Serentak
tangan Qisha Delisa yang lagi satu itu mencuit pinggang Hadif Fayyadh.
“Eh!” Hadif Fayyadh
rasa geli. Secara automatik dia melepaskan pegangan tangannya.
Qisha Delisa mencuit
lagi.
“Eh, Qisha!” Hadif
Fayyadh tidak sempat mengelaknya.
“Rupanya kau geli kat
pinggang!” Qisha Delisa mencuit lagi.
“Stop Qisha!”
Qisha Delisa mula
rasa selesa. Dia terusan mencuit sambil ketawa gembira.
“Qisha!” Hadif
Fayyadh cuba mengelak. Mereka berdua rasa bahagia tanpa mereka sedari.
*****
“Hadif... Hadif!”
Qisha Delisa tersedar. Dia kini berada di atas katil. Baru dia teringat yang
dia lemas.
“Qisha, kau dah
sedar?” soal Hadif Fayyadh yang duduk di hujung katil sambil membaca. Dia menutup
buku tersebut.
“Aku...”
“Kau okey. Aku kena
buat sepuluh kali CPR untuk kau, baru kau sedar...” Hadif Fayyadh tersenyum. Dia
rasa lega Qisha Delisa sudah sedar. Dia benar-benar risau dengan keadaan isterinya
itu.
“Hish! Kau ni. Tak
kan sampai sepuluh kali.” Entah mengapa Qisha Delisa ingin ketawa. Over sangat
si Hadif ni. Tetapi dia dah buat CPR... Hatinya berdebar kencang.
“Mesti kau lapar.
Mari turun makan. Mama dah risau tu...”
“Okey...”
Tiba-tiba Hadif
Fayyadh menghulurkan tangannya.
Lama Qisha Delisa
melihat tangan itu. Dia teringat kata-katanya dulu.
“Memang aku playgirl
tetapi yang berjaya tawan hati aku sahaja boleh pegang tangan aku!” kata-kata
itu terngiang di telinganya.
Akhirnya, dia
menyambut hulurkan tangan lalu digenggam oleh suaminya, Hadif Fayyadh.
Hadif Fayyadh hanya
tersenyum.
p/s: mujur Wan firaz tak muncul bab kali ini...mungkin dalam bab 14...mana la tahu kan...nantikan bab seterusnya...maaf pendek kali ni...